Assalamualaikum…
Tepat 6.15pm,
aku bergegas meluru ke parking kereta LE7785. Hanya dalam fikiran untuk solat
berjemaah di surau. Alhamdulillah… sempat juga sampai dirumah setelah 20 minit
memandu. Lalu aku bergegas masuk kedalam rumah, bersugi dan seterusnya menukar
coverall kepada pakaian jubah untuk solat maghrib di surau.
Allahuakbar,
subhanallah, terima kasih Allah kerana telah memilih dan memberi kudrat untuk
solat berjemaah walaupun ketinggalan rakaat pertama. Sebak rasa dihati, bila
kedengaran suara imam seperti dalam keadaan sedih pada rakaat kedua. Apa yang
bermain difikiran, betapa malunya aku menghadap Allah dalam keadaan yang penuh
dosa. Kuimbas kembali dosa-dosa sepanjang hari ini. ku imbas betapa indahnya jika tika dan saat ini aku berada di masjidil haram ataupun masjid nabawi. Allahuakbar~ Betapa lemahnya aku ya
Allah.. engkau ampunilah dosaku.
Usai solat
maghrib, acara diteruskan dgn bacaan Yaasin. Sedikit tazkirah daripada imam berkaitan surah yaasin. “bukanlah menjadi ibadah wajib yang blh mendatangkan bid’ah bahawa
setiap malam jumaat mesti baca surah yaasin”. Keterangan nya cukup ringkas, bacaan
yaasin adalah tradisi, dan dibolehkan juga yaasin dibaca pada waktu lain selain malam jumaat,
juga dibolehkan baca surah selagi mana kita tidak lupa dan lebih dekat
dengan alquran.
gambar sekadar hiasan
imam juga
menekankan, betapa pentingnya amalan yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita
dan sesudah kita mati. Segala amalam baik atau buruk dicatit dan amalan-amalan
ini berterusan menerusi anak, cucu, cicit dan seterunya. Jika baik amalan kita
dan dijadikan panduan oleh generasi kita, maka baiklah keturunan kita, jika tidak, Allahualam.
Dalam surah
yaasin | ayat 11 menekankan kita mengenai betapa besar impak kehidupan kita
pada masa kini yang berkaitan dengan pahala/dosa pada masa akan datang:
إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (11) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآَثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ (12)
Artinya:
“Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatNya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)”. (QS 36 Yasiin : 11-12)
Sekadar berkongsi:
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)