pressure!!!!!
Ya Allah, hancur punah harapan untuk bergelar pelajar dekan semester ini.. tidak seperti yang dijangkakan, setakat ne 3 paper exam telah berlalu… dan semuanya hancur punah kujawab. Adeh~ apa yang lebih menyedihkan lagi, paper hari ini, CMT463 UniT Operation… semua yang aku baca langsung satu pun tidak keluar.. seolah olah semua soalan aku tidak dapat jawab.. dan yang lebih menyedihkan sekali, inilah paper pertama yang aku hanya tinggalkan kosong Tanya menulis apa apa jawapan pada kertas jawapan…otakku penat dengan bebanan elajaran yang aku terima. Tekanannya jumardi alkhawarizmi! ya Allah…
Habis ja paper, waktu solat maghrib, air mataku tetiba mengalir mengenangkan paper yang ku jawab tadi inikah dugaan yang Allah berikan untuk aku? Kenapa mesti dugaan ketika menjawab soalan, namun di jauh disudut hatiku aku hanya berserah pada ketentuanNya. Aku tahu aku amat bodoh untuk ketika itu, aku tidak langsung dapat soalan. Badanku bergegar, fikiran ku bercelaru, kosong, risau, dan takut pada waktu aku menjawab soalan tadi. Kini, aku sudah patah hati untuk meneruskan dua paper yang bakal menanbah kegagalanku… aku tidak sanggup lagi menerima keputusan yang tidak mengembirakan aku mahupun pihak lain! Aku benci, sakit hati, geram, bodoh, dan segalanya bercampur aduk mengkusutkan pemikiranku… aku bukanlah seorang yang failure! tapi sebijak mana pun aku, tetap akan jatuh juga akhirnya… selamat tinggal dekan~ =’(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jumar...be strong..jgn down awl2..xbek saiko dr sndr xda gna..ko psti ble maa..wlu papun kita xsntiasa d atas..d bwh 2 la kita amik pngajrn..ok???
keep movin'..
chaiyo!!
Jumar, amalkan solat sunat Dhuha. Semoga rezeki yang baik akan berpihak kepada kamu. Insyaallah...