Allahuakbar.. salam sejahtera keatas semua pembaca yang dikasihi …
Apa khabar ? harap sentiasa dilindungi dah dirahmati olehNYA. Penceritaan kali ini adalah berkaitan dengan MPP. Walaupun hajat dihati telah lama tersimpan untuk menjadi wakil Pelajar, akhirnya Allah tunaikan juga hasrat ini. Namun sebelum ini, jika difikirkan MPP adalah sesuatu yang mudah.. tetapi setelah melalui banyak proses dari bawah sehinggalah bergelar MPP, ikon ini adalah sesuatu yang sangat tinggi dan susah untuk di gapai. Lebih2 lagi dari segi tanggungjawab keatas pelajar, fakulti dan university.
selepas MPP diperkenalkan di Dewan Agong
Bukanlah mudah untuk memikul tanggungjawab yang diberi, tapi insyaAllah bagiku… aku akan berusaha dalam membawa suara pelajar UiTM ke dalam proses penambahbaikan dan kegemilangan pelajar selagi terdaya.
Sebagai salah seorang MAJLIS TERTINGGI MPP UiTM 2011/12, saya rasakan jawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Sewaktu terpilih memegang jawatan ini, sekali lagi istigfar menjadi buah mulutku… aku pun tidak tahu apa terjadi, namun inilah yang Allah telah takdirkan untukku… “saya rancang dalam perancanganNYA” …
Ya ALLAH, engkau suluhkan hatiku kepada jalan yang engkau REDHAi..
Manusia yang rasa hina jika lalai melaksanakan tanggungjawab yang engkau berikan ya Allah L :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terharunya baca... :)