MAHU KATA APA LAGI??

Dah masuk minggu ke-8 sesi kuliah… tapi keadaan masih sama… ini bukan kali pertama berlaku, malahan sejak dua semester lalu lagi, tapi 2 semester lalu, ada sebab untuk tidak berniaga sebab renovation cafeteria sedang dibuat… sejak semester lalu lagi masalah ini sudah timbul.. kalo tidak silap selepas bulan puasa tahun lepas  benda ini sudah pun start…

Banyak luahan yang telah dikemukan oleh kami semua, termasuklah luahan kepada pensyarah.. tindakan dah diambil oleh kami, namun segala usaha tidak membuahkan hasil lagi buat masa ini… ini dah masuk kali kedua aku post cerita tentang kisah ini… bukan mahu memperkecilkan mana2 pihak, tapi jika keadaan ini berlarutan, mungkin akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan sekaligus merendahkan sesuatu pengurusan itu sendiri.. harapan kami semua, agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, sebab dah masuk pertengahan semester keadaan masih lagi sama… Ambillah tindakan dengan cepat dan bijak agar kami di sini (student yang berkuliah di fasa 3) tidak lagi merasai benda yang mengaburi kami sepanjang 8 minggu ini… kerjasama pihak2 yang berkenaan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan setinggi tinggi jutaan ucapan terima kasih…


keadaan kafeteria dan koperasi yang masih lagi tidak beroperasi...

DISQUALIFIED?

Argh…. Semua ini tidak adil!! Adakah patut kami sudah masuk final untuk tournament DOTA tetiba sahaja disingkirkan dari game??? maka, kami team eX. Sudah cari sapa no. 1 atau no. 2.. tapi semalam (17feb. 09) tetiba sahaja c eX. Goblak cakap yang kami disingkirkan.. WTF!!! Aku tidak berapa senang jgak ngan keputusan penganjur (team Ms) sebab sepatutnya kami akan jumpa Ms untuk final (eX. Vs [Ms]).. sebaliknyanya kami dingkirkan dan team Ms akan lawan tean [DG] untuk cari sapa juara n naib juara… asalnya tournament ini just for fun.. tapi macam nampak sangat tindakan Ms semlam tamakkan  duit. Bukan jgak mahu memperkecilkan team DG tapi setakat permainan team DG bukan pro sangat untuk tanding Ms, macamna pengurusan mereka kami yang dipersalahkaN??? Kenapa kami disingkirkan?? Semua ini buat kami dari team eX. (eX. Luffy, eX.goblak, eX.Sadist,eX.PoLoNi and eX.Moonlight) rasa tidak puas hati dan rasa seperti ditikam dari belakang oleh teman sepermainan sendiri?? Anyway.. aku tetap tidak puas hati dengan keputusan melulu penganjur!!!!

Uhuhuhuh.. nda sangka jgak aku dicalonkan oleh pensyarah ( MR. AJIMI) sebagai salah seorang calon untuk menjadi TPM.. aku agak terkejut jgak kemarin (17 feb. 09) sebab sebelum jumpa sir Ajimi petang tu, sir Hafiz ada cakap dengan aku, “jumar, ko mau jadi pensyarah ke?”… aku pun tersentak la sekejap, kenapa tiba2 ditombulkan persoalan pensyarah ngan aku, petang tu jgak, miss PAT ada cakap yang salah seorang di kelas ini dah di calonkan sebagai tpm oleh fakulti sains gunaan. Time tu jgak, aku dapat sms sir Ajimi, “kalo ada masa, jumpa saya secara personally”.. so petang tu, aku pun jumpa la sir jimi dan segala persoalan pasal tpm tu terjawab…

Anyway, aku  masih fikirkan tawaran tu, dapat atau tidak biarlah atas petunjuk ALLAH S.W.T yang tentukan…aku takut jgak kalau2 choice kali ini tidak tepat seperti sebelum ini( ambil kos bio, n tinggalkan subjek favourite MATEMATIK)….

Apa2 pun, thanks a lot to MR. AJIMI because gave me this opportunity and trust me very much of this job. Thanks =) 

MAINAN MIMPI..

Astagafirullah… setelah sekian lama aku tidak mimpi orang tu, akhirnya semalam aku mimpi dia semula… tapi mimpi kali ini agak berlainan seperti sebelumnya… tetiba aku mimpi dia berada di Sandakan, di kampungku yang tidak wujud lagi sekarang sebab dibuat pembinaan hotel…

Sampai sekarang aku masi fikirkan mimpi itu, sebab sebelum nie aku langsung tidak pernah mimpi dia lagi… mungkin ada makna disebalik kejutan mimpi ini, walaupun ini hanyalah satu mainan tidur… tapi bagiku, dalam mimpi itu “dia” selitkan nasihat untukku yang orang katakan aku dah banyak berubah …

Now, aku still fikirkan benda tu… 

Waktu cuti baru2 nie, sempat jgak aku n sekeluarga dari Sandakan berjalan-jalan di kk.. antara salah satu destinasi kami adalah pulau manukan… first time pergi sana rasa teruja jgak la, sebab sebelum nie c jai ada cakap yang pulau tu cantik… jadi, hari sabtu lalu kami pun pergi la kesana… komen tentang pulau tu memang cantik dan sunnguh indah… pemandangan laut yang bersih dan jernih… kami jalan dari rumah seawall jam 7 pagi lagi… sampai di pulau tu dalam jam 8.30 pagi… kami bersarapan dan pastu, aku n anak2 buah yang lain pergi mandi… amat2 best dan yang paling best dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami semua… kepada anda yang belum sempat pergi kesana, pergilah, dan nikmati sendiri keindahan alam yang tuhan cciptakan untuk kita semua…


pemandangan di pulau manukan

pemandangan di pulau manukan

MINGGU YANG PADAT

Salam…

Lama jgak  tidak update blog nie… mungkin kehiduoan sejak masuk part 5 nie busy sangat… lbih2 lagi subjek csc317… ya ALLAh kadangkala beri tekanan yang paling besar… campur lagi subjek bio310, rasanya masa kuliah 3 jam tidak cukup untuk sesi pembelajaran.. tapi apa leh buat, dah memang jam kuliah dia 3 jam ja…

Buat laman web nie yang paling teruk sya rasa… dah la aku nie ndak berapa suka tengok kod2 html yang ntah susah betul nak paham.. sakit mata tgk kod2 html n javascript tu.. ndak paham langsung!! ARGGHHHHHH..

Minggu lalu adalah minggu yang paling busy bagiku… nasibla dah berlalu minggu tu, kalo ndak boleh pengsan nda cukup tidur hari2…

Isnin = lab report bio, selasa = presentation bel300, rabu=test chm, khamis=hantar kerja csc (paling tekanan), jumaat=presentation bio310, perjumpaan ppp bersama pelajar lama..

Jumaat malam tu, aku rasa tekanan betul, dah la aku penat 1 week tu, banyak lagi mau di urus jpk tu.. masa pejumpaan ppp bersama pelajar lama tu, kawan2 jpk yang lain ashik Tanya, “jumar, kenapa ko muram, Mekong, ndak senyum??”  aku cuba jgak untuk senyum malam tu, tapi aku betul2 penat, tidak cukup tidur, rasa ndak puas hati, lapar dan macam2 lagi yang bermai di kepalaku.. kalo boleh mau ja aku pergi tidur n tinggalkan malam tu… hehehhe.. yang lebih tidak puas hati, kenapa la aku yang bekerja time perjumpaan tu, macam semua masalah aku yang cetuskan… BENCI!!!! Bagus ndak payah kerja, ndak jgak kana marah…

Anyway, aku dah lupakan minggu lalu tu, dan sekarang prepare untuk minggu yang aku datang.. doakan saya lepas segala-galanya….

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers