Ketika cinta bertasbih 1 & 2

Mungkin ada yang katakan aku terlambat, kerana baru sahaja saksikan filem nie walaupun sudah lama berada di arena panggung wayang.. tapi aku tidak kesah, yang penting sekarang aku dah saksikan sendiri kisah “cinta islam” ini. Begitu memilukan sekali cerita yang cuba di sampaikan kepada umat masa kini.
Ia bermula melalui pengenalan dua orang pelajar yang sama2 menuntut di universitas Al Azhar, mereka dipertemukan di dalam sebuah bas dan berjumpa sekali lagi ketika ana (pelakon wanita) di timpa musibah bersama rakaannya.. mujurlah ada seorang pemuda Indonesian yang dikenalinya dalam bas membantunya. 
antara pelakon - pelakon ketika cinta bertasbih
Ketika itu, bermulalah detik perasaan cinta mereka walaupun hanya dipertemukan pada waktu itu. Anna Althafunnisa merupakan seorang pelajar S2 universiti al azhar dan memenangi thesis terbaik. Seorang yang berada, lemah lembut, taat pada ibu bapanya, patuh pada tuhannya, kasih pada nabinya dan bangga pada agamanya.
Abdullah kherul azzam, pelajar senior yang miskin, belajar di Al azhar selama 9 tahun, akhirnya menamatkan pengajian lalu terus pulang ke kampong Indonesia. Seorang imam / ketua rumah dan berniaga sambilan (jual temped an bakso) di Alexandria sambilan belajar.
Akhirnya mereka bertemua semula di Indonesia, kebetulan rumah mereka tidak jauh. Banyak peristiwa yang berlaku di antara mereka dan keluarga azzam sendiri. Pencarian mencari jodoh menurut islam oleh azzam tidak kesampaian. Akhirnya apabila bapa Anna sendiri yang menikahi mereka di khayalah ramai, depan para jemaah selepas sahaja menunaikan solat maghrib. 
jangan lupa saksikan sendiri cerita ini~

Cerita ini amat2 best! So, untuk mengetahui lebih lanjut, sila hayatilah filem “ketika cinta bertasbih 1 dan 2” sekarang…. Guarantee tak menyesal~
Jumardi_alkhawarizmi pingin bangat bertemu cinta / jodoh yang ada seperti dalam filem ini

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers