BADANG FASA I

Assalamualaikum dan salam BADANG …
Aduhai… entry kali ne x la update sgt.. walaupun dah 3 minggu berlalu… namun aku nak juga update mengenai "BADANG" kali ini..  
view from belakang Baju BADANG
perasmi : Ketua Menteri Melaka yang sangat sporting!! Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Tahu tak apa tu BADANG? Badang atau lebih dikenali sebagai program “Bagai Aur Dengan Tebing” merupakan satu program yang dirangka selama setahun untuk mendidik, mendekati masyarakat, inovasi dan pelbagai lagi input yang disematkan sepanjang program setahun ini. Program ini adalah anjuran sepenuhnya oleh Fakulti Sains Gunaan termasuklah penglbatan daripada Pusat Pembangunan Pelajar FSG, MPP 2011/12, SMF dan 13 persatuan dalaman Fakulti sains gunaan. Program ini juga melibatkan kerjasama dan sponser daripada KERAJAAN NEGERI MELAKA, YAYASAN PELAJARAN MELAKA dan JAPERUN bukit katil Melaka. Program ini merupakan satu cetusan idea daripada TD HEP FSG, EN IQBALdan MPP sendiri, dan dijalankan dalam 3 fasa:
Fasa 1: Program kecemerlangan akademik yang melibatkan 4 buah sekolah di Bukit katil, Melaka (SMK Bukit Katil, SM Vokasional, SMK Melaka tengah, dan SM teknik) yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. 
Tuan rumah program BADANG.. 
best gak tidur di asrama (ingat kenangan time sekolah dulu)
Fasa 2: Khidmat Masyarakat (program anak angkat) di mana melibatkan pelajar FSG dan pelajar sekolah dari 4 sekolah diataas
Fasa 3: inovasi (pertadingan reka cipta) melibatkan 20 sekolah sekitar negeri Melaka
Untuk pengetahuan semua, BADANG FASA 1 telah selesai dilaksanakan pada 15- 18 Mac 2012. Di mana SM Teknik melaka Tengah (MELTEC) menjadi tuan rumah dan tempat sepanjang program ini dilaksanakan. Dan apa kaitan ngn aku dan badang?? 
penat berbicara! tapi ENJOY~~ 
nie la penghulu kepada pelajar  (nama tak ingat dah!!!)
Aku sebagai ketua fasilitator untuk program kali ini. Besalah orang yang paling laser dan banyak bercakap! Tapi mmg agak sakit juga la… dan banyak benda baru yang saya belajar sepanjang program ini diadakan.. apa yang saya belajar! Jom jumpa dan tanye sendiri ngan ak.. hehee… 
masuk AKHBAR BERITA HARIAN dowh!! 
Ok la… panjang-panjang pun bukan juga nak baca kan?? Hehe… sampai sini sahaja… nantikan BADANG FASA II pulak J

Ketua Fasilitator Badang Fasa I:

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers