4th day [16 mei]
Bergerak seawall 7.30 pagi untuk pagi ke KG. TERATAK BEAUFORT. Bangun awal pagi untuk follow up makanan. Lepas itu bergerak untuk program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di kg teratak. Sebelum bertolak seperti biasalah briefing dari ku harus ada.. hehehe.. lepas itu, singgah sebentar di PUTATAN untuk membeli hadiah/cenderamata untuk keluarga angkat di samping membeli cat untuk aktiviti gotong royong di masjid. Dalam jam 10.00am, kami bertolak dari PUTATAN ke PAPAR untuk singgah makamn di rumah keluarga abg. Faizal.walaupun tentative pada waktu ini agak jauh menyeleweng dari waktu sebenar, namun kami cuba untuk kejar masa itu semula. Apa yang membuatkan diri ini rasa bersalah, apabila mendapat panggilan daripada abg. Halimun [staf uitm sabah] yang memberitahu bahawa keluarga angkat sudah menunggu seawall jam 11.30 pagi. Malahan waktu kami dijangka tiba di kg teratak pada pukul 2.30 petang. Kesian pada keluarga angkat di sana.. tapi apa boleh buat… dah ketentuan untuk kami sampai lewat.. Alhamdulillah tepat pukul 3 ptg kami sampai di teratak dan disambut mesra oleh para kuarga kg teratak diiringi iringan muzik kulin tangan… best sungguh.. dan aku juga mengacarai majlis penyerahan anak angkat pada ketika itu.. akhirnya segala perjalanan berjalan lancer.. aku ditakdirkan beradik beradik dengan ASMIZA SUPAR ( KAK MIMI), NABIELAH BT KHALID (k.bie) dan HAZALMI (amy) dengan bapa angkat en HASSAN. Huuhuhu.. malamnya berlalu dengan penuh ketenangan.
 makan di rumah kuarga angkat abg faizal [papar] 
sesi penyerahan anak angkat kepada penduduk kg. teratak beaufort.
sesi penyerahan anak angkat kepada penduduk kg. teratak beaufort.

insan yang mendapat keluarga baru~ : 

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers