Assalamualaikum.
Subhanallah
indahnya ciptaan Allah. Ingin sy berkongsi aktiviti yang dilakukan setibanya
hujung minggu. Normally, sabtu adalah masa untuk berehat di rumah sepenuhnya. Aktiviti-aktiviti
rumah seperti cuci kain, mengemas rumah, bilik, toilet dan cuci kereta antara
aktiviti yang dilakukan. Dan ahadnya pula, siang berehat di rumah dan ptg akan
melepak menikmati keindahan lautan yang Allah ciptakan. Labuan, sebuah pulau
kecil yang diciptakan Allah. Kaya dengan aktiviti Oil & gas industry dan terkenal
dengan pantai-pantai yang cantik.
pantai Layang-layangan
Pantai UMS
Dihujung minggu,
masa diluang untuk berada di pantai. Kekadang sendiri, kekadang berteman. Subhanallah…
sangat cantik bila melihat matahari terbenam disudut hujung pandangan lautan. Pantai
UMS, Layang-layangan, manikar dan Tanjung Aru sepertinya sudah sinonim dengan
diriku. Ketenangan dicari dan mendalami betapa indahnya ciptaan Illahi. Tibanya
maghrib, kunamakan aktiviti ini sebagai “Misi Jelajah Masjid”. Ku cuba bersolat
disetiap masjid/surau di Labuan ni, insyaAllah. aktiviti yang dilakukan bila
tiba watku maghrib hinggalah isyak menjelma. Selesai isyak, aktiviti dihujung
minggu diakhiri “jom minum!”
Jom ke pantai:
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)