:::MOOD TIDUR:::

Salam ramadhan kepada semua umat islam! Entri kali ini bertajuk sifat mau tidur ku yang menjadi – jadi… teruknya! Sehari macam tidur >9 jam~ aduh!! Apa la perangai begini nie… tekanan jadinya… niat mau betul bangun awal study.. tapi kedinginan pagi membuatku terus terlelap tanpa menghiraukan niat ku… L…
tidur saja~~~ 
Sabar je la… sekrang ne cuba untuk tbangkit n sahur! 2 hari dah tak sahur~ huu… jumardi alkhawarizmi bangun, solat n belajar!! ~~

1st ramadhan 1431H

Alhamdulillah… dah masuk hari kedua umat islam berpuasa… rasa pelik pulak…. Hari pertama dah mencari cari kawan untuk berbuka puasa sama.. cari punya cari, akhirnya ada gak during syura usman n dll temankan berbuka puasa di Chicken Rice Shop.. 
yummy~ 
terima kasih kepada semua 15 orang kawan2 yang sudi bersama sama berbuka puasa... 
hehehe… sayangnya tak dapat gambar.. Hp ada masalah.. pas tu pergi la terus ke tesco!.. beli barang… n aku pergi la beli dapur gas yang berharga rm44.99 dah sekali dengan butane gas.. ne semua untuk memasak sahur pagi… hehehe.... duit boleh cari~~~ wow! Statement..!
Alhamdullilah semua nya berjalan baik kemarin dah ada gak la berlaku kemalangan sedikit… kaki berdarah kena tayar trolli~ hhuhu.. sabar na..
Kepada semua pembaca, harapkan ramadhan ini sentiasa ceria buat kita semua! Tenang dah gembira menunaikan perintah Allah ye semua!~ semoga dirahmati dah di limpahi rahmat di bulan penuh keberkatan ini…. insyaAllah..
Insan yang mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA :

Nikmat Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
ya Allah, akhirnya bulan ramadhan telah tiba.. bulan yang penuh keberkatan dan bulan pengampunan dosa untuk umat islam. tapi macam tidak terasa pulak bahang ramadhan paa waktu ini... mungkin bukan berada di rumah ataupun di kluster kan.. mmg la macam nie... tapi kenapa sedih pilu hatiku bila tiba ramadhan ini ??? 
apa2 pun selamat menyambut ramadhan almubarak kepada semua umat islam seantero dunia~~ 
salam ramadhan... 
di sini adalah sedikit hadith2 yang di petik dari internet untuk tatapan kita bersama... 

Hadith
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur. 

should J.A happy or sad?? :

Apa nak dikata lg ?

Alhamdulillah sebulan kuliah dah berlalu… walaupun banyak dugaan yang dihadapi hari demi hari, namun maih lagi tabah untuk menempui ujian Allah s.w.t . Allah tidak akan membebankan makhluknya sampai tahap yang tidak termampu ditampung olehnya…
Nak citer pasal test test sekarang nie, better nda payah la.. hancus~ setakat ne GAGAL la… huhuhu… sabar je la.. mungkin agakk busy kot sekarang ne… every week pun ada akiviti.. termasuklah sabtu n ahad.. mana lagi mau kejar lessen.. kena habiskan jugak sebelum balik Sandakan.~ hhuhuhu…
Apa2 pun aku terpaksa la jugak tempuh walaupun perit sekalipun… pernah jugak terfikir mau bunuh diri nie… hahaha… sampai ke situ lagi tahap tekanan… ! bodoh pulak rasanya diri ini sampai terfikir macam tu…
Apa2 pun, aku cuba untuk menggembirakan J
Kembali beraksi Jumardi_alkhawarizmi:

Aku yang kucar kacir…

Assalamualaikum w.b.t
Huhuhu… ogos telah pun tiba… hari nie aku berpuasa sunat… insyaAllah… ya la kan, mungkin aku dah banyak dosa yang harus aku hapuskan satu persatu.. namun di sebalik mohon keampunan tu, masih ada jgak penambahan dosa.. huhu… inilah manusia bernama jumardi alkhawarizmi…

Entri kali ini menceritakan pasal bagaimana keadaan study ku wat masa nie.. tak tahu la, mahu dikatakan kuat tidur, tidak la jugak.. dah penat seharian mestilah tidur.. then tidur tak bangun2.. ingtkan nak study awal pagi, 5.00 pagi seperti kebiasaannya ku lakukan sebagai aktiviti harian, namun ketika ini, aku langsung tidak dapat bangun unutk belajar mahupun solat subuh sekaligus… ya Allah lemahnya hambaMu nie… tolonglah ~

Study ku semester nie ASB3CN2 amat kucar kacir.. walaupun setelah sebulan beajar dan menghadiri setiap sesi kuliah, namun aku rasakan otak ku nie empty of knowledge… huhuhu, kali ini aku tekad!! Aku mau belajar~~!!! Tidak kesahlah, SMF ka ACES ka, ataupun makian atau hinaan daripada orang lain.. I don’t care~~ I’m here as student, and I want to study to achieve my goal .! gambate… tp.. persatuan tetap persatuan….
huhuhu... belajar~~
Minggu nie, bolehla dikatakan minggu pengumpulan “test” …. insyaAllah aku dapat belajar n jawab dengan cemerlang setiap test yang jumardi alkhawarizmi hadapi…
Insan tabah dan bersungguh-sungguh mengejar pelajaran yang banyak ketinggalan:

“MALANG”

Assalamualaikum… sungguh lama aku tidak update blog nie.. dalam sebulan lebih la jgak… huhuhu.. inilah diri.. kekadang kita sgt bersungguh sungguh melakukan sesuatu… tapi kadang-kadang kita malas sehingga mengatakan sesuatu tiada masa..

Banyak perkara “malang” yang sering berlaku pada semester ini… antaranya

=( laptop yang selama ini bersamaku termask buat update blog kena curi… sialan betul la pencuri tu… tepa, akhirnya kelas, ko tau la balasannya! Tiada maaf bagimu selamanya!!!

=( Hp sony Ericson rosak!! baiki kena kuarkan RM200.00~!~ saat eni la jgak dia berlaku…

=( Diri ini dibenci! Ntah la apa kesalahan besar yang telah dilakukan… tapi itulah hakikat… masing2 mahu menjatuhkan orang lain, sedangkan kita ini serumpun.. haruslah bantu membantu dan bukan berdendam/menjatuhkan orang lain~ hakikat hidup yang malang~~

=( terasa sgt sepi.. kawan rapat kini semua berjauhan… lain rasa bila pergi kelas sendiri, makan sediri n buat sesuatu sendiri… tiada lagi konsep “rumahku syurgaku”.. sekarang ne semua nya bagaikan neraka yang membakar diri dan dipenuhi dengan kesepian yang tiada orang yg ambil peduli~ I love all my fren! Sy sgt harapkan orang2 macam mereka la aku dapat kawan.. tapi hakikatnya ….. [sendiri paham2 la]

=( semuanya serba tidak kena.. hidup sentiasa busy dan dipenuhi dengan jadual yang pack! Tidak sanggup dah mahu menempuhi hidup.. tapi still kena sabar n teruskan perjuangan!

=( biasiswa sabah tidak berjaya .. “dukacita dimaklumkan… “ haish~~~

=( banyak lagi lah yang tidak boleh aku fikirkan setakat nie…
rasa berdosa atas kelakuan sebelum nie.... 
Aku percaya setiap yang berlaku itu adalah pembalasan atas dosa2 yang aku buat dan sebagai amaran daripada Allah yang mahu lihat hambaNya dekat padaNya.. mungkin inilah dugaan yang aku harus hadapi agar aku lebih melihat kesalahan diri dan kembali ke jalanNya yang benar..

Insan yang menghadapi ujian yang besar dari Allah s.w.t :

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers