Catitan amalan kita.

Assalamualaikum…

Tepat 6.15pm, aku bergegas meluru ke parking kereta LE7785. Hanya dalam fikiran untuk solat berjemaah di surau. Alhamdulillah… sempat juga sampai dirumah setelah 20 minit memandu. Lalu aku bergegas masuk kedalam rumah, bersugi dan seterusnya menukar coverall kepada pakaian jubah untuk solat maghrib di surau.
Allahuakbar, subhanallah, terima kasih Allah kerana telah memilih dan memberi kudrat untuk solat berjemaah walaupun ketinggalan rakaat pertama. Sebak rasa dihati, bila kedengaran suara imam seperti dalam keadaan sedih pada rakaat kedua. Apa yang bermain difikiran, betapa malunya aku menghadap Allah dalam keadaan yang penuh dosa. Kuimbas kembali dosa-dosa sepanjang hari ini. ku imbas betapa indahnya jika tika dan saat ini aku berada di masjidil haram ataupun masjid nabawi. Allahuakbar~ Betapa lemahnya aku ya Allah.. engkau ampunilah dosaku.
Usai solat maghrib, acara diteruskan dgn bacaan Yaasin. Sedikit tazkirah daripada imam berkaitan surah yaasin. “bukanlah menjadi ibadah wajib yang blh mendatangkan bid’ah bahawa setiap malam jumaat mesti baca surah yaasin”. Keterangan nya cukup ringkas, bacaan yaasin adalah tradisi, dan dibolehkan juga yaasin dibaca pada waktu lain selain malam jumaat, juga dibolehkan baca surah selagi mana kita tidak lupa dan lebih dekat dengan alquran.
gambar sekadar hiasan

imam juga menekankan, betapa pentingnya amalan yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita dan sesudah kita mati. Segala amalam baik atau buruk dicatit dan amalan-amalan ini berterusan menerusi anak, cucu, cicit dan seterunya. Jika baik amalan kita dan dijadikan panduan oleh generasi kita, maka baiklah keturunan kita, jika tidak, Allahualam. 

Dalam surah yaasin | ayat 11 menekankan kita mengenai betapa besar impak kehidupan kita pada masa kini yang berkaitan dengan pahala/dosa pada masa akan datang:

Allah berfirman :
إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (11) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآَثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ (12)
Artinya:
“Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatNya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)”. (QS 36 Yasiin : 11-12)

Sekadar berkongsi:

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers