"terperangkap"


Allahuakbar~ syukur la, hujan juga bumi shah alam pada waktu ini, melimpah ruah rahmat yang Allah berikan ke atas tanah shah alam. Tapi perbincangan yang aku ingin perkatakan di sini bukan lah mengenai rahmat hujan, tapi permasalahan yang di hadapi ketika hujan…
Selesai sahaja test Inorganic tadi, kami bertiga pun pergilah selesaika beberapa perkara yang belum selesai. Farhan ada urusan di HEA dan aku pula pergi HEP cuba untuk meminta cop untuk penyelarasan budget sekaligus ingin berbincang mengenai kertas kerja untuk ke SABAH hujung semester nnt (doakan semoga berjaya ek! ) . Dalam perjalanan pulang (ketika ini mendung lg) kami slumber ja bertolak pulang ke rumah (kolej jati). Macam besalah, berjalan kaki merupakan rutin harian untuk pergi mahupun pulang dari kelas.
Malangnya, hajat untuk sampai awal ke rumah tidak kesampaian apabila hujan turun dengan lebatnya apabila kami tiba di gerai seksyen 2. Terpaksalah menunggu dalam 50 minutes untuk menunggu hujan reda.


Selepas menunggu dalam masa yang agak lama (di bus stop) akhirnya hujan pun berhenti secara ansur2.. tetapi kami semua tetap basah bermandikan air hujan kerana tidak sabar menunggu hujan berhenti sepenuhnya.. walaupun basah pulang ke rumah, namun ada pengajaran yang dapat aku pelajari dalam peristiwa ini, iaitu SABAR LA WAHAI JUMARDI_ALKHAWARIZMI~~~~~

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers