Assalamualaikum… Allahuakbar… tinggal beberapa hari lagi first paper exam tiba… namun preparation boleh dikatakan dalam 50% sahaja buat masa nie.. ntah la… apa yang telah membuat kurangnya minatku untuk membaca semester nie…
contoh paper CMT 564
aku pun rasa masih lagi samar2 mengenai halatuju pointer ku semester... agak sukar sekali untuk ku mencapai anugerah dekan sekali lagi... namun aku masih berharap yang sinar dekan itu ada! Harap dimakbul doa yang dipohon setiap malam .. insyaAllah
hmmm macamana mau jawab… banyak lagi bab kena cover, sedangkan aku masih lagi keliru dengan pelajaran yang ingin dipelajari … ya Allah, beri aku petunjukmu~~ ..
 AKU TEKANAN! L

SALAM EXAM :)

Assalamualaikum w.b.t …
Allahuakbar… waktunya hamper tiba… kini tibalah waktu pelajar2 memerah otak untuk preparation exam! dan termasuklah kawan2 semua yang sedang berusaha menyiapkan semua paper last semester… hehehe… dan buat adik beradik MPP selamat maju jaya n hadapi peperiksaan dengan jawapan yang confirm betul ~ hehehe… J
Dan buat semua warga FAKULTI SAINS GUNAAN, saya selaku MPP mengucapkan selamat maju jaya n semoga kejayaan milik kita semua… doa diiringi dengan ucapan selamat menduduki peperiksaan…

selamat menduduki peperiksaan, ikhlas daripada MPP fsg.. :)

Ingatlah, “kejayaan yang abadi datangnya daripada Illahi”
Insan yang turut sama merasakan debaran exam! :

Anugerah sainstis muda~

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca2 yang dirahmati semua…
Tajuk entri kali ini berkaitan anugerah saintis muda ataupun lebih dikenali sebagai ASM. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu ASM ? ASM adalah satu hari anugerah dimana pelajar yang mendapat anugerah Dekan semester lepas akan diraikan. Dan penganjurnya adalah daripada MPP dan secretariat mahasiswa fakulti sains gunaan.
Pada 07. Mac 2011, majlis ASM ini telah diadakan bertempat di dewan sri budiman UiTM Shah alam. Seramai 267 pelajar yang hadir untuk menerima anugerah ini termasuklah diriku … hehehe J
Walaupun perjalanan majlis tidak lah sebegitu lancar seperti MALAM PRA GRADUAN UiTM SABAH, namun kira ok la…
dari kiri: pengarah program (aini), Presiden SMFSG (sarah) dan MPP FSG
bersama timbalan dekan HEA FSG, Dr. Rozana

gambar bersama penceramah jemputan@ alumni FSG
Namun cerita utama adalah bagaimana perasaan mendapat anugerah ini mampu aku teruskan.. apabila sahaja namaku disebut. Aku berasa terkilan dan takut, bertanya pada diri…. Adakah aku mampu untuk meraih anugerah ini pada semester ini ?? hanya Allah yang tahu jawapannya… usahaku untuk meneruskan anugerah ini haruslah ditunjukkan mulai dari sekarang… lebih2 lagi sebagai seorang MPP.. namun itu bukan penghalang untuk aku terus dekan… tapi kekadang aku tertanya pada diriku …
Adakah test2 yang aku hadapi dengan tidak sebegitu baik sekarang, melayakkan aku untuk menerima anugerah dekan untuk semester ini?? Aku tertanya…
Layakkah aku bergelar pelajar dekan dan mendapat ANC seperti yang aku idamkan sejak dahulu lagi ??

Hari2 test~

       Allahuakbar~ final exam hanya tinggal 2 minggu lagi ..! rasa macam semalam ja baru belajar.. dan kepala ne pun belum cukup lagi ilmu untuk menghadapi exam~ tapi sebelum exam tiba… mingu ne n minggu depan merupakan minggu terakhir yang akan dan bakal mendera kepala otakku ini… semua subjek test bertubi tubi.. aduh~ tekanan aku dibuatnya… 
apa2 pun harap2 semuanya dapat berjalan dengan elok.. n test2 minggu nie dan minggu depan dapat men “stabilkan” test2 yang agak teruk sebelum nie… ! gudluck jumardi alkhawarizmi… be the highest in every subjects! Hehehe…. :) Kembalikan kegemilangan walaupun dan bertambah bebanan dan tanggungjawab lebih2 lagi sebagai MPP UiTM sekarang ne… allahuakbar!~ aku perlu bantuanMu ya Allah
Insan yang mengharap petunjuk dariNya :

Bahasa Jiwa bangsa

Tajuk entri kali ini mengatakan mengenai bahasa….bukannya apa, kekadang apabila seseorang berkata-kata, ada kata kata yang indah untuk di dengar.. dan ada juga yang perit untuk dijadikan santapan telinga… tapi itu bukan lah menjadi perbincangan entri ku pada kali ini..
bila di bagi peluang memegang microfon! 
Sy Cuma meluahkan sedikit mengenai bahasa yang berlaku…  kekadang ada yang mengatakan sya gila mic, ada juga mengatakan yang saya terlalu “sabahan” hehehe…. Tak kesah lah … apa yang saya keluarkan dari mulutku ini orang faham.. dan kelancaran ketika berbahasa itu yang paling saya utamakan… walaupun kekadang no idea mahu cakap apa… ! hehehe… :)
Kekadang rasa agak pelik bila berada di atas pentas depan khayalak ramai… first2 mmg nervous.. tapi lepas dah bercakap… ada juga orang yang berminat dan tertarik untuk mendengar… bahasa indon la katakan… hehehe…..
Yang penting orang faham n happy ..! itu sudah cukup bagiku ... ok la, entri ini ditutup sampai sini sahaja... salam perbahasan…
Insan yang memperbaiki penggunaan bahasanya :
 

Salam ~
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… apa khabar? Semoga dirahmati dah direstui olehNYA…
Entri kali nie tak tau nak cerita apa… hehehe…. Nak cerita pasal test2 yang kurang memuaskan rasa segan pulak ~! Baik ak cerita pasal Kursus Pengurusan Organisasi MPP UiTM semalaysia…
Kursus ini berlangsung dari 24 – 27 Mac 2011 yang melibatkan MPP UiTM seluruh Malaysia… seramai 183 MPP hadir pada KPO kali ini. KPo ini bertempat di Kampus Puncak Alam, UiTM.
perbincangan Bendahari Kehormat MPP UiTM semalaysia ! jadi ketua bendahari ~~

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin MPP UiTM tentang UiTM, berorganisasi, dan seterusnya merapatkan silaturahim antara semua MPP UiTM Malaysia.
Barisan MPP UiTM Shah Alam... sayang adik beradik MPP semua!!!! 

Pelbagai aktiviti yang dilakukan termasuklah sesi ceramah, perbincangan antara exco, dan turut dimuatkan sekali aktiviti riadah seperti sukan dan senamrobik, dan juga qiamullail…
Aku bersama Penolong YDP, iqbal amirnizamuddin

Program sebegini sangat bagus dan sepanjang mengikuti kursus MPP ini, banyak yang telah saya pelajar dan dapat berkenal dengan MPP Kampus cawangan.
Mungkin ini sahaja yang saya dapat kongsi dengan anda semua.. 
MPP FSG bersama Urusetia Majlis... 
Salam kepimpinan:

Allahuakbar.. salam sejahtera keatas semua pembaca yang dikasihi …
Apa khabar ? harap sentiasa dilindungi dah dirahmati olehNYA. Penceritaan kali ini adalah berkaitan dengan MPP. Walaupun hajat dihati telah lama tersimpan untuk menjadi wakil Pelajar, akhirnya Allah tunaikan juga hasrat ini. Namun sebelum ini, jika difikirkan MPP adalah sesuatu yang mudah.. tetapi setelah melalui banyak proses dari bawah sehinggalah bergelar MPP, ikon ini adalah sesuatu yang sangat tinggi dan susah untuk di gapai. Lebih2 lagi dari segi tanggungjawab keatas pelajar, fakulti dan university.
selepas MPP diperkenalkan di Dewan Agong
Bukanlah mudah untuk memikul tanggungjawab yang diberi, tapi insyaAllah bagiku… aku akan berusaha dalam membawa suara pelajar UiTM ke dalam proses penambahbaikan dan kegemilangan pelajar selagi terdaya.
Sebagai salah seorang MAJLIS TERTINGGI MPP UiTM 2011/12, saya rasakan jawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Sewaktu terpilih memegang jawatan ini, sekali lagi istigfar menjadi buah mulutku… aku pun tidak tahu apa terjadi, namun inilah yang Allah telah takdirkan untukku… “saya rancang dalam perancanganNYA” …
Ya ALLAH, engkau suluhkan hatiku kepada jalan yang engkau REDHAi..
Manusia yang rasa hina jika lalai melaksanakan tanggungjawab yang engkau berikan ya Allah  L :

22 . 2. 2011

Pasti ada yang tertanya-tanya tarikh keramat diatas. Tarikh inilah proses pengundian untuk pilihanraya JPP 2011/12 bermula.. start dari pukul 8.30 pagi hinggalah pukul 6.00 petang proses pembuangan undi dari para pelajar seluruh UiTM bermula.
Dan sepanjang waktu inilah aku berdiri di sisi bilik pengundian sebagai strategi terakhir menarik undi pelajar.
Mantan MPP 2010/11 (azhar) dan penyokong yang banyak membantu! thanks.. 
Dan apa yang paling menggembirakan dan menyedihkan berlaku pada malam itu ialah.
Gembira : tepat pukul 10.13PM bertempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, ak di umumkan sebagai MPP UiTM 2011/12. Allahuakbar dan astagafirullah, berat beban nie.. bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada university sekali…
calon MPP dari fakulti Masscomm. dua-dua menang sebagai MPP! tahniah
Sedih : apabila kawan kawan yang lain tidak berjaya dan kalah dalam jumlah undi.. agak terkejut pabila diumumkan untuk fakulti lain. Tapi ak berpegang kepada kata-kata ini “Allah tahu tahap ujian untuk hambanya, maka apabila rezeki tiada untuk menjadi MPP, Allah ada peluang lain untuk diberi dan diuji.. dan kemampuan manusia adalah terhad”
52 MPP UiTM 2011/2012 yang berjaya dalam proses Pilihanraya Kampus
Yang pasti sejak nama JUMARDI ABU BAKAR, MPP FAKULTI SAINS GUNAAN ini diumum, aku banyak istigfar dan berharap aku dapat jalankan tanggungujawab yang amat besar sebagai pemimpin.. Allah, mohon guide jalanku dan pilihanku … amin
semoga MPP FSG UiTM [Jumardi bin Abu bakar & Muhamad Afiq B. Ismail] dapat menjalankan tugas berlandaskan niat kerana Allah. 

Insan yang bergelar MPP UiTM 2011/2012 J :

KEMPEN

Allahuakbar.. sungguh lama sesawang nie tidak update.. sampai bersawang dah aku tgk… minta maaf la kepada pembaca sekalian… maybe malas2 mau update… tapi akhirnya ada gak mood mau update…

calon-calon MPP UiTM 2011/12
Beberapa minggu sebelum ne agak taff la jugak aktiviti.. kekadang tu sampai nak buat assignment pun rasa tidak mampu.. Alhamdulillah, hari ini ada kekeosongan masa untuk ku utus apa yang berlaku pada hidupku…
Walaupun cerita ini dah lama berlalu, dalam 2 minggu dah, tapi aku tetap ingin share kepada anda semua… tajuknya “KEMPEN”….
banner aku ! hehehe
Nak cerita pasal aku berkempen untuk jadi MPP UiTM SHAH ALAM 2011/12, tapi akhirnya berjaya jgak… kempen sepanjang proses pengundian sgt la best walaupun penat. Dengan CM @kamarul dan penyokong @fadzliza yang membantu… terima kasi kepada semua yang menyokong dan membantu sepanjang proses pilihanraya kampus sehingga menang majority di FSG… hahahah… poyo la pulak~
kad jentera ku... hehehe
Terima kasih kepada kamarul, fiffy, sarah, syura(mewakili semua kawan2 sabah), kak dai dan semua orang yang terlibat dalam mengempen diriku eni.. insyaAllah, Allah balas jasa dan budi anda semua..
Salam terima kasih buat anda semua. J
flyers yang dibagi untuk pelajar.
“its not about me, its not about you, but! Its about us …. FSG “

aku yang digalas tanggungjawab pelajar FAKULTI SAINS GUNAAN :

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers