TAMAN SYURGA

assalamualaikum,

Entri kali ini bertajukkan taman syurga. Bila menyebut sahaja taman syurga~ terlintas di sudut kecil hati sanubariku mengingati Raudhah~ Allahuakbar, betapa rindunya berada di bawah “kubah hijau” di madinah, ataupun nama lain masjid nabawi yang juga merupakan salah satu taman syurga. 

Pintu Keluar Raudhah, masjid Nabawi

Namun rindu ini kucuba ubati dengan taman syurga yang lain~ dalam hadis ada menyatakan: Rasullulah S.A.W  bersabda,

“Apabila kalian berjalan melewati taman-taman Surga, perbanyaklah berdzikir”

Para Shahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman Surga itu...?”
Beliau menjawab, “Yaitu halaqah-halaqah dzikir (majelis ilmu)”
[Hasan, HR at-Tirmidzi: 3510, Ahmad: III/150, Silsilah ash-Shahiihah: 2562]


Subhanallah, Allahuakbar.

Perkongsian majlis ilmu tadi (lepas maghrib|surau An-nur Labuan) memberitahu betapa pentingnya ILMU dalam kehidupan. Berdasarkan ceramah 45minit oleh Imam Muda Ustaz Abdul Jabbar, pentingnya ilmu melebihi pentingnya harta benda. Malahan, kekayaan seseorang bergantung kepada ilmu yang dimilikinya. Beliau memetik, betapa alim ulamak terdahulu bersungguh sungguh dalam mendalami ilmu. Contoh yg diberikan sgt terdetik dihati sanubariku. Cnthnya: Imam Syafie, yang mana walaupun dalam keadaan yang sangat sibuk, mampu untuk mencatit pelbagai ilmu yang berguna hingga kini. Dikatakan oleh ahli sejarawan, Imam Syafie menulis ketika tidur. Beliau akan tertidur, bangun, solat sunat dan lalu menulis. beliau mendapat ilham dari Allah s.w.t. mashaAllah, allahuakbar~ begitu gigih para ilmuwan islam terdahulu.

 IM USTAZ ABDUL JABAR, MASJID AN-NUR LABUAN|06 March 2014

Cnth lain, Imam AL-Baihaqi, yang tidak mempunyai jari, dan hanya menulis dengan kedua tapak tangan yang memegang pena dan di"statik"kan tempat menulis (kertas, pokok dll) menggunakan kedua belah kakinya, namun masih boleh menjadi ahli ILMUWAN islam yang terkenal hingga kini. Betapa hebat dan berusahanya alim ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu. mashaAllah

Jika dibandingkan insan yang kerdil ini, jauh sangat berbeza. Ya ALLAH aku mohon dipinjamkan ilmuMU ya ALLAH, dan tetapkanlah hati dalam mencari ilmu dalam “taman-taman syurgamu”

pandangan dari sisi tempat dudukku~ 

Ku singkap tabir kehidupan kita, aku tertanya, tidak salahkan jika kita menuntut ilmu dunia seperti sains, kimia, engineering, physics dan lain-lain. Namun ilmu akhirat kita sangatlah kerdil. Seolah-olah ilmu dunia yang dikejar itu menjadikan kita obses akan nikmat dunia dan jauh sekali sudut pandangan kita menuju ke akhirat. Allahuabar. Ampuni aku ya Allah, jika selama ini aku lalai dalam mencari ilmuMu. Teringat aku akan kata-kata seorang ustaz.

“kejarlah dunia, seolah-olah kamu akan mati 1000 tahun lagi, dan kejarlah akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari”

Aku berdoa, supaya kita dapat perbaiki diri, tenung diri dan lihat betapa kerdilnya ilmu kita seumpama jika dicelup jari kelingking kita dalam lautan, kemudian mengangkatnya, air yang melekat pada jari kita itulah ilmu yang kita perolehi. betapa kecilnya kita, namun kita lupa yang sehingga kita bangga terdapat ilmu yang Allah pinjamkan itu.  Nauzubillah. Allahualam

Pinjamkan aku ilmuMu ya Allah:

 

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers