XPDC gunung Kinabalu 2013

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca semua? Semoga kalian diberkati Allah s.w.t dan sentiasa dalam perlindungannya. Seperti sebelum ini, aku cuba imbas kembali kenangan lalu sepanjang tempoh blog ini usang hinggalah kini. Terlintas seketika di minda untuk ku ceritakan semula kisah ketika berada di puncak gunung kinabalu. Sesuatu yang Wajib dilawati oleh rakyat sabah. Kerana seting kali diajukan soalan kepada rakyat sabah tenatang gunung kinabalu? Mcmna kinabalu? Sudah naik ke belum? How the temperature?.. kalau mana-mana org sbh yang belum menjejakkan kaki kesana, pasti akan terasa malu dan terdiam seketika sbb tanah air sendiri belum diterokai. Namun bagiku~ Alhamdulillah… Allah beri rezeki untukku melihat kebesarannya dipuncak 4095.2 M low peak kinabalu/ 6 July 2013.
malam sebelum bertolak dari shah alam ke sabah

Satu pengalaman yang sungguh mengujakan, XPDC ini disertai oleh sekumpulan kawan-kawan ketika sekolah di SMK pengiran dulu. Untuk makluman, CAJ yang dikenakan untuk pakej 2 hari 1 malam di kinabalu untuk sabah = rm 250, dan semenajung=RM 500/head. Terdapat dua jalan untuk sampai ke LABAN RATA antaranya melalui timpohon ataupun mesilau (laluan yang agak panjang +2000 M berbanding melalui jalan impohon). Pengalaman yang sunggu mengujakan sepanjang perjalanan dan ketika sampai di LABAN RATA banyak pengalama yang pahit telah ditempuhi. Antaranya, penginapan yang kurang selesa, demam, nda da air panas (terpaksa bersuci dgn air sejuk) dan macam-macam lagi.



sebelum mendaki... 

Namun semua itu mengajar erti keseronokan dan menjadi pengalaman yang jika diingati boleh membuat diri tersenyum sendiri.
kad inilah yang akan menjadi kenangan (nama dan no. pendaki tertera sbg pengenalan diri)

jalan ditempuh melalui laluan mesilau

at LABAN RATA, 7 july 2013,2.30 pagi

bukti Puncak gunung kinabalu ditawan!!! 

#selfie di puncak gunung kinabalu

indahnya ciptaanMu ya ALLAH, nikmat mana lagi yang aku hendak dustakan

anda akan memilikinya jika anda smpai ke puncak!!! hehe

insyaAllah 23 ogos 2014, akan berulang lagi misi XPDC gunung kinabalu 2014, Cuma kali ini, peserta dan juga pendaki dari orang yang berbeza. insyaAllah.

**gambar lanjut, blh lawati facebook, Jumardi Abu Bakar... 

p/s: orang sabah wajib jejakkan kaki terlebih dahulu sebelum orang lain.. hehe J

Nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan: 
 

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers