FSG – SABAH INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE. [5th day]
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 6/03/2010 09:36:00 AM5th day [17 mei]
Sudah h hari program ini berlangsung, bagiku di KG. inilah tempat aku dapat menenangkan diri, sebab time di UiTM sabah nnt, pasti akan tertekan semula.. hehehehe.. ntah la kenapa.. mungkin aku mahukan kesempurnaan dalam berprogram. Seawall pagi aku tidak dapat join peserta dan keluarga angkat yang lain untuk pergi melancong menaiki bot, aku terpaksa pergi ke pecan beaufort atas urusan rasmi dipandu oleh abg angkat [abg. Sam]. Agak sedih kerana ditinggalkan keseorangan di rumah L. Tgh harinya, dalam pukul 10 pagi, Alhamdulillah aku dapat join next aktiviti di mana kami melihat payau dan buaya. Seterusnya pergi ke tempat pemprosesan sagu secara traditional. Petangnya majlis diteruskan dengan aktivit gotong royong pada pukul 2pm, tetapi malangnya kami buat gotong royong dalam keadaan hujan. Tapi itu bukanlah penghalang untuk kami meneruskan aktiviti di kg. tepat jam 4.30pm, aktiviti sukaneka di mana permainan rakyat dijadikan sukaneka. Kami di bahagikan kumpulan, dan kemenangan pada sukaneka di menangi oleh kumpulan kamu bersama 2 orang bapa dan dua orang ibu.. hehehe… syukur~.. antara sukaneneka yang dipertandingkan adalah galah panjang, alri denagn tempurung dan sumpit. Best2!!! Hehehe..
Malamnya sekali lagi aku mengacara majlis untuk aktiviti kebudayaan [culture] dimana peserta mempersembahkan persembahan masing2 yang beransurkan kerakyatan orang semenanjung seperti joget Pahang, Kelantan dan lain2… pada malam itu juga, ada pertandingan karoeke di mana aku adalah juaranya dengan lagu dewa~~ maka suara sumbang mahram! Hehehe… majlis tamat pada pukul 11.00 malam..~
pemandangan ketika menaiki bot, ada prombosis [sejenis monyet]
bah jalan2 la kamu menaiki bot
tgk payau "MIMI" dan buaya "AINAL" hehehehe....
pembuatan sagu secara traditional ditunjukkan
gotong royong membersihkan kawasan masjid Kg. Siak
aktiviti sukaneka, dimenangi oleh group ku!! go group C~
aktiviti special untuk kami berempat sahaja [kuarga en. Hassan]
malam kebudayaan~ n pertandingan karoeke... juara ... hmmmm.....
insan yang tenang di kg. :
FSG – SABAH INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE.[4th day]
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 6/03/2010 09:14:00 AM4th day [16 mei]
Bergerak seawall 7.30 pagi untuk pagi ke KG. TERATAK BEAUFORT. Bangun awal pagi untuk follow up makanan. Lepas itu bergerak untuk program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di kg teratak. Sebelum bertolak seperti biasalah briefing dari ku harus ada.. hehehe.. lepas itu, singgah sebentar di PUTATAN untuk membeli hadiah/cenderamata untuk keluarga angkat di samping membeli cat untuk aktiviti gotong royong di masjid. Dalam jam 10.00am, kami bertolak dari PUTATAN ke PAPAR untuk singgah makamn di rumah keluarga abg. Faizal.walaupun tentative pada waktu ini agak jauh menyeleweng dari waktu sebenar, namun kami cuba untuk kejar masa itu semula. Apa yang membuatkan diri ini rasa bersalah, apabila mendapat panggilan daripada abg. Halimun [staf uitm sabah] yang memberitahu bahawa keluarga angkat sudah menunggu seawall jam 11.30 pagi. Malahan waktu kami dijangka tiba di kg teratak pada pukul 2.30 petang. Kesian pada keluarga angkat di sana.. tapi apa boleh buat… dah ketentuan untuk kami sampai lewat.. Alhamdulillah tepat pukul 3 ptg kami sampai di teratak dan disambut mesra oleh para kuarga kg teratak diiringi iringan muzik kulin tangan… best sungguh.. dan aku juga mengacarai majlis penyerahan anak angkat pada ketika itu.. akhirnya segala perjalanan berjalan lancer.. aku ditakdirkan beradik beradik dengan ASMIZA SUPAR ( KAK MIMI), NABIELAH BT KHALID (k.bie) dan HAZALMI (amy) dengan bapa angkat en HASSAN. Huuhuhu.. malamnya berlalu dengan penuh ketenangan.
insan yang mendapat keluarga baru~ :
makan di rumah kuarga angkat abg faizal [papar]
sesi penyerahan anak angkat kepada penduduk kg. teratak beaufort.
sesi penyerahan anak angkat kepada penduduk kg. teratak beaufort.
insan yang mendapat keluarga baru~ :
FSG – SABAH INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE.
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 6/03/2010 09:11:00 AM3rd day [15 mei]
Setelah penat berprogram, kali ini tibalah waktu kami menguji ketahanan fizikal di mana semua peserta hiking di Pulau Gaya. Bergerak dari uitm sabah ke Taman Tunku Abdul rahman seawall jam 8 pagi untuk menaiki bot ke PULA GAYA dan PULAU MANUKAN. Hiking di pulau gaya yang memakan masa selama 90 minit amat menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Agak penat tapi inilah pengalaman yang pelajar boleh ambil sepanjang perjalanan mengelilingi pulau. Selesai shaja dari pulau sapi, perjalanan di teruskan ke Pulau manukan. Walaupun cuaca hujan lebat ketika bergerak dari pulau gaya ke pulau manukan menyebabkan kami semua basah kuyup. Huhuh… pengalaman menaiki bot di waktu hujan. Kemudian aktiviti bebas dibuat di pulau Manukan. Tiba sahaja di pulau manukan, aku bagi la sedikit briefing macam biasa before stat sesuatu aktiviti. Aku hanya mandi dan snorkeling di pulau manukan bersama peserta peserta yang lain. Yang aktivit riadah di pulau manukan berakhir pada pukul 4.00pm dan bertolak semula ke bandaraya kota kinabalu. Sy sengaja memilih untuk berjalan kaki dari perhentian jeti tenku abdul rahman ke pusat bandaraya. Perjalanan memakan masa selama 20 minit untuk tiba di pasar kraftangan [pasar philipine]. Sebab bagiku, berjalan kaki lah peserta dapat melihat keindahan bandaraya kota kinabalu secara lebih dekat. Selepas tu, aku, nabielah, fatin dan awie pergi ke servay untuk membeli hamper untuk program OPKIM di KG TERATAK pada keesokan harinya. Selesai sahaja tawar menawar membeli kerongsang di pasar philipine terus bergerak ke servay. Selepas itu, dalam pukul 8pm, kami beramai ramai makan di pasar philipine [ikan bakar, udang, sotong bakar, buntuk ayam, sayap ayam dan air kelapa] wow!! Sangat sedap. Tetapi agak lama la jugak saya merunding harga termurah dengan orang gerai. Huhuhu.. telampau la pulak aku minta less nie… huhuhu.. makan malam berakhir pada pukul 9.00 malam, dan bergerak ke uitm pada pukul 9.30 malam dari bandaraya kota kinabalu.
bergerak ke pulau gaya sambil menghayati keindahan
jungle tracking berakhir setelah mendaki bukt selama90 minit
pergi pulau manukan lagi :)
makan malam di pasar phililpine .. yum yum
bestnya :
FSG – SABAH INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE. [2nd day]
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 6/03/2010 09:06:00 AM2nd day [14 mei]
Setelah tiba di UiTM sabah pada pukul 1.30am semalam membuatkan semua para peserta berasa letih. Tapi aktiviti kena diteruskan di mana peserta membuat “explofun race” sekitar uitm sabah. Sesi pengenalan antara mereka semua membuatkan pengisian aktiviti semakin meriah. Tapi malangnya aku, nabielah dan stefpenny terpaksa berkejar ke SMK likas untuk program misi akedemik. Walaupun last minute dapat kelulusan daripada pihak sekolah, Alhamdulillah semua ini dapat dilakukan walaupun dalam tempoh 4 jam sahaja. Selesai sahaja urusan di sekolah SMK likas, kami pun berangkat pulang ke UiTM sabah dan bersolat jumaat. Selepas sahaja solat jumaat, kami semua [40 orang] pergi ke SMK likas untuk misi akademik memperkenalkan UiTM tertamanya fakulti sains gunaan. Semuanya berjalan lancer, tapi kenangan di mana aku berkongsi sedikit pengalaman hidup yang agak perit. Huhuu… agak tekanan pada awalnya apabila nabielah menyuruh untuk member sedikit ucapan, namun aku kena kongsi sedikit sejarah hitamku untuk menyedarkan adik2 sekolah yang masih kabur lagi menghadapi masa hadapan. Selesai sahaja program pada pukul 5pm, selepas itu bertolak ke UiTM sabah. Malamnya aku sedih apabila ada sesetengah daripada peserta yang merungut sepanjang aktiviti ini dibuat. Aku tertekan kerana mungkin terlalu penat dan keletihan mengurus program ini dari 5mei lagi selepas sahaja paper terakhir tamat. Alhamdulillah walaupun ada emosi sedih pada malam itu, dapat jgak member impak positif kepada para peserta semua.
insan kepenatan,
pemandangan dari uitm sabah
latihan dalam kumpulan & sesi perkenalan
ready untuk explofun race satu UiTM sabah
misi akademik SMK Likas
memperkenalkan FSG UiTM kepada pelajar sekolah menengah & ceramah motivasi
majlis penutupan FSG -Sabah : misi Akademik~
insan kepenatan,
FSG – SABAH INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 6/03/2010 02:10:00 AM1st day [13 mei]
Alhamdulillah, walaupun agak terlewat untuk update blog ne, tapi program ini masih lagi fresh di fikiran. Waktu yang di nantikan telah tiba, di mana seramai 38 orang dari uitm shah alam akan bergerak ke sabah. Bermula pada pukul 9.00 pagi bertolak ke KLIA, dan menunggu selama 12 jam (ada masalah dengan tiket penerbangan) menyebabkan waktu penantian untuk penerbangan ke sabah ditunda dari pukul 12.00pm kepada 21.50pm. masa yang agak lama untuk menunggu di KLIA, namun kenangan yang manis sepanjang menunggu waktu pelepasan. Alhamdulillah tiba di KKIA (kota kinabalu international airport) pad jam 12.30am~
happy birthday kak mimi
dugaan awal sebelum bertolak ke Sabah
mau gerak dah naik kapal ke sabah jam 09.30pm
yang benar :
Salam sabahan…. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah akhirnya perjalan untuk kesabah telah bermula.. langkah pertama menaiki kapal~ sudah mengalami masalah untuk pelapasan dari KLIA ke KOTA KINABALU. Sepatutnya penerbangan berlepas pada 12.00 pm . tetapi delay kepada 2.30 petang.. ya Allah satu jangka masa yang agak lama untuk menunggu~ ya Allah dugaan seawall ini sudah kami hadapi. Semoga Allah merestui program “FSG : SABA INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE ini… semoga segala berjalan lancar.. sesungguhnya Dugaan yang Engkau berikan ini member hikmah positif kepada kami (peserta) sepanjang program 13 -20 mei 2010 nie…aku mengharap redha dan petunjukMu ya Allah…
Insan yang risau sebagai ketua projek :


























