Bersyukur saat diuji - MKI

assalamualaikum,

subhanallah, Allahuakbar...

terasaa diri ini ditimpa ujian daripada Allah. mungkin beginilah lumrah kehidupan dalam bekerja. ada pelbagai ragam dan adegan manusia. ada yang baik ada yang buruk, ada yang suka ada yang benci, ada yang cerewet ada yang slumber. namun janji Allah itu pasti.

walaupun terasa diri ini amat berat berhadapan dengan ragam "seseorang", namun ku bersyukur juga. kerana aku yakin, bahawa ujian ini lebih mendekatkan kita kepada Allah. lebih mudah untuk aku meluah dan memohon pertolongan. kerana aku tahu yang Allah itu maha mendengar dan pemurah. dia pasti akan menolong hambaNYAyang dalam kesusahan dan memohon kepadanya. kekadang, aku terasa diri sgt lemah dan terlalu memikirkan sifat manusia samaada sesuatu yang dilakukan itu betul atau tidak. namun aku tersepit dalam situasi kerja yang sendiri aku pun tidak faham apa kemahuannya.

 
photo: bersyukur dapat baca buku ini. Thanks to my best friend! kamariah~ 


subhanallah, allahuakbar!

aku yakin ENGKAU dengar luahan hatiku ini ya Allah. maka tunjukkanlah aku ketenangan jiwa dan tetapkanlah diriku pada jalan yang engkau redhai dalam menjalani ujianMu ya Allah...


لاَ يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلَـٰنَا فَٱنْصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.""
(Al Baqarah:286)


cuba bertahan: 

2 Responses

  1. terima kasih Dila...

    inshaAllah, benar Allah Maha mendengar dan maha mengasihani

     

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers