-FieldTrip-


kenangan yang tidak dapat ku lupakan untuk semester ini.... ini ak mau cerita pasal kenangan kami bersama "diploma sains bahagian 04/biologi" ketika mengadakan fieldtrip di sabah tea pada 17&18 ogos 2008.... walaupun masa yang agak singkat, namun 2 hari 1 malam nie memberikan kenangan yang terindah buat kami.... keseronokan n rasa happy mmg wujud di hati kami smua..
banyak aktiviti yang kami jalankan, lebih22 lagi fieldtrip kali ini, tidakla dijaga sangat oleh lecturer seperti sebelum ini, tapi kebebasan menikmati hari2 berfieldtrip diberikan sepenuhnya kepada kami...
kena2 lagi lecturer kami, Mr. Ajimi Jawan amat sporting ngan kami smua... pengalaman yang sungguh indah!...


ketika sampai di kundasang

wah, sepanjang perjalanan kami ke sabah tea, aku n rakan2 yang menaiki van seramai 9 orang yang asyik betul makan, setiap perjalanan makanan ringan la yang menjadi santapan kami smua...hahahaha, yang tammbah bez lagi, kawan2 yang sporting macam ayen,is,fiffy,jessie,pdo,farhan n usman yang menyapot dalam semua aktiviti...
first destination kami di ladang lembu yang terletak di atas bukit yang dingin... punyalah main sejuk di atas tu... lebih2 lagi ada banyak lembu2 bertempiaran berdekatan dengan kilang pemprosesan susu lembu... malangnya kami nda dapat untuk melihat cara pemprosesan susu lembu mahupun memerah susu lembu itu sendiri...

di tempat kilang pemprosesan lembu




 
kami yang ceria berbackgroundkan pemandangan lembu2

tapi kami rasa enjoy, sebab macam terasa di newzealand pulak... keadaannya lebih kurang sama ja.... kami sempat lagi begambar2 ketika berada di kawasan lembu yang banyak di atas bukit...nnt aku postkan bersama gambar kami ketika berada di situ eeek....lepas tu,
sampai ja kami d kundasang, pa lagi... macam biasalah, sayap ayam n buntut ayam yg menjadi menu di dalam van... banyaknya sayap ayam yang durang beli, dalam 20 ketul tuk dihabiskan oleh beberapa orang... sedapnya rasa sayap ayam di kundasang tu... sudalah besar, seddap lagi tu... yum2....
tempat testing tea di sabah tea



inilah tempat penginapan kami (rumah panjang)

pas tu, kami diajar tentang bagaimana cara memetik tea yang betul.... bes gilak keadaan dan pemandangan di sana tu..... inilah keindahan yang diciptakan oleh Allah yang Maha Kuasa... malam tu, kami adakan "konsert" pelajar sains... pa lagi selebriti terkemuka nie pn buat la persembahan nyanyian dan tarian.... kenangan menceriakan orang yang sungguh best!

 hidangan time BBQ... yum2 lazat!

malam tue, kami cerita hantu-hantu ngan sirr ajimi n kawan2 yang lain...betapa seramnya aku dgr durang cerita tu.. sedahla di hutan, kena2 lagi bilikku paling hujung antara smua... keesokan paginya, kami dibangunkan seawal jam 4.30pagi tk solat subuh beramai-ramai.. pas tu, sunyii dan segar btl keindahan di subuh pagi.... 
pagi tu, kami smua pergi melawat kilang pemprosesan tea di sabah tea... terdapat beberapa prosedur yang perlu di buat untuk menghasilkan tea.. 

sempat lagi sebelum masuk bilik!!

selepas dari makan di pekan ranau.... sambil jumpa kawan lama (joviania)

pas tu, kami smua di bei seorang satu produk sabah tea sebagai cenderahatidaripada pihak sabah tea.... jam 10.00pagi tu, kami bertolak meniggalkan sabah tea, kemudian pergi ke kg. Nalapak tempat ikan air tawar... Ya allah, ndak pernah la aku mandi dengan ikan sebelum ni... sudahlah ikan tu haiwan yang aku paling minat... sebab ikan kieut dan lembut mataku memandang ikan2 tu....
 aku bermandikan ikan


betapa indahnya pekan ikan yang besar!


posing2 maut

pas tu kami terus balik ke UiTM dan sampai dalam jam 5.00 petang....
sekian...

bergambar dengan pakcik pemandu bas kami


inilah daun2 tea yang selalu aku minum!!
cara memetik tea yang betul!!

-Jumardi_

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers