Assalamualaikum.
Subhanallah
indahnya ciptaan Allah. Ingin sy berkongsi aktiviti yang dilakukan setibanya
hujung minggu. Normally, sabtu adalah masa untuk berehat di rumah sepenuhnya. Aktiviti-aktiviti
rumah seperti cuci kain, mengemas rumah, bilik, toilet dan cuci kereta antara
aktiviti yang dilakukan. Dan ahadnya pula, siang berehat di rumah dan ptg akan
melepak menikmati keindahan lautan yang Allah ciptakan. Labuan, sebuah pulau
kecil yang diciptakan Allah. Kaya dengan aktiviti Oil & gas industry dan terkenal
dengan pantai-pantai yang cantik.
pantai Layang-layangan
Pantai UMS
Dihujung minggu,
masa diluang untuk berada di pantai. Kekadang sendiri, kekadang berteman. Subhanallah…
sangat cantik bila melihat matahari terbenam disudut hujung pandangan lautan. Pantai
UMS, Layang-layangan, manikar dan Tanjung Aru sepertinya sudah sinonim dengan
diriku. Ketenangan dicari dan mendalami betapa indahnya ciptaan Illahi. Tibanya
maghrib, kunamakan aktiviti ini sebagai “Misi Jelajah Masjid”. Ku cuba bersolat
disetiap masjid/surau di Labuan ni, insyaAllah. aktiviti yang dilakukan bila
tiba watku maghrib hinggalah isyak menjelma. Selesai isyak, aktiviti dihujung
minggu diakhiri “jom minum!”
Jom ke pantai:

assalamualaikum,
Entri kali ini bertajukkan taman syurga. Bila menyebut sahaja
taman syurga~ terlintas di sudut kecil hati sanubariku mengingati Raudhah~
Allahuakbar, betapa rindunya berada di bawah “kubah hijau” di madinah,
ataupun nama lain masjid nabawi yang juga merupakan salah satu taman syurga.
Pintu Keluar Raudhah, masjid Nabawi
Namun rindu
ini kucuba ubati dengan taman syurga yang lain~ dalam hadis ada menyatakan: Rasullulah S.A.W bersabda,
“Apabila kalian
berjalan melewati taman-taman Surga, perbanyaklah berdzikir”
Para Shahabat
bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman Surga itu...?”
Beliau menjawab,
“Yaitu halaqah-halaqah dzikir (majelis ilmu)”
[Hasan, HR
at-Tirmidzi: 3510, Ahmad: III/150, Silsilah ash-Shahiihah: 2562]
Subhanallah,
Allahuakbar.
Perkongsian
majlis ilmu tadi (lepas maghrib|surau An-nur Labuan) memberitahu betapa
pentingnya ILMU dalam kehidupan. Berdasarkan ceramah 45minit oleh Imam Muda
Ustaz Abdul Jabbar, pentingnya ilmu melebihi pentingnya harta benda. Malahan,
kekayaan seseorang bergantung kepada ilmu yang dimilikinya. Beliau memetik,
betapa alim ulamak terdahulu bersungguh sungguh dalam mendalami ilmu. Contoh yg
diberikan sgt terdetik dihati sanubariku. Cnthnya: Imam Syafie, yang mana
walaupun dalam keadaan yang sangat sibuk, mampu untuk mencatit pelbagai ilmu
yang berguna hingga kini. Dikatakan oleh ahli sejarawan, Imam Syafie menulis
ketika tidur. Beliau akan tertidur, bangun, solat sunat dan lalu menulis. beliau mendapat ilham dari Allah s.w.t. mashaAllah, allahuakbar~ begitu gigih para ilmuwan islam terdahulu.
IM USTAZ ABDUL JABAR, MASJID AN-NUR LABUAN|06 March 2014
Cnth lain,
Imam AL-Baihaqi, yang tidak mempunyai jari, dan hanya menulis dengan kedua
tapak tangan yang memegang pena dan di"statik"kan tempat menulis (kertas, pokok
dll) menggunakan kedua belah kakinya, namun masih boleh menjadi ahli ILMUWAN islam
yang terkenal hingga kini. Betapa hebat dan berusahanya alim ulamak terdahulu dalam menuntut
ilmu. mashaAllah…
Jika dibandingkan
insan yang kerdil ini, jauh sangat berbeza. Ya ALLAH aku mohon dipinjamkan
ilmuMU ya ALLAH, dan tetapkanlah hati dalam mencari ilmu dalam “taman-taman
syurgamu”
pandangan dari sisi tempat dudukku~
Ku singkap
tabir kehidupan kita, aku tertanya, tidak salahkan jika kita menuntut ilmu
dunia seperti sains, kimia, engineering, physics dan lain-lain. Namun ilmu
akhirat kita sangatlah kerdil. Seolah-olah ilmu dunia yang dikejar itu
menjadikan kita obses akan nikmat dunia dan jauh sekali sudut pandangan kita
menuju ke akhirat. Allahuabar. Ampuni aku ya Allah, jika selama ini aku lalai
dalam mencari ilmuMu. Teringat aku akan kata-kata seorang ustaz.
“kejarlah
dunia, seolah-olah kamu akan mati 1000 tahun lagi, dan kejarlah akhirat
seolah-olah kamu akan mati esok hari”
Aku berdoa,
supaya kita dapat perbaiki diri, tenung diri dan lihat betapa kerdilnya ilmu kita
seumpama jika dicelup jari kelingking kita dalam lautan, kemudian
mengangkatnya, air yang melekat pada jari kita itulah ilmu yang kita perolehi. betapa kecilnya kita, namun kita lupa yang sehingga kita bangga terdapat ilmu yang Allah pinjamkan itu. Nauzubillah. Allahualam
Pinjamkan
aku ilmuMu ya Allah:
assalamualaikum,
subhanallah, Allahuakbar...
terasaa diri ini ditimpa ujian daripada Allah. mungkin beginilah
lumrah kehidupan dalam bekerja. ada pelbagai ragam dan adegan manusia. ada yang
baik ada yang buruk, ada yang suka ada yang benci, ada yang cerewet ada
yang slumber. namun janji Allah itu pasti.
walaupun terasa diri ini amat berat berhadapan dengan ragam
"seseorang", namun ku bersyukur juga. kerana aku yakin, bahawa ujian
ini lebih mendekatkan kita kepada Allah. lebih mudah untuk aku meluah dan
memohon pertolongan. kerana aku tahu yang Allah itu maha mendengar dan pemurah.
dia pasti akan menolong hambaNYAyang dalam kesusahan dan memohon kepadanya.
kekadang, aku terasa diri sgt lemah dan terlalu memikirkan sifat manusia
samaada sesuatu yang dilakukan itu betul atau tidak. namun aku tersepit dalam
situasi kerja yang sendiri aku pun tidak faham apa kemahuannya.
photo: bersyukur dapat
baca buku ini. Thanks to my best friend! kamariah~
subhanallah, allahuakbar!
aku yakin ENGKAU dengar luahan hatiku ini ya Allah. maka
tunjukkanlah aku ketenangan jiwa dan tetapkanlah diriku pada jalan yang engkau
redhai dalam menjalani ujianMu ya Allah...
لاَ يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلَـٰنَا فَٱنْصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.""
(Al Baqarah:286)
cuba bertahan:
Assalamualaikum,
Apa khabar pembaca semua? Semoga kalian
diberkati Allah s.w.t dan sentiasa dalam perlindungannya. Seperti sebelum ini,
aku cuba imbas kembali kenangan lalu sepanjang tempoh blog ini usang hinggalah
kini. Terlintas seketika di minda untuk ku ceritakan semula kisah ketika berada
di puncak gunung kinabalu. Sesuatu yang Wajib dilawati oleh rakyat sabah. Kerana
seting kali diajukan soalan kepada rakyat sabah tenatang gunung kinabalu? Mcmna
kinabalu? Sudah naik ke belum? How the temperature?.. kalau mana-mana org sbh
yang belum menjejakkan kaki kesana, pasti akan terasa malu dan terdiam seketika
sbb tanah air sendiri belum diterokai. Namun bagiku~ Alhamdulillah… Allah beri
rezeki untukku melihat kebesarannya dipuncak 4095.2 M low peak kinabalu/ 6 July 2013.
malam sebelum bertolak dari shah alam ke sabah
sebelum mendaki...
Namun semua
itu mengajar erti keseronokan dan menjadi pengalaman yang jika diingati boleh
membuat diri tersenyum sendiri.
kad inilah yang akan menjadi kenangan (nama dan no. pendaki tertera sbg pengenalan diri)
jalan ditempuh melalui laluan mesilau
at LABAN RATA, 7 july 2013,2.30 pagi
bukti Puncak gunung kinabalu ditawan!!!
#selfie di puncak gunung kinabalu
indahnya ciptaanMu ya ALLAH, nikmat mana lagi yang aku hendak dustakan
anda akan memilikinya jika anda smpai ke puncak!!! hehe
**gambar lanjut, blh lawati facebook, Jumardi Abu Bakar...
p/s:
orang sabah wajib jejakkan kaki terlebih dahulu sebelum orang lain.. hehe J
Nikmat
mana lagi yang ingin aku dustakan:

Assalamualaikum,
“the
power of dream” tajuk entri kali ini. Apa
kaitan dengan ayat tersebut ??
Alhamdulillah…
rezeki Allah.. dia telah memberi aku pekerjaan dan dia jugalah yang memberi
rezeki. Syukur padaNya, inilah kenderaan pertama dalam sejarah hidupku… satu
lagi bibit-bibit pengalaman dalam hidup bila memiliki kenderaan sendri.. syukur
padaMu ya Allah.
LE7785, Honda
city 1.5L I-VTEC E+
sebelum diserahkan sepenuhnya.
Dikeluarkan
pada 4 disember 2013, Honda stall.
menjadi
satu sejarah dalam kehidupan seharian. Dengannya aku mampu mencari rezeki ya
halal dan dengannya juga kerja/pergerakan semakin mudah. Terima Kasih Allah
atas anugerah. Sesungguhnya setiap benda dibumi ini milikMu yang hakiki…
Syukur!
Ku bersyukur
padamu:
Assalam.
Sungguh lama x update blog “jumardi
alkhawarizmi” kalau dikirakan, last post on 26/04/2012. Dekat-dekat 2 tahun
juga la blog usang.
Entah kenapa tiba-tiba tergerak
hati untuk update, edit dan mengemaskini blog. Mungkin sebab ada pedorong untuk
menulis semula.
Ok la… I don’t know where I want
to start. I just writing ikut mood di hujung minggu ni.
Dan kalau nak cerita kisah
sepanjang dua tahun ni berlalu mmg setahun pun x cukup tulis.. hehe..
Cuma nak bagitau sedikit, status
sekarang dah bertukar. Dulu “student” skrg “employee” hehe… akhirnya dapat juga
kerja..
Ini gambar latest muka comel ku..
haha…! Apa-apa pun, I try update every time including what happen to me in past
n present. Anyways, blogger maaf buat lama menunggu. inshaAllah kembali aktif~
kad pekerja giteww....
Begitu lama menyepi:



















