Assalamualaikum w.b.t kepada
pembaca budiman sekalian.
Apa khabar pembaca budiman? moga sentiasa dilindungi dan berada dalam redha Allah. Sementara tunggu waktu nak balik kerja di office ni, tergerak hati untuk mengemaskini laman sesawang ini. inshaAllah kisah kali berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan pada sabtu lepas.
Alhamdulillah, panjat syukur pada
Allah atas kurnia dan rahmat program Majlis Tilawah Al-Quran [MTAQ] peringkat
PETRONAS labuan telah berlangsung dengan jayanya. Satu program dakwah yang
membawa rahmat inshaAllah. Program ini telah berlangsung pada hari sabtu lepas
| 5 April 2014 bertempat di MPH PETRONAS CHEMICAL METHANOL LABUAN.
hiasan pentas MTAQ ke 22 by "En. Saharin and team"
Syukur alhamdulillah, Allah telah
membuka pintu hati untuk menjadi AJK dalam majlis tersebut. Biro makanan menjadi
tanggungjawab. Walaupun nampak mudah dan senang, semoga yang sedikit ini
membuahkan rahmat dari Allah.
AJK terdiri daripada CEO hinggalah trainee | semoga dirahmati
Antara pertandingan yang telah
dijalankan adalah tilawah Alquran|hafazan | quiz | dari pelbagai peringkat umur
dan jantina dari kanak-kanan hinggalah dewasa. Satu input yang menarik dan
memberi pengajaran kepada diri ini betapa pentingnya membaca dan memahami alquran dalam kehidupan. ya Allah, terlintas juga betapa lemahnya diri ini dalam menuntut ilmu fardu ain ini ya Allah. subhanAllah, mashaAllah
walaupun tidak bersedia
PETRONAS Bujang team kecuali hujung belah kanan
inshaAllah terlintas juga niat
untuk menjadi peserta akan datang, semoga Allah permudahkan dan meminjamkan
ilmu alquran kepada kita semua. Yang penting usaha dan istiqomah dalam
pembacaan dan penghafalan alquran. inshaAllah
عن أنس رضي الله عنه ، عن
النبي صلى الله عليه وءاله وسلم قال: "مَنْ قَرَأَ القرءانَ يَقُوْمُ بِهِ
ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ، يـُحِلُّ حَلاَلـَهُ وَيـُحَرِّمُ حَرَامَهُ ،
حَرَّمَ اللهُ لـَحْمَهُ وَدَمُهُ عَلَى النَّارِ وَجَعَلَهُ رَفِيْقَ السَّفَرَةِ
الْكِرَامِ حَتىَّ إِذَا كَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كاَنَ القرءانُ لَهُ حُجَّةً
" ( رواه الإمام الطبراني في المعجم الصغير - ضعيف )
Daripada Anas ra daripada Baginda Nabi SAW bersabda : “sesiapa
yang membaca al-Quran (sehingga) bangun dengan sebabnya di tengah malam dan
siang, sehingga menghalalkan perkara yang dihalalkannya (di dalam al-Quran) dan
mengharamkan perkara yang diharamkannya (di dalam al-Quran), pasti Allah akan
mengharamkan daging dan darahnya daripada api neraka dan dijadikannya teman
setia bersama Malaikat Safarah yang mulia, sehingga apabila tiba pada Hari
Kiamat, al-Quran
akan menjadi hujjah (pembela) baginya”.
Program pemantapan remaja pra SPM 2014
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 4/06/2014 07:33:00 AM
ALLAHUAKBAR.
Begitu lemah diri ini sebagai hamba. Penulis yang adakalanya lalai dalam
penulisannya.
Jika “sibuk”
itu alasan, maka gagallah aku dalam UjianNya.
Alhamdulillah,
cerita seminggu lepas baru berpeluang untuk diceritakan di laman sesawang ini.
29 dan 30 Mac 2014, mendatangkan satu lagi makna dalam kamus kehidupan. Program
pemantapan remaja PRA SPM 2014 dianjurkan oleh PETRONAS METHANOL dengan
kerjasama lecturer Kolej Matrikulasi Labuan, yang mana melibatkan 7 buah
sekolah sekitar Labuan dan dihadiri seramai 35 pelajar murid sekolah tingkatan
4 (15 lelaki dan selebihnya perempuan).
untuk bacaan adik-adik sekola
Teringat kembali
zaman universiti, daripada diploma hinggalah master, daripada sukarela kolej,
kepada jawatankuasa kolej UiTM sabah hinggalah MPP UiTM Shah alam, aktiviti
fasilitator mengikur banyak kenangan dalam kehidupan. Tidak terduga, kehidupan
begini kembali lagi walaupun status telah bertukar sebagai pekerja.
sebelum solat, keesaan kepada Allah haruslah dihayati agar solat menjadi khusyuk
Pada awalnya,
terasa berat untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti melibatkan sukarela dan
fasilitator ini. Kononya, zaman pelajar telahpun berakhir. Tapi, satu benda
yang aku terlalai, jika kebolehan ini disia-siakan untuk jalan Allah, kenapa
harus berenti? Jika dulu sukarela dan aktiviti fasilitator tidak terfikir untuk
agama. Sekadar untuk berjalan, bersuka ria, dapat benda free dan sebagainya. Kebanyakkannya
untuk kepentingan diri. Ya Allah, jika niat dulu tersasar jauh, ENGKAU
ampunilah aku ya Allah. Aku lemah,aku hina, niatku lalai. Semoga Allah
merahmati kita semua.
sesi pembahagian group
jangan difikir alim ulamak tiada sejarah buruk terdahulu, dan jangan disangka orang yang belum mendapat hidayah tiada masa depan yang cerah. Allahualam
sempat bergambar bersama karipap hasil tangan "mereka"
Berkaitan
program, terima kasih diucapkan kepada seluruh sukarela PETRONAS yang
menjayakan program ini. Satu program yang berlainan sedikit berbanding ratusan
program yang telah diikuti. Antara pengisian program adalah:
2. Pengisian program seperti “bagaimana solat yang betul” “cinta menurut islam” “monopoli akhirat” “kuliah subuh, asar, maghrib dan isyak” dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan selama tidak kurang 30 Jam program ini diadakan. Walaupun singkat tapi signifikan. Malahan ilmu ini bukan sahaja untuk pelajar tetapi untuk kami sendiri.
3. Program yang menekankan rohani setiap pelajar dan kepercayaan yang kukuh terhadap Allah. Melihat kepada persepsi masyarakat yang smakin lalai terhadap perintah Allah. *termasuklah diri ini. Ampuni diriku ya Allah.
jom belajar solat yang betul
ceramah memperkukuh akidah umat islam
fasi yang gigih berusaha membuat karipap masing-masing
Itulah antara
sedikit sebanyak yang boleh dikongsi. Jika terpanggil untuk melakukan usaha
dakwah ini, jgn ditolak (insyaAllah). Semoga istiqomah dalam menaikkan semangat
diri dan anak muda dalam memahami maksud Islam.
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ
دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا
يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ
عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ
آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,
adalah baginya pahala sebanyakpahala orang-orang yang
menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari
pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak
kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia
menanggungdosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan
tidakmengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."