2nd day [14 mei]
Setelah tiba di UiTM sabah pada pukul 1.30am semalam membuatkan semua para peserta berasa letih. Tapi aktiviti kena diteruskan di mana peserta membuat “explofun race” sekitar uitm sabah. Sesi pengenalan antara mereka semua membuatkan pengisian aktiviti semakin meriah. Tapi malangnya aku, nabielah dan stefpenny terpaksa berkejar ke SMK likas untuk program misi akedemik. Walaupun last minute dapat kelulusan daripada pihak sekolah, Alhamdulillah semua ini dapat dilakukan walaupun dalam tempoh 4 jam sahaja. Selesai sahaja urusan di sekolah SMK likas, kami pun berangkat pulang ke UiTM sabah dan bersolat jumaat. Selepas sahaja solat jumaat, kami semua [40 orang] pergi ke SMK likas untuk misi akademik memperkenalkan UiTM tertamanya fakulti sains gunaan. Semuanya berjalan lancer, tapi kenangan di mana aku berkongsi sedikit pengalaman hidup yang agak perit. Huhuu… agak tekanan pada awalnya apabila nabielah menyuruh untuk member sedikit ucapan, namun aku kena kongsi sedikit sejarah hitamku untuk menyedarkan adik2 sekolah yang masih kabur lagi menghadapi masa hadapan. Selesai sahaja program pada pukul 5pm, selepas itu bertolak ke UiTM sabah. Malamnya aku sedih apabila ada sesetengah daripada peserta yang merungut sepanjang aktiviti ini dibuat. Aku tertekan kerana mungkin terlalu penat dan keletihan mengurus program ini dari 5mei lagi selepas sahaja paper terakhir tamat. Alhamdulillah walaupun ada emosi sedih pada malam itu, dapat jgak member impak positif kepada para peserta semua.
pemandangan dari uitm sabah 
latihan dalam kumpulan & sesi perkenalan 
ready untuk explofun race satu UiTM sabah 
misi akademik SMK Likas 
memperkenalkan FSG UiTM kepada pelajar sekolah menengah & ceramah motivasi
majlis penutupan FSG -Sabah : misi Akademik~


insan kepenatan,

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers