PASPORT~!

Allahuakbar~ hari nie sangat la malang buat diriku… semua kerana mau buat “pasport”! aku bangun seawall 8.00 pagi untuk menyiapkan diri pergi PKNS, semata mata untuk buat passport di jabatan imegresen~ dalam masa itu, maka aku pun sampailah ke sana dalam pukul 9am… walaupun first time pergi sana~!
Pertama agak sesat la jugak cari tempat tu.. yang ku tahu Cuma tingkat 2 ja..~ akhirnya aku jumpa jgak tempat tu… nasib malang pertama mula menimpa diriku apabila setibanya di sana… system down!!! WTH! Punya main sakit hati… tapi ku tabah jugak untuk terus menunggu sampai pukul 10.30pagi.. namun tidak jugak system tu bagus- bah~!! Aduh! Pergilah kaunter pertanyaan, dia cakap “datang la jam 2.00pm, manatau system dah ok”… maka aku pun baliklah semula ke rumah~
Jam 2.00PM aku terpacak semula di jabatan imegresen di PKNS tu, system dah ok… alhamdulillah~! Tetapi…..
“maaf adik, saya Cuma boleh bagi borang sahaja, sebab nombor dah penuh, kalau saya bagi nombor pun, pasti tidak sempat untuk nombor adik dipanggil~” - dengan nada yang lemah lembut sekali pegawai imegresen tu bercakap…”
Punya main aku memanas~!! Shitnya! Nasib la aku tak luahkan di sana…  Dah la esok[jumaat] cuti, sempena deepavali, sabtu n ahad pun cuti… “kalau adik nak buat, dating lah hari isnin ini” … Ya ALLAH tekanan perasaan aku dibuatnya!
aku mau pasport A.S.A.P~ huhu
Then, terima panggilan dari abgku, “boy, mesti siapkan jugak pasport ne hari, mau beli tiket dah ke “sana”, hmmm…. Pergilah imegresen mana2 yang boleh proceed ko punya passport tu!” … aduh tambah tekanan nie… terpaksa juga aku pergi ke Jabatan imegresen KLANG, call la semua orang untuk minta bantuan… tapi~~ hampeh!!
Nasiblah ada PMDS FAKHRUL sudi tolong pergi klang sama2 dengan motor… Alhamdulillah… pada waktu itu jugak kami bertolak pergi ke Klaang, perjalanan ke klang memakan masa selama 25minit.. First time pergi Klang, mcam tu pulak Bandar KLANG ne.. baru tau… fakhrul pun tak tahu jalan2 di klang… kami pun bertanya ngan orang di sana, di mana jabatan imegresen ??? .. akhirnya ada jugak bebrapa rakyat Malaysia yang sudi tolong kami… walaupun ada “asau-asau” lari bila kami hampiri mereka…
Setibanya di JABATAN IMEGRESEN KLANG, aku pun bertanya di kaunter pengambilan nombor… ku ajukan soalan macamna mahu buat passport…
Dia pun bertanya kembali kepadaku..
Pegawai perempuan :“adik orang mana, ibu bapa orang mana??”
Jumardi : “sy orang sabah, ibu bapa pun orang sabah..  saya mahu buat passport. Macamna?
Pegawai perempuan : “maaf dik, untuk buat passport yang asal dari sabah, kena process selama 30 hari dulu, baru boleh dapat passport!”
Jumardi : “arggghhhhhH!!!! Lamanya! Kenapa pulak? kawan saya buat di PKNS dia tunggu selama 5 hari sahaja… kenapa kena tunggu 30 hari ?? boleh saya jumpa ngan orang atasan terus??”
Pegawai perempuan : “sambil menelefon pegawai atasan, adik… boleh jumpa pegawai atasan kami, jupa terus di kaunter 5… adik boleh Tanya abg yang menguruskan passport orang sabah n sarawak… “
Aku pun bergilah berjumpa dengan abg tersebut di kaunter 5,
Jumardi : “abg, sy nak Tanya pasal prosedur buat passport untuk orang sabah.. macamna? “
Pegawai lelaki : “adik kena tunggu 30 hari.. paling cepat pun 14 hari…”
Jumardi :”aduh bang.. lamanya saya kena tunggu… tapi kawan saya buat passport waktu mau p korea, hanya 5 hari.. kenapa saya 14 hari???”
Pegawai lelaki : “adik, di PKNS tu induk Jabatan imegresen Selangor.. jadi boleh process cepat sikit.. di sini, kena makan masa sikit.. kalau adik orang semenanjung, boleh process 1 jam sahaja.. tapi adik orang sabah.. kami kena minta surat kebenaran daripada pengarah imegresen sabah untuk adik buat passport di sini… dalam perkara 20, akta imegresen, imigresen sabah dan Sarawak di uruskan oleh imegresen sabah.. kami tak boleh buat apa-apa…”
Jumardi : “owh~ takpe la bang.. terima kasih” –sambil kecewa, pasrah dan segalanya bercampur aduk..!~!”
Dalam jam 4.20PM, aku dengan fakrul  balik la semula ke shah alam.. aku dengan perasaan sedih n malangnya mengenang nasib di atas motor… aduh~~
Sampai ja bilik, aku terus baring n tidur~ kecewa dengan nasib diri…
HP berbunyi sekitar pukul 6.30pm.. terima panggilah dari Qatar, “boy, macamna passport??…” aku pun menceritakan segala yang berlaku hari ini pada abgku.. abgku pun cuba faham situasi ini.. n dia suruh aku cuba lagi Isnin nie… harap2 semua berjalan dengan baik..~
setiap perkara ada peraturan~ aku AKUR dengan "LAW"
inikah dugaan untuk aku memantapkan iman di bumi Anbia? Aduh~ mungkin Allah telah atur segala perjalanan umatnya… Mungkin ini yang terbaik~ ada asbab di setiap perkara.. AKU AKUR PADA KETENTUAN TAKDIR.. ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA…
insan yang berharap dapat ke sana kerana Allah:

1 Response
  1. DearlyCleo Says:

    arhhh..yaka lah..punya lam..matilah..sy ni skrg sudah blei tiket belum lagi ada pasport

     

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers