Allahuakbar.. salam sejahtera keatas semua pembaca yang dikasihi …
Apa khabar ? harap sentiasa dilindungi dah dirahmati olehNYA. Penceritaan kali ini adalah berkaitan dengan MPP. Walaupun hajat dihati telah lama tersimpan untuk menjadi wakil Pelajar, akhirnya Allah tunaikan juga hasrat ini. Namun sebelum ini, jika difikirkan MPP adalah sesuatu yang mudah.. tetapi setelah melalui banyak proses dari bawah sehinggalah bergelar MPP, ikon ini adalah sesuatu yang sangat tinggi dan susah untuk di gapai. Lebih2 lagi dari segi tanggungjawab keatas pelajar, fakulti dan university.
selepas MPP diperkenalkan di Dewan Agong
Bukanlah mudah untuk memikul tanggungjawab yang diberi, tapi insyaAllah bagiku… aku akan berusaha dalam membawa suara pelajar UiTM ke dalam proses penambahbaikan dan kegemilangan pelajar selagi terdaya.
Sebagai salah seorang MAJLIS TERTINGGI MPP UiTM 2011/12, saya rasakan jawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Sewaktu terpilih memegang jawatan ini, sekali lagi istigfar menjadi buah mulutku… aku pun tidak tahu apa terjadi, namun inilah yang Allah telah takdirkan untukku… “saya rancang dalam perancanganNYA” …
Ya ALLAH, engkau suluhkan hatiku kepada jalan yang engkau REDHAi..
Manusia yang rasa hina jika lalai melaksanakan tanggungjawab yang engkau berikan ya Allah L :

Pasti ada yang tertanya-tanya tarikh keramat diatas. Tarikh inilah proses pengundian untuk pilihanraya JPP 2011/12 bermula.. start dari pukul 8.30 pagi hinggalah pukul 6.00 petang proses pembuangan undi dari para pelajar seluruh UiTM bermula.
Dan sepanjang waktu inilah aku berdiri di sisi bilik pengundian sebagai strategi terakhir menarik undi pelajar.
Mantan MPP 2010/11 (azhar) dan penyokong yang banyak membantu! thanks..
Dan apa yang paling menggembirakan dan menyedihkan berlaku pada malam itu ialah.
Gembira : tepat pukul 10.13PM bertempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, ak di umumkan sebagai MPP UiTM 2011/12. Allahuakbar dan astagafirullah, berat beban nie.. bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada university sekali…
calon MPP dari fakulti Masscomm. dua-dua menang sebagai MPP! tahniah
Sedih : apabila kawan kawan yang lain tidak berjaya dan kalah dalam jumlah undi.. agak terkejut pabila diumumkan untuk fakulti lain. Tapi ak berpegang kepada kata-kata ini “Allah tahu tahap ujian untuk hambanya, maka apabila rezeki tiada untuk menjadi MPP, Allah ada peluang lain untuk diberi dan diuji.. dan kemampuan manusia adalah terhad”
52 MPP UiTM 2011/2012 yang berjaya dalam proses Pilihanraya Kampus
Yang pasti sejak nama JUMARDI ABU BAKAR, MPP FAKULTI SAINS GUNAAN ini diumum, aku banyak istigfar dan berharap aku dapat jalankan tanggungujawab yang amat besar sebagai pemimpin.. Allah, mohon guide jalanku dan pilihanku … amin
semoga MPP FSG UiTM [Jumardi bin Abu bakar & Muhamad Afiq B. Ismail] dapat menjalankan tugas berlandaskan niat kerana Allah.
semoga MPP FSG UiTM [Jumardi bin Abu bakar & Muhamad Afiq B. Ismail] dapat menjalankan tugas berlandaskan niat kerana Allah.
Insan yang bergelar MPP UiTM 2011/2012 J :

Allahuakbar.. sungguh lama sesawang nie tidak update.. sampai bersawang dah aku tgk… minta maaf la kepada pembaca sekalian… maybe malas2 mau update… tapi akhirnya ada gak mood mau update…
calon-calon MPP UiTM 2011/12
Beberapa minggu sebelum ne agak taff la jugak aktiviti.. kekadang tu sampai nak buat assignment pun rasa tidak mampu.. Alhamdulillah, hari ini ada kekeosongan masa untuk ku utus apa yang berlaku pada hidupku… Walaupun cerita ini dah lama berlalu, dalam 2 minggu dah, tapi aku tetap ingin share kepada anda semua… tajuknya “KEMPEN”….
banner aku ! hehehe
Nak cerita pasal aku berkempen untuk jadi MPP UiTM SHAH ALAM 2011/12, tapi akhirnya berjaya jgak… kempen sepanjang proses pengundian sgt la best walaupun penat. Dengan CM @kamarul dan penyokong @fadzliza yang membantu… terima kasi kepada semua yang menyokong dan membantu sepanjang proses pilihanraya kampus sehingga menang majority di FSG… hahahah… poyo la pulak~
kad jentera ku... hehehe
Terima kasih kepada kamarul, fiffy, sarah, syura(mewakili semua kawan2 sabah), kak dai dan semua orang yang terlibat dalam mengempen diriku eni.. insyaAllah, Allah balas jasa dan budi anda semua..
Salam terima kasih buat anda semua. J
flyers yang dibagi untuk pelajar.
“its not about me, its not about you, but! Its about us …. FSG “
aku yang digalas tanggungjawab pelajar FAKULTI SAINS GUNAAN :
Assalamualaikum w.b.t… Allahuakbar!
Entri kali nii agak sedih sedih dan duka sedikit… huhuhu… ntahlah kenapa.. macam mau pergi jugak, tapi jika ku pikir2 balik akan kehidupan selepas ini pasti akan berbeza… mungkin tidaklah “semewah” dua minggu nie… ya Allah… adakah aku patut rasa sedih atau gembira tinggalkan bumi anbia ini?? Hmmm…. Aku pun tidak tahu sangat apa yang aku sedang fikirkan~
antara sedikit sebanyak kehidupan di Doha, Qatar:
[sebenarnya ada banyak lagi tempat yang telah diterokai, tapi cuma ini sahaja yang dapat dikongsi buat masa ini :) ]
Tempat : Alkhor [Crabbing]
Tempat: Mesaeeid - Singing Dunes
Tempat : Rumeila Park
Tempat : Khalifa Stadium
Tempat : West Bay
Tempat : Sea Line
Tempat : Sea Line
Tempat : Museum Of Islamic Art - Corniche
Tempat : FAMAR, Qatar Islamic Cultural Centre
Tempat : Souq Waqif [pasar malam la lebih kurang]
Walaupun hatiku ini hendak pulang ke Malaysia, namun jika aku imbas balik, alangkah tenangnya kehidupan disini… antara perkara yang menjadi kerisauan ku untuk pergi dari Qatar ini ialah:
i. Aku tidak tahu, jika selepas ini aku dapat bersolat secara berjemaah di masjid ataupun tidak! Ya Allah, aku rasa senang jika aku dapat menunaikan solat secara berjemaah di masjid bersama sama orang dari pelbagai Negara L
ii. Walaupun aku rasa kehidupan disini agak “costly” sikit, tapi apa yang aku mungkin idamkan selepas tibanya di Malaysia adalah “ayam panggang qatar” ~~ hmmmm …..
iii. Aku suka situasi disini… walaupun kekadang berjalan sendirian ke majid, aku rasa selamat dan rasa seperti orang disini (walaupun banyak orang asing) aku rasa selamat…
iv. Suka tgk kereta dan bangunan disini! Semua mewah2… hehehe… tempat2 pun walaupun jauh~ tapi smart!
v. Aku tidak tahu, adakah aku dapat pergi lagi kesini ?? mudah2an Allah beri lagi peluang untuk aku kesini untuk kali yang berikutnya… n hajatku selepas ini aku ingin pergi UMRAH! Amin Ya Rabb…
vi. Ada banyak lagi yang tidak boleh ku "ekpressikan" di sini... :(
Ada banyak lagi yang kurasakan aku mahu stay disini… tapi perjuangan ku masih lagi berada di Malaysia.. aku kena belajar sungguh2 and insyaAllah, sini la kehidupan pekerjaan ku nanti… insyaAllah~
Aku yang menghitung hari ke Malaysia, I love QATAR!
Assalamualaikum w.b.t… apa khabar pembaca sekalian? Harap sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya…
neves2... tapi senyum tatap
naik sama dengan aqif
last time before pergi mandi di sealine..
Entri kali ini menceritakan pasal CAMEL.. jenama camel ka? Ataupun unta betul2 … hehe…
Cerita yang sebenarnya adalah first time naik unta di bumi arab nie.. tempatnya di SEALINE doha Qatar, perjalanan ke sana dari rumah memakan masa selama lebih kurang 40 minit.… wah, best pulak naik unta nie.. first time, bayaran untuk naik unta dan bersiar2 sambil menunggang unta adalah QR20 [QR = Qatar riyal], kalau dalam RM 18.00 la… sgt siok … tinggi pulak unta tu.. yang waktu yang best adalah time dia berdiri dan mahu dudukk…. Neves gilak… kena pengang kuat2 … kalau tak, hmmmmm….
Pengalaman ini cukup indah~
Insan berharap dapat naik lagi… hehehe :
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah~ akhirnya dapat jugak tgk rasa pegang temakan dll pasir macam di gurun… hehe.. OMG mau naik ke atas puncak pasir tu sgt la penat~ separuh pendakian sudah mau pitaM, Ketara la tidak “taff” kan… huhuhu…
parahnya naik keatas ne..
pelancong turun ke bawah
pemandangan di atas bukit pasir
Apa kelebihan pasir ini berbanding pasir2 biasa yang lain, dia produce bunyi… kalau time turun bukit pasir tu, dia kan menghasilkan bunyi yang kuat.. lagi banyak orang yang turun sama2 lagi kuat la bunyi yang yang dihasilkan…. Lagipun pasir ne bersih dan boleh dibuat tayammum… tidak melekat pada pakaian, sekali sapu ja terus tanggal… best la pasir ne… hehehe… and berada di atas tu, sempat lagi tinguk sunset…
first time sampai... penat siot...
aqif n his family
sunset!
time turun, pasir produce bunyi
makan di restoran arab, [Qasir al Mandi] unikkan??
Kalau mau tau lebih lanjut pasal singing dunes nie, click link nie…
N kalau mau tgk lebih banyak picture click pulak link nie..
indahnya alam tanda kebesaran Allah:


