PMDS JUN 2010.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jgak tawaran untuk jadi PMDS [Pembantu Minggu Destini Siswa] setelah mengharungi beberapa kesulitan sepanjang ini… pada awalnya namaku tidak lah tersenarai antara yang layak untuk PMDS kali nie, hmmmmm… ntah la.. mungin pasal diri nie tidak layak kot atau adalah masalah dalaman yang menyebabkan diri ini tidak layak… tapi ada hikmah di sebalik peristiwa ini dmna aku boleh muhasabah diri dan berfikir atas sebab2 yang mungkin tidak difikiran sebelum itu… apa2 pun terima kasih kepada semua yang telah menolong especially Nabielah  n Azhar [MPP UiTM Shah Alam – FSG] trima kasih…
Kepada kawan2 yang tidak berjaya, usaha lagi dan yang berjaya, salam perkenalan! Jumpa anda di UiTM Perak 20hb. JUN nie…. See u there… n salam PMDS
surat tawaran pelantikan PMDS
Kembali tersenyum J

harapan setinggi langit

Salam result exam…
Akhirnya segala persoalan sejak 5 MEI 2010 [selepas paper terakhir, inorganic chemistry] terjawab…. Inilah usaha yang aku dapat sebab last minutes belajar… menyesal jgak la.. maka, target boleh dapat lebih tinggi lg.. lebih2 lagi paper yang B tu paper yang aku sgt2 target A… huhuh… bukan rezeki kali.. tepa… insyaAllah hajat semester nie untuk dapat kan 3.8 keatas tercapai untuk semester hadapan… DEKAN ? perkara yang menjadi targetku sejak dari diploma lg.. tapi untuk ijazah nie, aku akan berusan untuk dapatkan ANC [anugerah naib canselor] sebab time diploma tidak dapat, kerana terlepas satu semester dekan pada semester dua 3.43…. result exam kali ini agak memuaskan jgak, kerana 3.72 ini adalah yang tertinggi di kelas,.. Alhamdulillah.. sbenarnya keputusan ini untuk kaum adam dan orang2 sabah.. supaya tidaklah menunjukkan sangat yang kaum adam nie ketinggalan dalam pelajaran…
alhamdulillah, 3.72
Walaubagaimanapun aku amat bersyukur dengan keputusan ini, walaupun target tidak kesampaian… insyaAllah next semester akan berusaha lebih baik…  apa2 pun aku cukup berpuas hati dan berterima kasih kepada kawan2 yang memberi ilmu serta pengetahuan pada semsetert ini… syukur kepada Allah s.w.t !
Insan bakal ANC, insyaAllah: 

Itulah pepatah melayu yang sedang berlaku pada diriku nie… [kalau nak tahu maksudnya carilah kat google ek].. tapi apa kan daya, dah Allah s.w.t beri jalan nie untuk ku lalui.. insyaAllah ada hikmah yang lebih besar akan datang.. walaupun tgh sedih dan emosi berkecamuk sekarang nie, tapi mungkin ini adalah satu titik penerusan untuk aku lebih menilai potensi diriii.. mungkin ada kekurangan dan kelemahan yang perlu aku jauhi dan atasi dalam diri  nie.. insyaAllah semua akan baik.. apa yang penting aku kena tabah untuk menerima takdir ini walaupun perit untuk ditelan.. namun peristiwa ini mengajarku untuk lebih berwaspada dan berhati hati apabila mengharapkan sesuatu… kepada bloggers sekalian, “jgnlah berharap sesuatu yang belum pasti “
Insan  kecewa dan hampa:

FADHILAT BULAN REJAB


AHAD bersamaan  13 JUN 2010 (1 Rejab 1431 H)
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari AHAD bersamaan  13 JUN 2010 (1 Rejab 1431 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.

# Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu Batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

[terima kasih kepada nabielah bt khalid sebab suggestion untuk kongsi ilmu ini kepada semua pembaca yang berilmu]

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 72
Alhamdulillah, semuanya sudah selesai untuk sesi diploma UiTM sabah… akhirnya hari bersejarah untuk kami semua telah tiba.. pelajar diploma sains selama 3 tahun di UiTM sabah akhirnya berakhir… kami grad jgak akhirnya pada 30hb. Mei 2010. 
happynyear....
tamat sahaja Majlis konvokesyen 
graduate! graduate!!
Hari penutup konvokesyen ke 72. Pertama agak sedih la walaupun nama tidak di sebut sebagai “penerima Anugerah Naib canselor” seperti pelajar lain… selain itu, agak sedih jgak la apabila kuarga teda dalam salah satu hari bersejarahku.. tapi tidak apa lah.. sekadar diploma kan.. hehehe… tapi, thanks pada KAK LONG (kak mimi) BANG LONG (hazlami) dan Adik Nabielah kerana sudi memeriahkan suasana convocation diploma ku pada waktu ini dan beri bunga.. kak mi mi jgak, sy ucapakan trima kasih kerana bagi buku sebagai hadiah convocation… terima kasih!… 
terima kasih buat mereka~ 
insan tidak jemu bergambar.. hehehe
trek selebriti.. opsss

kepada kawan2 semua, trima kasih kerana dorongan sepanjang  melanjutkan pengajian di UiTM Sabah.. terima kasih yang tak terhingga buat kalian semua… semoga Allah merahmati dan mensejahterakan kawan2 semua… untuk lihat gambar2 yang lebih banyak, sila layari laman web ini, 
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1356762052&v=photos

pelajar diploma sains uitm sabah
Jumardi Abu Bakar **
 Diploma sains UiTM Sabah Disember 06 - November 09
 Diploma sains UiTM Sabah Disember 06 - November 09   
 happy graduation day to all my friends 
akhirnya diploma sains, datangnya degree kimia Gunaan
Insan tamat diploma Sains:                  

Genting Theme Park~

Salam…. Terlambat lagi nak update blog nie.. besalah… mungkin salah satu factor P1 dah kena terminated. Huhuhu.. internet dah tak de kat bilik lg.. nie nak cito la sikit kat hang pasai ke genting pada 29hb Mei sehari sebelum konvokesyen~ [apsal terbahasa perak + keda + Kelantan nie~ ??]. bertolak seawall 9 pagi dengan sewa kereta saga baru [rm98] sehari. GAB, KROL, ZUL, FARHA dan sy mahu pergi ke genting theme park.. walaupun jalan tidak tahu kesana…~ adeh~ sesat lagi sepanjang perjalanan ke pelabuhan klang! Par par~ n ntah ke mana2 ja kami jalan… kononnya ada GPS yang download dari internet tak lah sesat.. tgk2 sesat ntah kemana ja… lalu jgak la 30 tol sepanjang perjalanan~ aduh~~~!! Napa lah jalan di semenanjung ne sukar sgt…  setelah lama sesat akhirnya kami temui jgak jalan yang betul, itupun atas bantuan saudara c KROl… tq!
Dengan berpandukan jalan ke kuantan, akirnya temui jgak lorong masuk ke genting. Agak jauh jugak la mau naik ke atas sana tu.. makan masa dalam 40 minutes jgk~ kebetulan pada waktu yang kami pergi hari tu adalah peak days.. time cuti kan kami pergi,HARI WESAK.. ramai jgak la pelancong dari luar Negara dan kebanyakan rakyat india [hari wesak]. Banyak permainan yang aku sempat main di sana, walaupun kmai tiba agak lewat sedikit daripada masa yang telah dijadualkan. Dari pukul 1.30pm hinggalah 6.00pm. hanya beberapa permainan sahaja yang sempat aku main.memandangkan budget yang tidak la banyak, kami Cuma ambil permainan outdoo sahaja.. indoor tak sempat. Outdoor[roller coaster, tower dan banyak lagi permainan yang aku pun tak tahu apa namanya] . bestla… sangat2 best.. terutamanya main roller coster dan tower height. Jantung ne bagaikan mau tercabut shaja.. tapi sebelum dapat main benda nie, aku KROL dan ZUL terpaksa beratur panjang tunggu turn selama 1.30minit untuk satu permainan.. bayangkan masa kami habis semata mata mau beratur.. tapi tak kesahlah, yang penting dah rasa macamna.. farhan dan gab tidak amin sebab gayat~…
gambar dengan zul latar first world hotel at genting 

masuk jalan [jejantas] ke outdoorgames
ada dinasour d genting..
real punya
 
barisan naik roller coaster
waktu ne mau balik dah~ sempat lagi posing 
pemandangan indah di Genting theme park
Kami sempat lagi makan di KFC memandangkan restoran lain agak mahall.. sempat jgak tengok kasino di sana.. tapi mau masuk mmg tak boleh la~ akhirnya kami balik pada pukul 6 dan ketika perjalanan hujan lebat pulak. Gab yang memandu dan K sebagai GPS. Aku farhan dan zul tidur di kerusi belakang.. hehehe… ketika perjalanan balik, kami sesat lagi.. kali nie dari KL lepas tu ntah kemana.. sampai ke bukit aman lagi… ntahlah jalan2 kemana ja nie.. sukar betul jalan2 di KL nie… huhuu.. akhirnya ketemu jalan ke shah alam dan akhirnya pulang ke kolej jati dengan selamat… 
naik tower nie, gayat~~~!!! jantung macam tercabut! n terapung di udara..~

 penat menunggu untuk main roller coaster
Fikir – fikir : banyak lagi tempat kami sesat, mungkin kalau mau cerita satu2, sangat2 la panjang… so, mungkin sampai sini je la kot aku cerita…
Yang sesat : 

8th day [20 mei]
Hari ini merupakan hari terakhir untuk kami melabuhkan tirai program..  bangun seawall pagi lagi kerana sudah merancang untuk membawa hazlami, nabielah, kak mimi, awie dan ainal untuk pergi ke lading dan gym uitm sabah.. kami berjalan kaki selama 1jam pergi dan balik dari kluster A ke gym dan lading uitm sabah. Pada jam 7.30 pagi, kami semua [peserta] berkumpul untuk pergi ke KKIA. Penerbangan kami berlepas pada pukul 10.00am dan kami terpaksa berkejar kerana mungkin waktu kami check in memakan masa yang agak lama, kerana jumlah peserta yang ramai.. alhamdulillah akhirnya kami dapat juga terbang semula ke KLIA pada pukul 10am dan penerbangan kali ini tidak tertunda lagi~ kami tiba di KLIA pada pukul 12.30pm dan berkumpul untuk menunggu bas ke shah alam… tepat jam 3.30pm, kami tiba di shah alam dan pulang ke tempat masing2.. .program FSG – SABAH : INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE ini berkahir!!~~~ Alhamdulillah…. Malamnya kami sempat lagi pergi main bowling beramai – ramai…


 bersiar2 sekitar gym dan ladang UiTM [special edition..]

bertolak pulang ke KLIA, dan sampai dengan selamat 
malamnya sempat lagi main bowling dan makan di medan... walaupun time nie penat sgt!!! 

Fikir – fikir : aku ada pembantu minggu destini siswa [PMDS] esok!!!!ngatuk dan tidak larat~~~! 

insan yang lega :

7th day [19 mei]



Bangun awal pagi jam 5.30 pagi… selepas itu bersiap dan bergerak ke fasa 3 bersama hazlami, nabielah, kak mimi, iffah dan L. sempat lagi menghirup udara atas bukit di awal2 pagi.. dan tepat jam 8.00 pagi kami mula bergerak ke kundasang / poring hot spring. Perjalanan yang memakan masa selama 4 jam untuk kesana.. kami sempat singgah di TAMAN NABALU untuk mengambil gambar membelakangi gunung kinabalu.. selepas itu, dalam jam 11.0am, kami sampai ke PORING HOT SPRING. Aktiviti pertama yang kami buat setibanya kami di sana adalah melawat taman rama – rama.. selepas itu menaiki canopy walk dan seterusnya aktiviti bebas. Sy dan rakan yang lain2 mandi manda dan aku smpat berendam dengan air panas~! … dalam jam 3.00 pm, kami bergerak ke ranau untuk makan tgh hari di KFC. Alhamdulillah perut dah kenyang dan perjalanan di teruskan semula ke UiTM sabah.. malangnya bas uitm yang kami naiki rosak di kundasang, dan terpaksa service dan mengambil sedikit masa perjalanan kami. Apa yang menjadi kekesalan adalah, kami tidak sempat untuk solat zohor dan asar.. mungkin atas kelalaian saya handle perjalanan… kami tiba di uitm dalam jam 8.00pm. dan kami meyiapkan diri masing2 untuk solat dan makan malam sebelum acara penutupan pada pukul 9.00pm. Alhamdulillah majlis penutupan dirasmikan oleh en Ardey Agimin [ kaunselor UiTM sabah] dan berakhir pada pukul 10.00 malam… selepas sahaja acara penutupan dan minum malam selesai, inilah masa untuk postmortem di bilik bacaan cluster A uitm sabah. Segala penambahbaikan dikemukakan oleh setiap peserta untuk program pada masa hadapan.. dan aku telah membuat kesilapan besar iaitu aku telah mengatakan “sesuatu” kepada sekretariat atas attitude dan tingkah laku para seki.. tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku katakana begitu.. Cuma mungkin agak pedas dan pedih untuk mereka terima. Tapi itulah hakikat yang sebenarnya… kalau bukan waktu itu, entah bila lagi aku dapat cakap ketidakpuasan ku kepada secretariat semua… maafkan sy!~ postmortem berakhir pada jam 12am dan kami semua balik ke bilik masing2 dan bersiap untuk pulang keesokan harinya..~ 
berjalan2 pegi fasa 3 UiTM sabah. [special edition] 
pemandangan sepanjang perjalanan ke poring
 bergambar berlatarkan gunung kinabalu [taman Nabalu] 
taman rama-rama poring
 war momorial kundasang 
pintu masuk Hot Spring Poring 
canopy walk 
swimming pool and air panas 
pemandangan di waktu senja ketika hendak balik ke UiTM 
majlis penutupan FSG-SABAH: INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE oleh En. Ardey 
insan yang menunggu tamatnya program:

6th day [18 mei]
Akhirnya waktu perpisahan untuk kami dan kelaurga angkat telah tiba.. setiap permulaan pasti ada penghujungnya.. namun selepas opkim ne, bukanlah penghujung untuk hubungan kekeluargaan bagi kami. Tetapi sebelum majlis penyerahan semuala anak angkat dari kelaurga kepada pihak uitm shah alam, paginya kami menyiapkan sedikit kerja gotong royong yang tertunda semalam di masjid. Alhamdulillah akhirnya siap on time [walaupun tidak sempat lekat di masjid]. Sekali lagi aku mengacara penyerahan semula majlis di mana majlis penutupan OPKIM ini telah dirasmikan oleh YB ADUN 27. Lumandan beaufort. Sungguh berbesar hati kerana YB sanggup hadir untuk menghadiri majlis penyerahan semula keluarga angkat ini untuk pihak UiTM walaupun membatalkan aktiviti yang lain. Setelah selesai dalam pukul 2.00 pm, kami berangkat pulang ke uitm sabah semula… kesedihan jelas terpancar di setiap paras wajah setiap pelajar, malahan ada diantara kami yang menitiskan air mata dan membasahi pipi. Huhuhuhu… sebelum tiba di uitm sabah, kami sempat singgah di 1borneo dimana kami semua sempat membeli barang, dan ada juga antara pelajar yang sempat menikmati hidangan makan malam di KFC dan McD. Kami tiba di UiTM sabha pada pukul 9.00 malam, dan tiada aktiviti di lakukan pada malam tersebut…. 
menyiapkan banner ayat alquran untuk di letakkan dalam masjid kg siak.. kerja tertangguh semalam 
majlis penyerahan semula anak angkat kepada UiTM shah alam, dirasmikan oleh YB ADUN 27.. LUMADAN 
bergambar sebelum bertolak pulang ke UiTM Sabah 
peluk2 salam perpisahan~ 
special edition~ my family!!! 
at 1BORNEO [1B]

insan sedih tidak berada di Kg. lg :

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers