Pengalaman yang sungguh mendebarkan apabila aku cuba2 blajar bawa motor c jai pagi tadi (23 disember, 10.15 am) di sekitar fasa 3… begitu takut jgak la apabila first time bawa motor.. gabra n gementar tu ada… rasa macam feel kali pertama bawa kereta dulu… hehhehe.. setelah bawa dalam 5 minit gitu, rupanya bawa motor nie tidak la serumit seperti bawa kerete… first time bawa mmg la banyak ‘terace’ minyak.. uhuhuhu.. lagipun jai ada dok belakang… jadi boleh dikatakan first time aku blajar bawa motor nie dengan bawa penumpang!! Wah bangganya…..
hehhehe… anyway… thanks to jai sebab sudi gak ajar bawa motor ceweknya tu….TQ
Buat pensyarah sains yang bertungkus lumus mengajar aku selama ini, ku ucapkan jutaan terima kasih! Segala usaha anda akan ku ingati selamanya… aku ingin komen sedikit tentang mereka selama pengenalan kami..
Sir Ajimi Jawan [pensyarah biology]
Pensyarah yang paling lama mengajar aku biology..(part 1, 4, dan akan datang part 5).. pensyarah yang paling sporting

Sir Mohd Ruzaleh Nurdik [Pensyarah fizik dan matematik]
Pensyarah yang paling tenang, tepati masa, dan boleh luahkan masalah kita padanya…. Pensyarah yang aku dah anggap seperti bapa sendiri..

Sir Ansir Salim [pensyarah biology]
Pensyarah yang paling tenang ketika mengajar

Sir Mohd Hafiz Ahmad Tajudin [pensyarah kimia]
Pensyarah yang paling lawak ketika mengajar dan sporting gila…

Miss Patricia Natin [Pensyarah bio]
Pensyarah yang paling detail ketika mengajar dan sporting di luar kelas..

Miss Siti Aminah Mohamad [pensyarah fizik]
Penyarah perempuan paling tenang tekita mengajar, segala soalan yang dikemukakan dapat di jawab olehnya..

Madam Hazlenah Hanafiah [pensyarah statistic]
Pensyarah perempuan paling sporting, natural beauty, madam universe, dan paling banyak spend makanan di kelas!hehehe..

Madam Gan Gin Hoon [penyarah kimia]
Pensyarah paling senior dan segalanya jelas ketika mengajar.
Buat anda semua!
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam proses menuntut ilmu ini, iaitu :
1- Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2- Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3- Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4- Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud : “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah”
Hadis dari Abi Zarr r.a
Semalam aku pergi jalan ngan kawan rapat ku yang masih tinggal di uitm nie… apabila aku lalu sahaja di kawasan Bandaraya kk tu, banyak yang membuatkan aku mengimbas masa lalu…kenangan pahit dan manis… ketika berjalan di sekitar servey tu, banyak barang2 yang membuatkan aku teringat pada kawan2 yang belum pasti lagi kapan aku boleh jumpa mereka… aku jadi lemas dan mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke hostel kerana tidak dapat menahan perasaan rinduku ngan durang semua… lihat meggi, kfc, McD, pantai dan banyak lagi membuatkan aku ingat kepada mereka semua…
Kadang2 aku jadi sedih mengimbas semula kenangan bersama kawan2… lagu ketika aku menulis blog ini [ datuk siti Nurhaliza – melawan kesepian-- ] membuatkan aku teringat kembali kenangan lalu dan memberi semangat agar aku tabah dalam melawan kesepian ini…
Tabahkan diri jumar!
my very best Friendzzz!!!
my best senior pren
senior ku yang tamat da diploma
Selamat pengantin baru kepada abang dan kakak ipar baru ( Ruslan n Rusmah) yang baru sahaja bergelar raja sehari (14 disember 2008) di Sandakan..… tahniah kepada mereka dan berharap dapat memahami antara satu sama lain di samping mendirikan sebuah keluarga yang bahagia n ceria sentiasa….
Semoga dilimpahi rahmat dan keberkatan daripadaNYA… amin….
Apa yang aku target awal sem lalu kini hancur…Akhirnya benda yang ku nantikan selepas habis ja paper 7 November lalu kini tiba….
Entahla, keputusan exam kali ini langsung tidak membuatkan aku gembira… kadang2 aku hairan jugak kenapa?, maka keputusanku nie ketiga tertinggi selepas keputusan ivy (3.93) dan vj (3.91)… tapi aku Cuma dapat 3.73 sahaja….
Walaupun masih dekan, tetapi aku rasa keputusan nie membuatkan aku tiada rasa apa2…. Kalo lihat reaksi c jai semalam begitu gembira dia lihat keputusannya! 3.69!! sambil melompat2 lagi… tapi aku lain pulak, walaupun ketika memasukkan no matrik dan no kad pengenalan tu tanganku bergegar…. Tapi selepas kuar keputusan tu,benda yang ku lihat pertama adalah huruf “B”… rupanya bioku yang B.. uhuhuhuh yang lain ok jgak la, dapat A jgak smua….
Tapi aku masih sedih, petang semalam (18 dis) aku call kakakku dan beritahu keputusan ku , tapi mereka expect lebih dari itu.. paling rendah pun 3.8 keatas… uhuhuhu… sabar sahaja la jumar….
Tapi insyaALLAH aku mau lupakan hal ini dan cuba keputusan yang lebih baik lagi tuk next semester… insyaAllah….
SKIM KHIDMAT PEAJAR (SKP)
SKP (November – Disember ini) berbeza berbanding dengan 2 skp sebelum ini… SKP yang pertama di Pejabat CITU, kedua di UNIT PENGURUSAN KOLEJ CLUSTER A, dan sekarang ni BAHAGIAN KOORDINATOR PROGRAM DIS (Makmal Biology)…
Apa yang membezakan SKP sem nie dan sem sebelumnya amat nyata… terutamanya cara kerja yang berbeza dan yang paling sdih setiap hari macam benda yang sama sahaja yang berlaku… tidak seperti yang ku mahukan…. Seperti SKP sebelum ini, ada azhar, usman, vj dan lain2 buat suasana SKP lain… terasa macam satu kenangan perit (UPK A) tetapi seronok untuk diperingati…. Malam2 memasak, ada kawan ketawa dan berjenaka….. dan banyak lagi yang membezakan SKP sem lalu jauh begitu indah berbanding sem ini…
Beginilah kehidupan malam ku yang sungguh membosankan… tiada aktiviti yang dijalan kan, Cuma balik dari kerja, pergi bilik n buat hal masing2…. BOSAN!!!
Tapi apa boleh buat, mereka tiada di sini…. =’(..
Kalau aku imbas masa lalu, ketika ber SKP ngan durang… rasa best pulak… tapi ‘bukan semua benda yang kita inginkan kita akan dapat’………..uh!...
Aku nda sabar mau balik Sandakan dan ndak sabar mau habiskan SKP sem ini.. ng aku perlu lakukan untuk terus menempuh setahun lagi kehidupan di UiTM Sabah ini…. Selepas ini, aku mahu cari kehidupan baru di university yang lain pulak… uhuhuhhuuh…biarlah SKP sem ini menjadi satu pengalaman yang aku sentiasa ingati…
Salam SKP!







