Dihujung minggu

Assalamualaikum.

Subhanallah indahnya ciptaan Allah. Ingin sy berkongsi aktiviti yang dilakukan setibanya hujung minggu. Normally, sabtu adalah masa untuk berehat di rumah sepenuhnya. Aktiviti-aktiviti rumah seperti cuci kain, mengemas rumah, bilik, toilet dan cuci kereta antara aktiviti yang dilakukan. Dan ahadnya pula, siang berehat di rumah dan ptg akan melepak menikmati keindahan lautan yang Allah ciptakan. Labuan, sebuah pulau kecil yang diciptakan Allah. Kaya dengan aktiviti Oil & gas industry dan terkenal dengan pantai-pantai yang cantik.

pantai Layang-layangan

 Pantai UMS

Dihujung minggu, masa diluang untuk berada di pantai. Kekadang sendiri, kekadang berteman. Subhanallah… sangat cantik bila melihat matahari terbenam disudut hujung pandangan lautan. Pantai UMS, Layang-layangan, manikar dan Tanjung Aru sepertinya sudah sinonim dengan diriku. Ketenangan dicari dan mendalami betapa indahnya ciptaan Illahi. Tibanya maghrib, kunamakan aktiviti ini sebagai “Misi Jelajah Masjid”. Ku cuba bersolat disetiap masjid/surau di Labuan ni, insyaAllah. aktiviti yang dilakukan bila tiba watku maghrib hinggalah isyak menjelma. Selesai isyak, aktiviti dihujung minggu diakhiri “jom minum!”


Jom ke pantai:

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers