Salam eidulfirti...
Alhamdulillah, hari makin hari, detiknya sudah pun tiba... bagi orang2 beriman, pasti rasa sayu dan sedih.. kerana ramadhan kian menghilang untuk 1431H ini... L
Dan bagi kanak2 mahupun kaum muslimin dan muslimah lain... syawal tiba amatlah dinantikan... kemeriahan berhari raya menjadi satu adat yang setiap tahun disambut dengan penuh kemeriahan...


selamat hari raya maaf zahir dan batin
Dan bagi aku, pemergian ramadhan sedikit sebanyak mendatangkan kesedihan~ tiada lagi puasa dan amalan2 sunat yang boleh dilakukan sepanjang ramadan.. ketibaan syawal juga amatlah dinantikan~ kemeriahan berhari raya di Kg. Bersama sama keluarga amatlah seronok... dan “aidilfitri” juga mengimbau jutaan kenangan yang tidak dapat ku lupakan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin...


tradisi kad raya tahun ini aku tak sempat nak buat.. maaf semua, tak dapat bagi kad raya tahun ni.. insyaAllah tahun depan ek :)
Mohon diampunkan dosa dan dihapuskan segala kejahatan terhadap anda semua :
Assalamualaikum w.b.t dan salam aidilfitri...
Banyak benda yang aku ingin kongsikan kepada pembaca-pembaca semua... tetapi semua itu tidak dapat ku kongsikan setiap cerita indah yang tersusun di setiap detik dan ketika dalam hidupku sepangjang berada di Kg. Halaman ini... kerana terdapat kekangan masa dan juga bergantung kepada kepantasan internet untuk buat sesuatu...
insyaAllah satu masa nnt, akan ku kongsikan setiap kejadian yang berlaku... tapi secara keseluruhannya, aku sangat penat dan keletihan sepanjan berada di rumah~
insan lemah tiada daya:
Salam september~! Alhamdulillah~ telah tiba bulan september... nie lah bulan yang paling ku nantikan antara semua bulan.... ahhahaha... adakah macam tu~ J .. tapi bagiku bulan ini adalah bulan istimewa buatku.. banyak kenangan yang manis berlaku bulan ini berbanding bulan2 yang lain... di bulan ini juga aku teringat akan “orang” tu.. walaupun dah jarang contact.. ahahaha... september i love u~~ ...
09/09/1988
Nak tahu cerita hangat di sebalik september??? Nnt aku citer... kat sini tak boleh la.. terlalu privasi sgt.. .Insan lahir bulan september:
LCCT --> KKIA --> SANDAKAN AIRPORT
Wah~ detiknya bakal tiba… hanya beberapa hari saja lagi menjelang 3hb/09. Ketika ini pemergianku meninggalkan kota shah alam, dan welcome to kota kinabalu dan sandakan…
Nda sabar dah naik kapal… teruja!… apa yang penting sekarang, aku mau balik! Sabah~ genap 9bulan di perantauan, kini masanya bakal tiba…
Sabah! Wait 4 me… hehehehe… kepada kawan2 yang telah mendarat dulu di sabah, azhar andi, cece, alamsa dan sesiapa sahaja… semoga selamat sampai ke destinasi… yang berada di Sandakan tu… pa lagi! Buka di tembok la..!~ pegi bazaar n makan makanan sabah!! Yummy…
Cepatlah saatnya tiba...
menanti kedatangannya:
Salam 31 ogos 2010..
Genap 53tahun kemerdekaan Negara pada hari ini… laungan merdeka sebanyak 7 kali oleh perdana menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman dalam pengishtiharan kemerdekaan dan Negara bebas daripada penjajahan...

selamat menyambut kemerdekaan kepada seluruh warga UiTM
Meskipun pengertian merdeka itu membawa banyak maksud dari pelbagai sudut… namun apa yang penting adalah pengetahuan kita mengenai konsep kemerdekaan yang sebenar… bagaimana sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa dalam menuntut kemerdekaan amatlah gigih dilakukan oleh setiap pejuang Negara. Termasuklah pejuang2 dari tanah melayu, sabah dan Sarawak yang berusaha dalam menentang penjajahan sehinggalah tiba detik 31ogos 1957.
Namun, sedalam manakah pengetahuan kita mengenai kemerdekaan? Adakah tibanya 31 ogos barulah kita merdeka?
“Tepuk dada tanya erti merdeka”
Salam kemerdekaan daripada :
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. salam nuzul alquran ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) Kesimpulan Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun). |
[Zakaria Bin Othman] Editor : PRO JAKIM share2 ilmu dibulan mulia ini... selamat menyambut Nuzul Al-Quran.. |


