Rasa bersalah~~

Huhuhu, lainnya perasaan kan kalo ada tetamu kita buat tak endah ja… mana tak marah “tetamu” tu kalau semua orang dalam rumah ne buat tak kesah ja… walaupun “tetamu” itu datang dengan niat yang paling baik! Sedang sibuk bermain dota dalam bilik, tetiba adalah “tetamu” ketuk pintu, mmg niat untuk tidak buka, tapi Usman pulak pegi buka pintu.. .secara tidak langsung kenalah ajak “tetamu” tu masuk..
Niat “tetamu” ne agak murni, iaitu untuk menambah lagi ilmu dan iman di dada.. Tapi semua dalam rumah ne, cuba untuk mengelakkan dari dari berpandangan dan berkata dengann “tetamu” itu…apa yang buatkan aku rasa bersalah ialah apabila pelawaan “tetamu” ini aku tolak secara terus. Ya Allah, mungkin aku agak bodoh untuk tidak mengikuti jemputan “tetamu” itu. Tapi apakan daya, pintu hati ku belum lagi terbuka.
Kepada tetamu itu, insyaAllah, bila dah terbuka pintu hati ini, aku akan join kitorang~~  
Minta maaf untuk “tetamu” itu dari jumardi_alkhawarizmi

Edit – edit


Setelah bersusah payah meng”edit” bloog ku eni selama dua jam, akhirnya adalah juga pembaharuan yang berlaku… penat edit dari jam 6 hinggalah jam 8 malam ne..  
Thanks to franky sedok sebab sudi tunjuk ajar sikit…. Ehehehe… thanks
*pikir – pikir : esok ada test, lum prepare apa-apa lg… sempat lagi ko jumar update blog!

"terperangkap"


Allahuakbar~ syukur la, hujan juga bumi shah alam pada waktu ini, melimpah ruah rahmat yang Allah berikan ke atas tanah shah alam. Tapi perbincangan yang aku ingin perkatakan di sini bukan lah mengenai rahmat hujan, tapi permasalahan yang di hadapi ketika hujan…
Selesai sahaja test Inorganic tadi, kami bertiga pun pergilah selesaika beberapa perkara yang belum selesai. Farhan ada urusan di HEA dan aku pula pergi HEP cuba untuk meminta cop untuk penyelarasan budget sekaligus ingin berbincang mengenai kertas kerja untuk ke SABAH hujung semester nnt (doakan semoga berjaya ek! ) . Dalam perjalanan pulang (ketika ini mendung lg) kami slumber ja bertolak pulang ke rumah (kolej jati). Macam besalah, berjalan kaki merupakan rutin harian untuk pergi mahupun pulang dari kelas.
Malangnya, hajat untuk sampai awal ke rumah tidak kesampaian apabila hujan turun dengan lebatnya apabila kami tiba di gerai seksyen 2. Terpaksalah menunggu dalam 50 minutes untuk menunggu hujan reda.


Selepas menunggu dalam masa yang agak lama (di bus stop) akhirnya hujan pun berhenti secara ansur2.. tetapi kami semua tetap basah bermandikan air hujan kerana tidak sabar menunggu hujan berhenti sepenuhnya.. walaupun basah pulang ke rumah, namun ada pengajaran yang dapat aku pelajari dalam peristiwa ini, iaitu SABAR LA WAHAI JUMARDI_ALKHAWARIZMI~~~~~

Persediaan





Salam, dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba, semestinya ramai pelajar pada masa nie menghadapi  tekanan masing – masing…  pada akhir2 minggu sebelum peperiksaan inilah pelajar dikejutkan dengan pelbagai test dan assignment yang melambak dan kena di hantar sebelum tiba waktu peperiksaan. Apa yang berlaku kepada semua pelajar pada masa kini, juga turut aku alami…

Dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba ne, pelbagai langkah awal yang aku cuba aturkan untuk menghadapi peperiksaan. Walaupun di tambah dengan tugas- tugas persatuan yang belum selesai, aku cuba untuk bahagikan masa sebaik mungkin. Supaya aku bukan sahaja Berjaya dalam berpersatuan, malahan turut menempah kejayaan dalam pelajaran.

Walaupun, markah on going assessment (OGA) agak teruk, tapi aku percaya bahawa, aku masih lagi diberi peluang untuk melakukan yang terbaik pada paper exam nnt. Teringat kata seorang penyarah, Prof zainuddin, “ walaupun test2 yang kamu hadapi teruk, tapi jika kamu perform yang terbaik pada waktu exam, maka itulah gred yang akan kamu perolehi pada slip kelak”. Aku percaya aku masih punya harapan untuk digelar pelajar DEKAN!! Gudluck jumardi_alkhawarizmi !
!gudluck to all

What will happen?

Assalamualaikum w.b.t,

Hai all, how are u? Hopefully not busy as me now.. Just want to tell everybody that what the hell happen to me.. usually I will wake up early morning to study, but just now everything was changed. So lazy to wake up early like usually although my I already set my alarm to wake me up earlier to study.. but it is useless.. huhuhu… now, a lot of assignment I should done it because of my bad attitude. That what should I got by GOD.

If I remembered what happen to all my studies especially my test 1 and 2 to all subject that I I’ve taken this semester, I feel like down to continue my studies especially to get dean list student this semester. My expedition of my study very high, and I try to work harder to achieve my target. But, if my self still be like this, what will happen after this ?? hopefully some miracle will occur to my self.

Now, I try to wake up my self from all of that dreaming and try to get what I want in my life. My principle is so easy, I will have what I want! Even it will make me burden to get something valuable in my life. So, what I plan right now is study until “dead”.

Salam…. Alhamdulillah sebulan lagi peperiksaan semester akan tiba.. apa yang menjadi kebimbangan hati ku eni adalah pelajaran.. ya lah, pelajar… mmg inilah saat2 yang di nantikan dah di takutkan.. bagi yang dah bersiap sedia tu, Alhamdulillah… tapi bagi pelajar macam aku ne, harapkan miracle ja la.. hehhe…

Semua kejadian pasti ada hikmahnya.. semua study ku kira hancur la jgk… tapi aku terima dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.. agak rumit bila terkenangkan segala gala yang perit…

Satu lagi benda yang membuatkan aku agak busy sikit… yelah, Sekarang ne bukan lagi bergelar jpk, malah dah tukar status ke Sekreteriat Mahasiswa… ada beberapa evnt yang akan kami laksanakan.. yang terdekat buat masa nie, hari Anugerah saintis Muda. (ASM).. harap2 semua akan berjalan dengan lancar..

Apa yang terbaik adalah, aku kena harus tabah dan tingkatkan prestasi diri.. tidak kira dalam apa aspek sekalipun… aku pegang pada prinsip diri “kejayaan yang abadi datangnya daripada Illahi “

Wassalam…

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers