Kisah Pasportku lagi

Allahuakbar… 5 hari dah mengurus pasport nie… dari isnin lalu [08.november] – hingga hari ini [12november]…
Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang aku mengurus passport nie.. lebih2 lagi pasal “menunggu”…. OMG, I really pressure about passport… biarlah aku yang tahu detail di sebalik kisah passport ku eni.. L
thanks to imigresen malaysia, walaupun~ 
Firstly, aku kena tunggu 5 jam untuk giliranku dipanggil... 
Pas tu, kena tunggu 5 hari untuk menunggu kelulusan dari imegresen sabah,
Pastu 2 jam untuk tunggu passport siap di shah alam~
Aduh~!! Apa yang paling sakit hati, bila call shah alam kemarin [11.nov], kata passport lum dapat kebenaran lg dari sabah…
Tapi lain pulak cerita di sabah, “permohonanku TIADA!! ” kata imegresen sabah~~
Aduh~!! Wth punya system… I don’t want blame anyone! Tapi inilah Malaysia~
Prosedur oh prosedur!~ sampai sebegini masalah yang ku alami…! Kenapa rumit sgt buat passport ??? semua adalah dugaaan~ sabar na jumardi alkhawarizmi…
Bisik-bisik : akhirnya aku dapat jugak passport [12november 2010, 4.18pm], no pasport "biarlah rahsia"....  alhamdullilah~
contoh resit pembayaran menerima pasport~ 
[Special thanks to Pn Izan dari Jabatan Imegresen Sabah kerana beri panduan n bantu percepatkan proses pasport ku,  walaupun xpernah jumpa, hanya dalam calling ja]
Insan yang tidak suka menunggu:

1more~

Baru sahaja berlalu paper math tadi pagi… alhamdullilah boleh la jugak awalaupun masa yang diperuntukkan cukup2… [besanya nya 2 jam dah siap]
Tapi paper tadi macam banyak beza jawapan ngan kawan2 yang lain…aku yang salah ka ataupun durang~ masih lagi bermain di fikiran mengenai paper math nie… huhuhu.. WTH
Tapi tepalah, yang berlalu biarkan berlalu… sekarang ne fokus paper 14hb.nov 2010… paper MST501…
selamat mengkhatamkan buku ~
Gudluck untuk semua yang masih lagi berjuang~
Dan yang dah “merdeka” selamat bercuti dan jumpa lagi… J~
Insan tabah menunggu end of semester 3…. 

AKU dan MAT

Assalamualaikum w.b.t.. apa kabar pembaca semua? Harap sentiasa di lindungi dan dirahmati oleh NYA.
dari dulu lagi ne benda kena belajar~
Hari ini rasa macam agak skema sikit berbanding hari2 sebelum nie… hehe.. ntah la kenapa… huhuhu..
i like mathematics~
Entri kali ini pasal MAT538… tau apa tu? MAT = mathematic. 538 = kot kursus.. ringkasannya MAT538.
Seperti kebiasaannya, setiap paper math nie aku paling rilex~ makanan la katakan.. ehehe… tetapi~
hmmm... betul jgak kn?? 
Esok 7.11.2010 – F6, 9.00AM – 12.00PM… aku punya paper mat538… agak banyak jugaklah buat passyear ne, tapi banyak juga tidak tahu… besanya aku jumpa pensyarah untuk setiap paper math yang aku ambil… start la dari darjah lagi… cikgu juraidah, cikgu chang {sekolah rendah} CIKGU siew, CIKGU Ting, Miss Ho, [sekolah menengah], MDM Ung ling ling, MDM hazlenah, Sir Ruzaleh, [Diploma], dan yang terkini MDM Noorlia Noor [ijazah]..
Alhamdulillah dapat ingat semua tenaga pengajar MATHEMATIC.. hehe… J
Tapi antara semua nie, MDM NOORLIA ja aku tidak jumpa untuk berbincang pasal lebih lanju passyear~ I’m really sorry mdm…. hmmmmmm….
Agak gementar untuk menempuh hari2 esok, index, vector, differentiation, double integral, application, Fourier series dll…. Semua ini kena faham… kalau ingat2 balik banyak lagi belum cover.. kalau la di ubah sikit soalan tu, ntah dapat jawab ka tidak ??? aduh~ L… apa yang tinggal lagi HAFAL RUMUS… huhuhu… mudah2 la dapat hafal ne malam n perform A+ esok pagi.. heheh.. amin ya rabb..
Apa2 pun, di sebalik kerunsingan diri pasal math nie.. ada juga harapan untuk buat yang terbaik..
My idol pasal math!! i want to be like alkhawarizmi
GUDLUCK JUMARDI_ALKHAWARIZMI….
Dan semoga Berjaya juga untuk semua pejuang MAT538 esok~
Alkhawarizmi bukan hanya pada nama:

PASPORT~!

Allahuakbar~ hari nie sangat la malang buat diriku… semua kerana mau buat “pasport”! aku bangun seawall 8.00 pagi untuk menyiapkan diri pergi PKNS, semata mata untuk buat passport di jabatan imegresen~ dalam masa itu, maka aku pun sampailah ke sana dalam pukul 9am… walaupun first time pergi sana~!
Pertama agak sesat la jugak cari tempat tu.. yang ku tahu Cuma tingkat 2 ja..~ akhirnya aku jumpa jgak tempat tu… nasib malang pertama mula menimpa diriku apabila setibanya di sana… system down!!! WTH! Punya main sakit hati… tapi ku tabah jugak untuk terus menunggu sampai pukul 10.30pagi.. namun tidak jugak system tu bagus- bah~!! Aduh! Pergilah kaunter pertanyaan, dia cakap “datang la jam 2.00pm, manatau system dah ok”… maka aku pun baliklah semula ke rumah~
Jam 2.00PM aku terpacak semula di jabatan imegresen di PKNS tu, system dah ok… alhamdulillah~! Tetapi…..
“maaf adik, saya Cuma boleh bagi borang sahaja, sebab nombor dah penuh, kalau saya bagi nombor pun, pasti tidak sempat untuk nombor adik dipanggil~” - dengan nada yang lemah lembut sekali pegawai imegresen tu bercakap…”
Punya main aku memanas~!! Shitnya! Nasib la aku tak luahkan di sana…  Dah la esok[jumaat] cuti, sempena deepavali, sabtu n ahad pun cuti… “kalau adik nak buat, dating lah hari isnin ini” … Ya ALLAH tekanan perasaan aku dibuatnya!
aku mau pasport A.S.A.P~ huhu
Then, terima panggilan dari abgku, “boy, mesti siapkan jugak pasport ne hari, mau beli tiket dah ke “sana”, hmmm…. Pergilah imegresen mana2 yang boleh proceed ko punya passport tu!” … aduh tambah tekanan nie… terpaksa juga aku pergi ke Jabatan imegresen KLANG, call la semua orang untuk minta bantuan… tapi~~ hampeh!!
Nasiblah ada PMDS FAKHRUL sudi tolong pergi klang sama2 dengan motor… Alhamdulillah… pada waktu itu jugak kami bertolak pergi ke Klaang, perjalanan ke klang memakan masa selama 25minit.. First time pergi Klang, mcam tu pulak Bandar KLANG ne.. baru tau… fakhrul pun tak tahu jalan2 di klang… kami pun bertanya ngan orang di sana, di mana jabatan imegresen ??? .. akhirnya ada jugak bebrapa rakyat Malaysia yang sudi tolong kami… walaupun ada “asau-asau” lari bila kami hampiri mereka…
Setibanya di JABATAN IMEGRESEN KLANG, aku pun bertanya di kaunter pengambilan nombor… ku ajukan soalan macamna mahu buat passport…
Dia pun bertanya kembali kepadaku..
Pegawai perempuan :“adik orang mana, ibu bapa orang mana??”
Jumardi : “sy orang sabah, ibu bapa pun orang sabah..  saya mahu buat passport. Macamna?
Pegawai perempuan : “maaf dik, untuk buat passport yang asal dari sabah, kena process selama 30 hari dulu, baru boleh dapat passport!”
Jumardi : “arggghhhhhH!!!! Lamanya! Kenapa pulak? kawan saya buat di PKNS dia tunggu selama 5 hari sahaja… kenapa kena tunggu 30 hari ?? boleh saya jumpa ngan orang atasan terus??”
Pegawai perempuan : “sambil menelefon pegawai atasan, adik… boleh jumpa pegawai atasan kami, jupa terus di kaunter 5… adik boleh Tanya abg yang menguruskan passport orang sabah n sarawak… “
Aku pun bergilah berjumpa dengan abg tersebut di kaunter 5,
Jumardi : “abg, sy nak Tanya pasal prosedur buat passport untuk orang sabah.. macamna? “
Pegawai lelaki : “adik kena tunggu 30 hari.. paling cepat pun 14 hari…”
Jumardi :”aduh bang.. lamanya saya kena tunggu… tapi kawan saya buat passport waktu mau p korea, hanya 5 hari.. kenapa saya 14 hari???”
Pegawai lelaki : “adik, di PKNS tu induk Jabatan imegresen Selangor.. jadi boleh process cepat sikit.. di sini, kena makan masa sikit.. kalau adik orang semenanjung, boleh process 1 jam sahaja.. tapi adik orang sabah.. kami kena minta surat kebenaran daripada pengarah imegresen sabah untuk adik buat passport di sini… dalam perkara 20, akta imegresen, imigresen sabah dan Sarawak di uruskan oleh imegresen sabah.. kami tak boleh buat apa-apa…”
Jumardi : “owh~ takpe la bang.. terima kasih” –sambil kecewa, pasrah dan segalanya bercampur aduk..!~!”
Dalam jam 4.20PM, aku dengan fakrul  balik la semula ke shah alam.. aku dengan perasaan sedih n malangnya mengenang nasib di atas motor… aduh~~
Sampai ja bilik, aku terus baring n tidur~ kecewa dengan nasib diri…
HP berbunyi sekitar pukul 6.30pm.. terima panggilah dari Qatar, “boy, macamna passport??…” aku pun menceritakan segala yang berlaku hari ini pada abgku.. abgku pun cuba faham situasi ini.. n dia suruh aku cuba lagi Isnin nie… harap2 semua berjalan dengan baik..~
setiap perkara ada peraturan~ aku AKUR dengan "LAW"
inikah dugaan untuk aku memantapkan iman di bumi Anbia? Aduh~ mungkin Allah telah atur segala perjalanan umatnya… Mungkin ini yang terbaik~ ada asbab di setiap perkara.. AKU AKUR PADA KETENTUAN TAKDIR.. ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA…
insan yang berharap dapat ke sana kerana Allah:

Jiwa yang terluka


Sebab tiada cerita nak dikongsikan~ sini adalah sedikit puisi yang patut kita hayati bersama~ 
-------------------------------------------------------------------
Kesedihan dan lara tiba tiba menggunjang jiwa
Kepergiannya membuat raga seolah tak bernyawa
Ada ada gerangan dengan jiwa..

Hidupnya hampa tanpa kekasih yang selalu dipuja..
Ego yang ada terkadang membuat raga meronta.
Mengkesampingkan perasaan jiwa yang tengah terluka
Membiarkan raga mendominasi dirinya
Tanpa memperdulikan kesedihan dan luka

Kini raga mulai meratap luka
Tak kuasa menahan gejolak yang ada didalam jiwa
Hasrat itu tak bisa ditolak raga
Menghilangkan ego yang selama ini menutupinya

Tuhan….salahkan perasaan ini
Perasaan jiwa akan cinta yang abadi
Cinta suci yang bersemayam didalam hati
Tak pernah tergantikan ato ternoda akan ego didalam diri
Tuhan….salahkah jiwa memohon cinta sejatinya
Mengembalikannya ke dalan dekapan hatinya
Memintanya tuk selalu ada

Menjadikan pendamping bagi jiwa dan raga
Mungkin raga telah ternoda akan dunia
Tp jiwa tak kan pernah menggantikan cinta sejatinya
Tetap berharap cinta itu akan bersamanya
Menghabiskan senja sampai akhir masa

aku bila lagi : 

Makin lemah~

Assalamualaikum w.b.t … 
alhamdulillh 3 paper sudah berlalu.. dan semalam 31/10 adalah paper “killer”… hmmm….. tapi mmg betul2 killer la.. ntah la kalau setakat ne apa yang di jawab betul atau tidak~ tekanan jgak perasaan nie…
buku yang telah dikhatamkan untuk CHM510
Target untuk 3 paper nie dah lari menyimpang~ perasaan semakin tertekan dan jugak hati semakin tak tenteram oleh paper semalam… belajar paper kimia nie buat aku rasa demam… ntah la~ first time rasa belajar sampai demam.. mungkin terlalu paksa diri diri untuk belajar kot~ tapi kalau tak belajar~~!  Hmmm…. 4tahun sebelum nie belajar pun tak la hard sgt bila exam~ tapi kemarin rasa sgt2 tertekan.... OGA pun rendah` so, makin la bertambah2 tertekan... harap2 paper math n materials science nie aku dapat A, jadi dapat la jgak cover untuk 3 paper yang telah lepas nie… teruk rasa diri dan tertekan sgt..!!~~ 
insan tidak terdaya~ 

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers