ALLAHUAKBAR. Begitu lemah diri ini sebagai hamba. Penulis yang adakalanya lalai dalam penulisannya.
Jika “sibuk” itu alasan, maka gagallah aku dalam UjianNya.

Alhamdulillah, cerita seminggu lepas baru berpeluang untuk diceritakan di laman sesawang ini. 29 dan 30 Mac 2014, mendatangkan satu lagi makna dalam kamus kehidupan. Program pemantapan remaja PRA SPM 2014 dianjurkan oleh PETRONAS METHANOL dengan kerjasama lecturer Kolej Matrikulasi Labuan, yang mana melibatkan 7 buah sekolah sekitar Labuan dan dihadiri seramai 35 pelajar murid sekolah tingkatan 4 (15 lelaki dan selebihnya perempuan).

untuk bacaan adik-adik sekola

Teringat kembali zaman universiti, daripada diploma hinggalah master, daripada sukarela kolej, kepada jawatankuasa kolej UiTM sabah hinggalah MPP UiTM Shah alam, aktiviti fasilitator mengikur banyak kenangan dalam kehidupan. Tidak terduga, kehidupan begini kembali lagi walaupun status telah bertukar sebagai pekerja. 


sebelum solat, keesaan kepada Allah haruslah dihayati agar solat menjadi khusyuk

Pada awalnya, terasa berat untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti melibatkan sukarela dan fasilitator ini. Kononya, zaman pelajar telahpun berakhir. Tapi, satu benda yang aku terlalai, jika kebolehan ini disia-siakan untuk jalan Allah, kenapa harus berenti? Jika dulu sukarela dan aktiviti fasilitator tidak terfikir untuk agama. Sekadar untuk berjalan, bersuka ria, dapat benda free dan sebagainya. Kebanyakkannya untuk kepentingan diri. Ya Allah, jika niat dulu tersasar jauh, ENGKAU ampunilah aku ya Allah. Aku lemah,aku hina, niatku lalai. Semoga Allah merahmati kita semua. 

sesi pembahagian group 

jangan difikir alim ulamak tiada sejarah buruk terdahulu, dan jangan disangka orang yang belum mendapat hidayah tiada masa depan yang cerah. Allahualam



sempat bergambar bersama karipap hasil tangan "mereka"

Berkaitan program, terima kasih diucapkan kepada seluruh sukarela PETRONAS yang menjayakan program ini. Satu program yang berlainan sedikit berbanding ratusan program yang telah diikuti. Antara pengisian program adalah:

1. Program melibatkan aktiviti keislaman yang mengajar pelajar tentang ketuhanan kepada Allah semata-mata (tidak ditekankan untuk mengajar subjek/matapelajaran)

2. Pengisian program seperti “bagaimana solat yang betul” “cinta menurut islam” “monopoli akhirat” “kuliah subuh, asar, maghrib dan isyak” dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan selama tidak kurang 30 Jam program ini diadakan. Walaupun singkat tapi signifikan. Malahan ilmu ini bukan sahaja untuk pelajar tetapi untuk kami sendiri.

3. Program yang menekankan rohani setiap pelajar dan kepercayaan yang kukuh terhadap Allah. Melihat kepada persepsi masyarakat yang smakin lalai terhadap perintah Allah. *termasuklah diri ini. Ampuni diriku ya Allah. 

jom belajar solat yang betul 


ceramah memperkukuh akidah umat islam 


fasi yang gigih berusaha membuat karipap masing-masing 

Itulah antara sedikit sebanyak yang boleh dikongsi. Jika terpanggil untuk melakukan usaha dakwah ini, jgn ditolak (insyaAllah). Semoga istiqomah dalam menaikkan semangat diri dan anak muda dalam memahami maksud Islam.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyakpahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan,  adalah ia menanggungdosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidakmengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


\
sesi penutup dan pengharapan dari fasi 
 AJK dan pelajar-pelajar (peserta) program lelaki 
 
Alhamdulillah semoga segalanya bermanfaat 


 terakhir dari kami fasi lelaki


Semoga sentiasa diberkati Allah:

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers