Makin lemah~

Assalamualaikum w.b.t … 
alhamdulillh 3 paper sudah berlalu.. dan semalam 31/10 adalah paper “killer”… hmmm….. tapi mmg betul2 killer la.. ntah la kalau setakat ne apa yang di jawab betul atau tidak~ tekanan jgak perasaan nie…
buku yang telah dikhatamkan untuk CHM510
Target untuk 3 paper nie dah lari menyimpang~ perasaan semakin tertekan dan jugak hati semakin tak tenteram oleh paper semalam… belajar paper kimia nie buat aku rasa demam… ntah la~ first time rasa belajar sampai demam.. mungkin terlalu paksa diri diri untuk belajar kot~ tapi kalau tak belajar~~!  Hmmm…. 4tahun sebelum nie belajar pun tak la hard sgt bila exam~ tapi kemarin rasa sgt2 tertekan.... OGA pun rendah` so, makin la bertambah2 tertekan... harap2 paper math n materials science nie aku dapat A, jadi dapat la jgak cover untuk 3 paper yang telah lepas nie… teruk rasa diri dan tertekan sgt..!!~~ 
insan tidak terdaya~ 

Salam kemurungan~ 
Allahuakbar~ mmg every exam mmg feel macam nie.~ ! teruk la… dua paper dah berlalu.. CTU553 dan PHY524. Orang kata subjek nie la makanan untuk A+++++, tapi aku ~ hmmmm…. Tuhan saja la abh yang tahu… aku target gak A paper nie, tapi aura2 dah menunjukkan jauh dari persimpangan~ sedih pilu dan tidak bermaya~!
Kadang2…. Aku terfikir~? Kenapa boleh “TERUK” sedangkan usaha sudah dilakukan ~ hmmm…. Takdir kali.. mungkin Allah bagi kesusahan untuk kesenangan masa hadapan.~ Allahuakbar..
mengenang nasib diri
Sujud dengan rasa sedih pilu dan duka~ sejarah 3.42 macam ingin kembali~!! yaAllah~ aku mahukan lbih dari itu…. mana perginya Alkhawarizmi?? 
Insan yang kecewa dua sudah merana~! 

How to start?

Salam exam!!! Hmmm…. Sudah beberapa hari masa untuk study berlalu… bagaikan ada kekesalan….  Bukannya malas untuk study, tapi jika difikirkan.. aku langsung tidak tahu mahu start bagaimana subjek fizik nie..! no idea at all…
Aduh~ teruklah macam nie… mudah2an di beri la kekuatan untuk belajar faham dan seterusnya A+ in this subject PHY524! Amin~~
Insan yang kosong mindanya~

jalanku pada chemistry

Assalamualaikum w.b.t


Aduh~ genap sebulan lebih aku tidak update “sesawang blog” ku nie… ada kemalasan di waktu2 genting menghampiri exam nie… paper first 26hb. Nie.. aduh~ masih dalam keadaan tekanan lagi sekarag ne… program2 baru je habis semuanya… dapat gak rilex~ tapi kena cover la jugak untuk bajet program…. (kerja lagi)
memori mengiringi jalan hidupku~
Tapi bukan ini yang aku ingin kongsikan kepada semua… sebenarnya, pernah terdetik di fikiran ini untuk menjadi seorang penulis… tidak kira la samaada sebagai penulis novel mahupun puisi… bagiku bahasa terutama puisi2 yang tercetus oleh para karyakan mahupun pun penulis lirik amat dalam pengertiannya.. bahasanya juga tidak kurang hebatnya.. penggunaan perumpaan, bhasa, cara perolahan dan lain2 menjadi faktor tercetusnya minat ini… huhuhuhu… ku imbas kembali beberapa tahun dahulu, sewaktu aku menanam cita2 untuk menjadi seorang penulis puisi n novel~
Bahasa itu indah
Tapi hakikatnya, aku adalah ahli kimia, jauh terpesong dalam dunia “kata-kata indah” nie… tapi minatku tetap akan bersemadi di jiwa dan sanubari …
Ahli kimia yang hanyalah seorang penulis blog L

Salam eidulfirti...

Alhamdulillah, hari makin hari, detiknya sudah pun tiba... bagi orang2 beriman, pasti rasa sayu dan sedih.. kerana ramadhan kian menghilang untuk 1431H ini... L
Dan bagi kanak2 mahupun kaum muslimin dan muslimah lain... syawal tiba amatlah dinantikan... kemeriahan berhari raya menjadi satu adat yang setiap tahun disambut dengan penuh kemeriahan...
selamat hari raya maaf zahir dan batin
Dan bagi aku, pemergian ramadhan sedikit sebanyak mendatangkan kesedihan~ tiada lagi puasa dan amalan2 sunat yang boleh dilakukan sepanjang ramadan..  ketibaan syawal juga amatlah dinantikan~ kemeriahan berhari raya di Kg. Bersama sama keluarga amatlah seronok... dan “aidilfitri” juga mengimbau jutaan kenangan yang tidak dapat ku lupakan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin... 
tradisi kad raya tahun ini aku tak sempat nak buat.. maaf semua, tak dapat bagi kad raya tahun ni.. insyaAllah tahun depan ek :)
Mohon diampunkan dosa dan dihapuskan segala kejahatan terhadap anda semua :

Assalamualaikum w.b.t dan salam aidilfitri...

Banyak benda yang aku ingin kongsikan kepada pembaca-pembaca semua... tetapi semua itu tidak dapat ku kongsikan setiap cerita indah yang tersusun di setiap detik dan ketika dalam hidupku sepangjang berada di Kg. Halaman ini... kerana terdapat kekangan masa dan juga bergantung kepada kepantasan internet untuk buat sesuatu...
insyaAllah satu masa nnt, akan ku kongsikan setiap kejadian yang berlaku... tapi secara keseluruhannya, aku sangat penat dan keletihan sepanjan berada di rumah~ 
insan lemah tiada daya:

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers