HANYA MENERIMA..

Whatever!!!! Sempena karkol ne mmg amat busy.. tapi apakan daya, dah nasib diri… apa yang aku mau katakan banyak yang aku tidak dapat lupakan tentang karkol ini (terutamanya malam 28.03 ne).. ntahla.. macam semua masalah yang berlaku, hanya aku sahaja yang dituding jari oleh pihak tertentu.. sebab ketidak kelancaran majlis aku yang dipersalahkan?? Ntahla.. aku pun tidak paham.. aku dah fedup mau melalui semua ini.. ada yang cakap “ ala, c jumar tidur tadi petang?? Jadi kurang la krjanya??” aku sabar ja apa durang cakap, tapi yang nyata, aku tidur petang tu, sebab aku demam panas dan resdungku datang.. minta maapla kalo ndak dapat turun gym petang tu!! Tapi at least aku try jgak datang dari pagi hingga tengah ari tu untuk membantu!!! walaupun aku dah cakap ngan encik kaffali, yang aku tidak mau terlibat langsung dengan sukan direct dengan dia sebelum karkol lagi.. dan dia mengiakan dan membenarkan supaya aku tidak terlibat dalam aktiviti sukan, sebab aku dah arrange hari ini aku mau siapkan assignment bio300 ne.. sebaliknya lain yang terjadi?? Tapi itu jgak yang jadi persoalan utama c jumar malas.. maka tidak di hitung pun usaha2 yang lain sepanjang minggu karkol tu.. ya la kan, aku paham jgak sapa aku ne, 1 keburukan mampu rosakkan 1 ribu kebaikan.. tidak apa!! Tapi aku sanggup jgak mau turun gym petang tu jalan shortcut dalam keadaan yang kurang sehat… sampai sana, sepatutnya ogy yang buat vt kolej aku yang terpaksa buat.. aku terima ja.. petang tu jgak aku balik semula ke kolej sebab rush mau siapkan vt tu.. alhamdullillah vt dapat disediakan…  

Sepanjang majlis, ntah la.. aku tidak paham.. mana semua jpk yang lain??? Blur~~~ dah la aku kurang senang dengan mpp sebab ambil masa dan tempat jpk untuk buat mereka punya aktiviti, kami diam ja.. malas mau cakap, nnt timbul kontroversi pula… tapi pas ja aktiviti mpp tu, kami take part.. aku bingung malam tu, aku teknikal, aku hadiah, n aku flow manager, wow!! Amazing betul kerja tu kan!! Akhirnya semua masalah terutamanya hadiah sapa yang tanggung, siapa yang dipersalahkan??? Aku jgak!!!! Shit betul!!! Maka aku langsung tidak tahu apa2 pasal hadiah tu…Habis malam tu jgak, zira tengking aku depan khayalak ramai…. Ya Allah, aku try ja kawal kemarahanku.. aku pantang orang tengking aku depan orang ramai… ndak pa la, mungkin aku semua yang salah..  nasibla ada en Ardey, dapat jgak aku luahkan perasaan ku yang penuh dengan kedukaan dan kekecewaan yang memuncak.. aku tidak tahan terus dipersalahkan..

Aku sengaja mau balik awal dari gym tu, dalam jam 2:00 pagi… sebab aku benci lihat semuanya…aku balik bilik, perutku sakit amat dan  resdungku datang lagi.. sebab waktu angkat kayu tu, aku rasa alah da pada habuk!! Sabar ja la.. sampai bilik, aku DEcIdE mau gagalkan satu subjek untuk semester ini.. mungkin csc317 or bio310… sebab aku pun tidak tahu, what happen dengan study ku dan what happen dengan semua assignmentku.. aku terpaksa ikut sahaja cakap orang lain..hakikatnya aku kalah pada dugaan yang melanda ini… kini aku paham kenapa azar boleh menitiskan airmata sebelum ini..** ikhlas dari hati dan sanubariku… (aku yang menitiskan air mata ini…hampah dengan semua disekelilingku..)

Akhirnya salah satu event besar selain mpg telah berakhir… minggu yang amat memenatkan  dan amat memeritkan namun bagiku penuh dengan hikmah yang tersirat… 

saringan dan persiapan tempat golden voice 


pentas akhir golden voice

no komen depan kamera

area bergambar..macam betul2 pertandingan nyanyian pulak.. red carpet gitu 

penutupan karkol

HASIL KERJA SEMALAM

Akhirnya, walaupun kami Cuma dapat tempat ketiga dalam pertandingan sepanduk terbaik (1. DIA-85, 2. DPA-82.5, 3. DIS-82) kami tetap berpuas hati…apa yang membezakan kami dengan kos lain, kami dinobatkan sebagai kontinjen terbaik untuk pertandingan sepanduk ne.. huhuhu.. thanks to all diploma science student that come today!! Syukran! 

perarakan maulidurasul start jam 7 pagi, dari cluster A hingga fasa 2 UiTM Sabah.. 

usaha semalam akhirnya membuahkan hasil

BANNER MAULIDUR RASUL

Penat buat banner 12 jam ne ari!!

Penatny hari ini… 14 mac 2009… dah la hari khamis tu aku ndak tidur semalam tuk prepare test bio n test csc pada hari jumaat.. hari nee pulak kami kena wat banner lagi untuk esok untuk wakil diploma sains untuk perakan sempena maulidur rasul… hari ini(sabtu) seawal 8 pagi usman dah kejutkan.. dia cakap sir K.A panggil untuk join aktiviti kelab mathematicnya.. aku pun pergilah jgak pagi tu.. mau jgak aku menolak, tapi aku mesti gak turut kata pensyarah.. kerana bagiku, mereka adalah antara orag yang aku paling hormati… walaupun jumaat tu kami test samoai 10.00 malam.. namun tetap jgak penat!... sampai sekarang masih lagi letih dan tidak ada mood..

Dari pagi sabtu ini sampai jam 11.20malam barulah habis banner yang kami buat tu.. (diploma sains part 5).. demi kos sendiri, buat jgak l;a walaupun penat…terima kasihla buat semua kawan2 yang terlibat dalam pembuatan banner hari ini… sesungguhnya, aktiviti sebegini dapat merapatkan ukhwah antara kita semua… terima kasih!!! Sok mau buat perarakan.. 

kami yang bekerja keras menyiakan banner

 inilah hasil tangan kami semua selama 12jam

FIELDTRIP_SANDAKAN

FIELD TRIP KE SANDAKAN SABAH…

Akhirnya, lawatan akademik semester ne berakhir da… tunggu nxt sem lagi.. Field trip kali ini bertempat di sepilok Sandakan setat dari 7 – 9 mac 2009 yang lalu.. walaupun fieldtrip kali ini tidak sebaik seperti semester2 lalu, tapi ada gak la pengalaman yang di timba sepanjang tempoh 3 hari tu.. apa yang membezakan fieldtrip ne rasa macam tertekan pulak.. ntah la.. mungkin perasaan ja ataupun realitinya.. apa yang beznya time f.t ini dapat lawat ke RDC (rainforest department center)… ndak pernah pergi pun walaupun tinggal di Bandar sendiri (Sandakan)…pada malam kebudayaan tu, kumpulan kami dapat no. 3 pulak berlakon.. maka, kami rancang mau buat lakonan pasal care environment dalam masa 5 minit ja… apa2 pun, fieldtrip ini memberikan tekanan kerja yang dah sediakala bertimbun2 banyak ne… apa2 pun gudluck!! 

angkat barang dulu sebelum bertolak
 kadim mengetuai bacaan doa sebelum bertolak dari uitm ke sandakan

makan tengah ari jap di telupid

sebelum pergi ke RDC 
pemandangan hijau di RDC 
buat sampling technique

APA YANG TERJADI..??

Apa yang telah terjadi.. ntahla tiba2 hari ne banyak yang tidak kena.. aku bagaikan bingung oleh bayangan sendiri… ataupun ini Cuma perasaan yang melanda ku sahaja.. bangun sahaja dari tidur pagi tadi.. rasa macam sesuatu perkara yang berbeza daripada hari-hari lain berlaku.. bangkit ja dari tidur, rasa kepala penuh dengan kesalahan dan dosa yang amat berat.. asgafirullah.. apa yang berlaku pada diriku..??aku sendiri pun tidak tahu..

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers