Allahuakbar.. salam sejahtera keatas semua pembaca yang dikasihi …
Apa khabar ? harap sentiasa dilindungi dah dirahmati olehNYA. Penceritaan kali ini adalah berkaitan dengan MPP. Walaupun hajat dihati telah lama tersimpan untuk menjadi wakil Pelajar, akhirnya Allah tunaikan juga hasrat ini. Namun sebelum ini, jika difikirkan MPP adalah sesuatu yang mudah.. tetapi setelah melalui banyak proses dari bawah sehinggalah bergelar MPP, ikon ini adalah sesuatu yang sangat tinggi dan susah untuk di gapai. Lebih2 lagi dari segi tanggungjawab keatas pelajar, fakulti dan university.
selepas MPP diperkenalkan di Dewan Agong
Bukanlah mudah untuk memikul tanggungjawab yang diberi, tapi insyaAllah bagiku… aku akan berusaha dalam membawa suara pelajar UiTM ke dalam proses penambahbaikan dan kegemilangan pelajar selagi terdaya.
Sebagai salah seorang MAJLIS TERTINGGI MPP UiTM 2011/12, saya rasakan jawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Sewaktu terpilih memegang jawatan ini, sekali lagi istigfar menjadi buah mulutku… aku pun tidak tahu apa terjadi, namun inilah yang Allah telah takdirkan untukku… “saya rancang dalam perancanganNYA” …
Ya ALLAH, engkau suluhkan hatiku kepada jalan yang engkau REDHAi..
Manusia yang rasa hina jika lalai melaksanakan tanggungjawab yang engkau berikan ya Allah  L :

22 . 2. 2011

Pasti ada yang tertanya-tanya tarikh keramat diatas. Tarikh inilah proses pengundian untuk pilihanraya JPP 2011/12 bermula.. start dari pukul 8.30 pagi hinggalah pukul 6.00 petang proses pembuangan undi dari para pelajar seluruh UiTM bermula.
Dan sepanjang waktu inilah aku berdiri di sisi bilik pengundian sebagai strategi terakhir menarik undi pelajar.
Mantan MPP 2010/11 (azhar) dan penyokong yang banyak membantu! thanks.. 
Dan apa yang paling menggembirakan dan menyedihkan berlaku pada malam itu ialah.
Gembira : tepat pukul 10.13PM bertempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, ak di umumkan sebagai MPP UiTM 2011/12. Allahuakbar dan astagafirullah, berat beban nie.. bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada university sekali…
calon MPP dari fakulti Masscomm. dua-dua menang sebagai MPP! tahniah
Sedih : apabila kawan kawan yang lain tidak berjaya dan kalah dalam jumlah undi.. agak terkejut pabila diumumkan untuk fakulti lain. Tapi ak berpegang kepada kata-kata ini “Allah tahu tahap ujian untuk hambanya, maka apabila rezeki tiada untuk menjadi MPP, Allah ada peluang lain untuk diberi dan diuji.. dan kemampuan manusia adalah terhad”
52 MPP UiTM 2011/2012 yang berjaya dalam proses Pilihanraya Kampus
Yang pasti sejak nama JUMARDI ABU BAKAR, MPP FAKULTI SAINS GUNAAN ini diumum, aku banyak istigfar dan berharap aku dapat jalankan tanggungujawab yang amat besar sebagai pemimpin.. Allah, mohon guide jalanku dan pilihanku … amin
semoga MPP FSG UiTM [Jumardi bin Abu bakar & Muhamad Afiq B. Ismail] dapat menjalankan tugas berlandaskan niat kerana Allah. 

Insan yang bergelar MPP UiTM 2011/2012 J :

KEMPEN

Allahuakbar.. sungguh lama sesawang nie tidak update.. sampai bersawang dah aku tgk… minta maaf la kepada pembaca sekalian… maybe malas2 mau update… tapi akhirnya ada gak mood mau update…

calon-calon MPP UiTM 2011/12
Beberapa minggu sebelum ne agak taff la jugak aktiviti.. kekadang tu sampai nak buat assignment pun rasa tidak mampu.. Alhamdulillah, hari ini ada kekeosongan masa untuk ku utus apa yang berlaku pada hidupku…
Walaupun cerita ini dah lama berlalu, dalam 2 minggu dah, tapi aku tetap ingin share kepada anda semua… tajuknya “KEMPEN”….
banner aku ! hehehe
Nak cerita pasal aku berkempen untuk jadi MPP UiTM SHAH ALAM 2011/12, tapi akhirnya berjaya jgak… kempen sepanjang proses pengundian sgt la best walaupun penat. Dengan CM @kamarul dan penyokong @fadzliza yang membantu… terima kasi kepada semua yang menyokong dan membantu sepanjang proses pilihanraya kampus sehingga menang majority di FSG… hahahah… poyo la pulak~
kad jentera ku... hehehe
Terima kasih kepada kamarul, fiffy, sarah, syura(mewakili semua kawan2 sabah), kak dai dan semua orang yang terlibat dalam mengempen diriku eni.. insyaAllah, Allah balas jasa dan budi anda semua..
Salam terima kasih buat anda semua. J
flyers yang dibagi untuk pelajar.
“its not about me, its not about you, but! Its about us …. FSG “

aku yang digalas tanggungjawab pelajar FAKULTI SAINS GUNAAN :

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers