KPO MPP UiTM semalaysia!

Salam ~
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… apa khabar? Semoga dirahmati dah direstui olehNYA…
Entri kali nie tak tau nak cerita apa… hehehe…. Nak cerita pasal test2 yang kurang memuaskan rasa segan pulak ~! Baik ak cerita pasal Kursus Pengurusan Organisasi MPP UiTM semalaysia…
Kursus ini berlangsung dari 24 – 27 Mac 2011 yang melibatkan MPP UiTM seluruh Malaysia… seramai 183 MPP hadir pada KPO kali ini. KPo ini bertempat di Kampus Puncak Alam, UiTM.
perbincangan Bendahari Kehormat MPP UiTM semalaysia ! jadi ketua bendahari ~~

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin MPP UiTM tentang UiTM, berorganisasi, dan seterusnya merapatkan silaturahim antara semua MPP UiTM Malaysia.
Barisan MPP UiTM Shah Alam... sayang adik beradik MPP semua!!!! 

Pelbagai aktiviti yang dilakukan termasuklah sesi ceramah, perbincangan antara exco, dan turut dimuatkan sekali aktiviti riadah seperti sukan dan senamrobik, dan juga qiamullail…
Aku bersama Penolong YDP, iqbal amirnizamuddin

Program sebegini sangat bagus dan sepanjang mengikuti kursus MPP ini, banyak yang telah saya pelajar dan dapat berkenal dengan MPP Kampus cawangan.
Mungkin ini sahaja yang saya dapat kongsi dengan anda semua.. 
MPP FSG bersama Urusetia Majlis... 
Salam kepimpinan:

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers