kisah subuh yang terfikir hingga kini~ 

Nikmat Allah yang mana hendak kau dustakan.



"solat lebih baik daripada tidur" "solat lebih baik daripada tidur" 

begitulah laugan azan dari bilal bin rabah hingga kini, lalu ku terjaga dari tidur. 

bergerak hati untuk ke surau, namun, kaki kiri terpaku! gara-gara semalam, bisik hatiku.

ku tabah juga untuk berdiri, sekali lagi, kaki kiri tidak menurut kata. terdiam tanpa sebarang gerakan. 

kaki kanan lantas meloncat untuk bgn dan berwuduk. sakit masih terasa, ibarat cubit kaki kiri, kaki kanan terasa.

terfikir meredah perjalanan ke surau dengan hanya sebelah kaki, ternyata aku lemah. 

tidak terdaya, iqamat yang memanggil ke surau hanya terdengar di sudut telinga. kaki kanan cuba menyahut, 

tapi kaki kiri yang "membesar" tidak mengendahkan.

lalu, ku bentang sejadah di rumah. hanya 1 nikmat dapat kuperoleh daripada 27. 

ku akur ku lemah. teringat lagenda "kekasih Allah" yang pengsan 3 kali untuk solat berjemaah. sangat istimewa. 

namun, saat Allah menarik seketika nikmatNya, aku lemah, tidak terdaya. 

"nikmat Allah yang mana lagi aku hendak dustakan?" 


subhanAllah, Allahuakbar

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca budiman sekalian.
 
Apa khabar pembaca budiman? moga sentiasa dilindungi dan berada dalam redha Allah. Sementara tunggu waktu nak balik kerja di office ni, tergerak hati untuk mengemaskini laman sesawang ini. inshaAllah kisah kali berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan pada sabtu lepas.
 
Alhamdulillah, panjat syukur pada Allah atas kurnia dan rahmat program Majlis Tilawah Al-Quran [MTAQ] peringkat PETRONAS labuan telah berlangsung dengan jayanya. Satu program dakwah yang membawa rahmat inshaAllah. Program ini telah berlangsung pada hari sabtu lepas | 5 April 2014 bertempat di MPH PETRONAS CHEMICAL METHANOL LABUAN.
antara yang menarik| tazkirah dari ustaz syed Mohd Norhisham Tuan Padang
 
hiasan pentas MTAQ ke 22 by "En. Saharin and team"
 
Syukur alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati untuk menjadi AJK dalam majlis tersebut. Biro makanan menjadi tanggungjawab. Walaupun nampak mudah dan senang, semoga yang sedikit ini membuahkan rahmat dari Allah.
AJK terdiri daripada CEO hinggalah trainee | semoga dirahmati 
 
Antara pertandingan yang telah dijalankan adalah tilawah Alquran|hafazan | quiz | dari pelbagai peringkat umur dan jantina dari kanak-kanan hinggalah dewasa. Satu input yang menarik dan memberi pengajaran kepada diri ini betapa pentingnya membaca dan memahami alquran dalam kehidupan. ya Allah, terlintas juga betapa lemahnya diri ini dalam menuntut ilmu fardu ain ini ya Allah. subhanAllah, mashaAllah
walaupun tidak bersedia
 
PETRONAS Bujang team kecuali hujung belah kanan
 
inshaAllah terlintas juga niat untuk menjadi peserta akan datang, semoga Allah permudahkan dan meminjamkan ilmu alquran kepada kita semua. Yang penting usaha dan istiqomah dalam pembacaan dan penghafalan alquran. inshaAllah
 
عن أنس رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وءاله وسلم قال: "مَنْ قَرَأَ القرءانَ يَقُوْمُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ، يـُحِلُّ حَلاَلـَهُ وَيـُحَرِّمُ حَرَامَهُ ، حَرَّمَ اللهُ لـَحْمَهُ وَدَمُهُ عَلَى النَّارِ وَجَعَلَهُ رَفِيْقَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ حَتىَّ إِذَا كَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كاَنَ القرءانُ لَهُ حُجَّةً " ( رواه الإمام الطبراني في المعجم الصغير - ضعيف )
Daripada Anas ra daripada Baginda Nabi SAW bersabda : “sesiapa yang membaca al-Quran (sehingga) bangun dengan sebabnya di tengah malam dan siang, sehingga menghalalkan perkara yang dihalalkannya (di dalam al-Quran) dan mengharamkan perkara yang diharamkannya (di dalam al-Quran), pasti Allah akan mengharamkan daging dan darahnya daripada api neraka dan dijadikannya teman setia bersama Malaikat Safarah yang mulia, sehingga apabila tiba pada Hari Kiamat, al-Quran akan menjadi hujjah (pembela) baginya”.
 insan mengharapkan redha Allah:
 
 
 
 




 



 

ALLAHUAKBAR. Begitu lemah diri ini sebagai hamba. Penulis yang adakalanya lalai dalam penulisannya.
Jika “sibuk” itu alasan, maka gagallah aku dalam UjianNya.

Alhamdulillah, cerita seminggu lepas baru berpeluang untuk diceritakan di laman sesawang ini. 29 dan 30 Mac 2014, mendatangkan satu lagi makna dalam kamus kehidupan. Program pemantapan remaja PRA SPM 2014 dianjurkan oleh PETRONAS METHANOL dengan kerjasama lecturer Kolej Matrikulasi Labuan, yang mana melibatkan 7 buah sekolah sekitar Labuan dan dihadiri seramai 35 pelajar murid sekolah tingkatan 4 (15 lelaki dan selebihnya perempuan).

untuk bacaan adik-adik sekola

Teringat kembali zaman universiti, daripada diploma hinggalah master, daripada sukarela kolej, kepada jawatankuasa kolej UiTM sabah hinggalah MPP UiTM Shah alam, aktiviti fasilitator mengikur banyak kenangan dalam kehidupan. Tidak terduga, kehidupan begini kembali lagi walaupun status telah bertukar sebagai pekerja. 


sebelum solat, keesaan kepada Allah haruslah dihayati agar solat menjadi khusyuk

Pada awalnya, terasa berat untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti melibatkan sukarela dan fasilitator ini. Kononya, zaman pelajar telahpun berakhir. Tapi, satu benda yang aku terlalai, jika kebolehan ini disia-siakan untuk jalan Allah, kenapa harus berenti? Jika dulu sukarela dan aktiviti fasilitator tidak terfikir untuk agama. Sekadar untuk berjalan, bersuka ria, dapat benda free dan sebagainya. Kebanyakkannya untuk kepentingan diri. Ya Allah, jika niat dulu tersasar jauh, ENGKAU ampunilah aku ya Allah. Aku lemah,aku hina, niatku lalai. Semoga Allah merahmati kita semua. 

sesi pembahagian group 

jangan difikir alim ulamak tiada sejarah buruk terdahulu, dan jangan disangka orang yang belum mendapat hidayah tiada masa depan yang cerah. Allahualam



sempat bergambar bersama karipap hasil tangan "mereka"

Berkaitan program, terima kasih diucapkan kepada seluruh sukarela PETRONAS yang menjayakan program ini. Satu program yang berlainan sedikit berbanding ratusan program yang telah diikuti. Antara pengisian program adalah:

1. Program melibatkan aktiviti keislaman yang mengajar pelajar tentang ketuhanan kepada Allah semata-mata (tidak ditekankan untuk mengajar subjek/matapelajaran)

2. Pengisian program seperti “bagaimana solat yang betul” “cinta menurut islam” “monopoli akhirat” “kuliah subuh, asar, maghrib dan isyak” dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan selama tidak kurang 30 Jam program ini diadakan. Walaupun singkat tapi signifikan. Malahan ilmu ini bukan sahaja untuk pelajar tetapi untuk kami sendiri.

3. Program yang menekankan rohani setiap pelajar dan kepercayaan yang kukuh terhadap Allah. Melihat kepada persepsi masyarakat yang smakin lalai terhadap perintah Allah. *termasuklah diri ini. Ampuni diriku ya Allah. 

jom belajar solat yang betul 


ceramah memperkukuh akidah umat islam 


fasi yang gigih berusaha membuat karipap masing-masing 

Itulah antara sedikit sebanyak yang boleh dikongsi. Jika terpanggil untuk melakukan usaha dakwah ini, jgn ditolak (insyaAllah). Semoga istiqomah dalam menaikkan semangat diri dan anak muda dalam memahami maksud Islam.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyakpahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan,  adalah ia menanggungdosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidakmengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


\
sesi penutup dan pengharapan dari fasi 
 AJK dan pelajar-pelajar (peserta) program lelaki 
 
Alhamdulillah semoga segalanya bermanfaat 


 terakhir dari kami fasi lelaki


Semoga sentiasa diberkati Allah:

Cuci-cuci

Sejahtera la kamu wahai orang-orang muslim

Aktiviti dihari minggu~ setelah 2 minggu si "puteh" tidak bercuci. 

lalu terlintas difikiran, jika hati kita ini sentiasa dicuci, pastinya akan bersih dan akan sentiasa terjaga.. inshaAllah.. namun, berapa kerapkah kita menyucikan hati? allahualam... 

biarlah gambar berbicara

Jom bersihkan diri: 

Catitan amalan kita.

Assalamualaikum…

Tepat 6.15pm, aku bergegas meluru ke parking kereta LE7785. Hanya dalam fikiran untuk solat berjemaah di surau. Alhamdulillah… sempat juga sampai dirumah setelah 20 minit memandu. Lalu aku bergegas masuk kedalam rumah, bersugi dan seterusnya menukar coverall kepada pakaian jubah untuk solat maghrib di surau.
Allahuakbar, subhanallah, terima kasih Allah kerana telah memilih dan memberi kudrat untuk solat berjemaah walaupun ketinggalan rakaat pertama. Sebak rasa dihati, bila kedengaran suara imam seperti dalam keadaan sedih pada rakaat kedua. Apa yang bermain difikiran, betapa malunya aku menghadap Allah dalam keadaan yang penuh dosa. Kuimbas kembali dosa-dosa sepanjang hari ini. ku imbas betapa indahnya jika tika dan saat ini aku berada di masjidil haram ataupun masjid nabawi. Allahuakbar~ Betapa lemahnya aku ya Allah.. engkau ampunilah dosaku.
Usai solat maghrib, acara diteruskan dgn bacaan Yaasin. Sedikit tazkirah daripada imam berkaitan surah yaasin. “bukanlah menjadi ibadah wajib yang blh mendatangkan bid’ah bahawa setiap malam jumaat mesti baca surah yaasin”. Keterangan nya cukup ringkas, bacaan yaasin adalah tradisi, dan dibolehkan juga yaasin dibaca pada waktu lain selain malam jumaat, juga dibolehkan baca surah selagi mana kita tidak lupa dan lebih dekat dengan alquran.
gambar sekadar hiasan

imam juga menekankan, betapa pentingnya amalan yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita dan sesudah kita mati. Segala amalam baik atau buruk dicatit dan amalan-amalan ini berterusan menerusi anak, cucu, cicit dan seterunya. Jika baik amalan kita dan dijadikan panduan oleh generasi kita, maka baiklah keturunan kita, jika tidak, Allahualam. 

Dalam surah yaasin | ayat 11 menekankan kita mengenai betapa besar impak kehidupan kita pada masa kini yang berkaitan dengan pahala/dosa pada masa akan datang:

Allah berfirman :
إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (11) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآَثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ (12)
Artinya:
“Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatNya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)”. (QS 36 Yasiin : 11-12)

Sekadar berkongsi:

Apakah aku mampu?

subhanAllah…
Cerita semalam~ 
sungguh berat diriku ya Allah. Selesai sahaja bermain games, aku dengan kawan-kawan petronas terus ke surau bagi menjalankan ibadah fardhu maghrib. Antara kami, Allah memilihku jadi Imam. Subhanallah… tersentak hati, apakah aku layak untuk memimpin Jemaah sedangkah aku pun sendiri amat sukar untuk memimpin diri sendiri kejalanMu ya Allah.
Gambar hanya sekadar Hiasan~ 

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya" (riwayat muslim)

Subhanallah, mashaAllah, Allahuakbar.
Terasa diriku tersangat berat dan suara lantangku bertukar menjadi sayu mengingatimu… ya Allah, ampunilah aku… elakkan aku dari terjerumus ke neraka ya Allah. jika engkau mengkehendaki aku supaya lebih berhati hati dalam menjaga solatku, maka inshaAllah, aku cuba ya Allah. sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui. 


Bersediakah aku? 

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers