Salam syawal…

Akhirnya bulan yang penuh kemeriahan bagi umat islam kini tiba…. Hari kemenangan, hari kesyukuran dan hari kemaafan buat kita semua….

Pagi 1 syawal ini, aku sudah dikejutkan dari tidurku dengan iringan tasbih yang berkumandang di masjid yang berdekatan dengan rumah ku… aku bangkit dari tidurku seawall jam 5:20 pagi…

Selepas itu, aku sempat menelefon kawan ku, c hasda untuk bertanyakan bagaimana sudah keadaan baju melayuku… alhamdullillah, baju melayu yang ku pakai 1 syawal ini siap jgak akhirnya….

Selepas itu, saya dan keluarga bersiap untuk menunaikan solat aidilfitri di masjid besar daerah Sandakan…. Keadaan yang sesak menyebabkan aku bertolak-tolak untuk dengan orang lain mendapatkan ruang tempat duduk… di sepanjang jalan yang penuh sesak itu, aku sempat lagi bertemu dengan kawan2 lama ketika bersekolah di SMK DPG dahulu… ucapan pohon keampunan dan selamat hari raya menjadi pembuka bicara…

Setelah selesai sahaja bersolat, malangnya… sandal yang ku pakai telah hilang di curi orang…. Huhuhuh… sedih2…. Nasibla sandal yang aku pakai tu, bukanla sandal yang aku baru beli….

selepas itu, kami menuju ke rumah nenekku untuk berziarah… keadaan nenekku yang kurang sehat tetapi masih kuat bekerja membuatkan aku terharu melihatnya….makan burasa dan sambal lada menjadi menu sarapan buat kami sekeluarga…

selepas itu, aku terus pulang ke rumah kerana banyak lagi yang kena di buat terutamanya membantu kakakku memasak dan untuk kenduri nnt….. penat jgak aku cuci piring, memasak dan membersihkan ayam tu… ingat terus aku kenangan ketika bekerja di KFC time aku menunggu keputusan SPM di KFC inanam… habis tu, aku ikut pergi berziarah di rumah keluarga… around tinusa jgak… pegi rumah abg ku yang kedua, pas tu, pegi rumah saudara mara… dalam jam 5.oo petang, aku dan keluarga balik rumah dan bersiap untuk kenduri… habis ja kenduri sessi bebmagi duit raya dan buka hamper di jalankan… banyak budak2 di umah ku nie… ndak sangka jgak…. Best dan meriah…..

di rumah abg kadak

gambar ngan anak buahku (ashraf)

suasana di kg. tinusa 2

mau balik umah da...

kenduri di rumah

sessi bermaafan dan bagi duit raya..

nie la antara budak2 yang bekumpul di umahku... semua nie anak buahku...

di rumah hj. Aki di taman fajar perdana..


malam tu, aku tidur awal sebab terlalu penat sepanjang 1 syawal nie…..pa yang ku harapkan nie hari, manusia dapat mengambil kesemp[atan ini bermaafan sesame sendiri…

INSYAALLAH………….

-jumardi-

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers