Family!

assalamualaikum dan salam sejahtera … tajuk entri hari ini adalah berjudul “keluarga” … saja ja mau tunjukkan kepada kalian mengenai keluargaku.. hehe J
Kali ne mau cerita pasal keluarga betul dan keluarga pura… hahaa.. keluarga betul adalah keluarga “kandung” la.. kalau yang pura2 tu keluarga “angkat”
Keluargaku bukanlah ramai sangat pun.. dan x besar pun… Cuma adalah sepuluh orang adik beradik dan aku anak ke 9.. dan lebih sikit, aku ada 30++ anak buah… hehe…
Dan setakat ini, aku ada 3 keluarga angkat..
yang pertama :Keluarga angkat di beaufort sabah (bapa Hassan)
2.    
yang kedua: keluarga angkat di air kuning, Melaka (ayah azzam)
     
     yang ketiga: keluarga angkat di Kuching Sarawak (ayah erwan)
Alhamdulillah semua mereka baik-baik belaka…

Dan yang paling saya saying adalah keluarga sendiri!! adalah ~~~
my own true family!!!! 

Hehehe… apa-apapun saya bersyukur dapat kenal mereka sepanjang hidup ini.. mereka adalah yang terbaik dan family yang saya sangat sayangi… insyaAllah…

untuk tatapan bersama: 
DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”
Riwayat Muslim


ikhlas daripada:

assalamualaikum... entri kali ini bertajuk : Executive Caretaker (EC)… 
tahu kah anda apa yang dimanakan EC  UiTM ??
****cuba teka dulu (kalau nda dapat teka sila baca di bawah)***
Executive caretaker dalam kata lain di panggil sebagai mpp interim. Senang cerita, EC ini adalah satu jawatan di dilantik oleh dato VC UiTM. Jawatan ini dilantik dikalangan Mantan MPP 2011/2012. Ini adalah bertujuan untuk meneruskan kerja2 lebih kurang macam MPP. EC ini dilantik sehingga pilihanraya kampus diadakan pada bulan September kelak.
Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh EC seperti MPP di mana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pelajar di fakulti dan university. Selain itu, tujuan nya adalah melaksanakan segala tugasan yang diberikan di peringkat univesiti oleh pihak pengurusan UiTM.
surat lantikan daripada naib canselor UiTM
So, senang ceritanya… aku telah dilantik sebagai Executive Caretaker dan memegang jawatan sebagai bendahari lagi.. huhuhu… walaupun terasa agak lama memegang jawatan dari MPP sekarang ne EC.. insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin.
Sekian, bendahari Executive Caretaker UiTM 2012.

KPO SMF dan PD FSG

Assalamualaikum w.b.t dan salam kepimpinan.
Alhamdulillah, selesai lagi satu tanggungjawab untuk membentuk kepimpinan baru di FSG. 30 Mac – 1 April 2012 merupakan satu tarikh bersejarah untuk semua pemimpin baru smf dan persatuan dalaman (PD) 2012/13 apabila menjalani satu siri kursus kepimpinan.
Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) ini merupakan satu program tahunan di mana MPP akan jadi ketua kepada program tersebut. KPO ini dijalankan di Kem Nur Sungai Merab, Kajang Selangor, selama 3 hari bermula hari jumaat hinggalah hari ahad.
Antara program yang dijalankan adalah pembentangan kertas kerja, penerangan program/aktiviti dan juga program kepimpinan seperti Survival, Explorace Night walk, solo drop dan banyak lagi.
Diharapkan program ini akan menjadi satu tradisi kepada kepimpinan SMF dan PD FSG pada masa hadapan!
kenangan ketika bermain BATTLEFIELD! 
walaupun penat: tapi berbaloi... harap kepimpinan FSG pada masa hadapan lebih unggul! 

Mantan MPP UiTM 2011/12 J

BADANG FASA I

Assalamualaikum dan salam BADANG …
Aduhai… entry kali ne x la update sgt.. walaupun dah 3 minggu berlalu… namun aku nak juga update mengenai "BADANG" kali ini..  
view from belakang Baju BADANG
perasmi : Ketua Menteri Melaka yang sangat sporting!! Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Tahu tak apa tu BADANG? Badang atau lebih dikenali sebagai program “Bagai Aur Dengan Tebing” merupakan satu program yang dirangka selama setahun untuk mendidik, mendekati masyarakat, inovasi dan pelbagai lagi input yang disematkan sepanjang program setahun ini. Program ini adalah anjuran sepenuhnya oleh Fakulti Sains Gunaan termasuklah penglbatan daripada Pusat Pembangunan Pelajar FSG, MPP 2011/12, SMF dan 13 persatuan dalaman Fakulti sains gunaan. Program ini juga melibatkan kerjasama dan sponser daripada KERAJAAN NEGERI MELAKA, YAYASAN PELAJARAN MELAKA dan JAPERUN bukit katil Melaka. Program ini merupakan satu cetusan idea daripada TD HEP FSG, EN IQBALdan MPP sendiri, dan dijalankan dalam 3 fasa:
Fasa 1: Program kecemerlangan akademik yang melibatkan 4 buah sekolah di Bukit katil, Melaka (SMK Bukit Katil, SM Vokasional, SMK Melaka tengah, dan SM teknik) yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. 
Tuan rumah program BADANG.. 
best gak tidur di asrama (ingat kenangan time sekolah dulu)
Fasa 2: Khidmat Masyarakat (program anak angkat) di mana melibatkan pelajar FSG dan pelajar sekolah dari 4 sekolah diataas
Fasa 3: inovasi (pertadingan reka cipta) melibatkan 20 sekolah sekitar negeri Melaka
Untuk pengetahuan semua, BADANG FASA 1 telah selesai dilaksanakan pada 15- 18 Mac 2012. Di mana SM Teknik melaka Tengah (MELTEC) menjadi tuan rumah dan tempat sepanjang program ini dilaksanakan. Dan apa kaitan ngn aku dan badang?? 
penat berbicara! tapi ENJOY~~ 
nie la penghulu kepada pelajar  (nama tak ingat dah!!!)
Aku sebagai ketua fasilitator untuk program kali ini. Besalah orang yang paling laser dan banyak bercakap! Tapi mmg agak sakit juga la… dan banyak benda baru yang saya belajar sepanjang program ini diadakan.. apa yang saya belajar! Jom jumpa dan tanye sendiri ngan ak.. hehee… 
masuk AKHBAR BERITA HARIAN dowh!! 
Ok la… panjang-panjang pun bukan juga nak baca kan?? Hehe… sampai sini sahaja… nantikan BADANG FASA II pulak J

Ketua Fasilitator Badang Fasa I:

Assalamualaikum …
Maaf kepada rakan bloggers semua kerana kebelakangan ini cerita sensasi lambat dipaparkan di blog ini… baiklah .. story kali ini berkaitan malam penghargaan PMDS mac 2012. 
 geng-geng Biro Program UiTM SHAH ALAM MDS Mac 2012
Malam Penghargaan ini sudah menjadi adat selepas sahaja Minggu Destini Siswa diadakan setiap kali. Malam ini adalah sepenuhnya anjuran MPP dengan kerjasama pihak HEP UiTM shah alam. Dimana malam penghargaan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua Pemimpin Mahasiswa yang telah bertungkus lumus penat lelah dan bakti mereka dalam menjayakan MDS sesi Mac 2012.
biro Program MDS bersama dato' TNC HEP UiTM Shah Alam
Sebagai tanda terima kasih daripada Pihak HEP UiTM, maka mala mini pun diadakan.. Cuma nya berbeza sebelum ini (malam penghargaan yang I dah 2 tahun join). Istimewanya malam ini dibuat di INTEKMA RESORT SHAH ALAM. Agak grand la juga bila malam ne dibuat.. besanya di DSB, dataran Fauziah dll…
Anyways, pendapatku, malam sebegini perlu bagi mengenang jasa seseorang. Bagi ku, ini adalah satu pendekatan yang terbaik bagi menunjukkan tanda terima kasih kita pada seseorang.. apa-apapun TERIMA KASIH UiTM!!!

UiTM sentiasa Dihatiku

Assalamualaikum w.b.t …
welcome to UiTM (MPP UiTM 2011/12)
Hari ini, 25 Februari 2012, pelajar baru Ijazah Sarjana Muda UiTM akan mendaftar.. dijangka 1181 orang bakal pelajar UiTM SHAH ALAM akan mendaftar. Kami pula di kalangan MPP dan Pemimpin Mahasiswa (PM) bertungkus lumus sepanjang MDS ini dijalankan dari 25 Feb hingga 2 Mac 2012.. semoga semuanya berjalan dengan lancar terutamanya apabila diberi mandate sekali lagi untuk Handle BIRO PROGRAM, PROTOKOL dan FASILITATOR beserta BENDAHARI untuk MDS dan KPMDS.. 
Apa2 pun! Selamat datang ke UiTM kepada adik-adik baru yang bakal mendaftar esok!

Pengerusi Biro Program dan Bendahari MDS Mac 2012:

Alumni

Assalamualaikum …
My Family MPP UiTM SHAH ALAM 2011/2012
24/03/2012… genap 1 tahun 2 hari (387 Hari - setelah diumumkan sebagai MPP pada 22/2/2011) bergelar MPP 2011/2012… memegang port folio sebagai Majlis Tertinggi, Bendahari Kehormat MPP UiTM shah Alam 2011/2012… 
banyak pengalaman dan kenangan pahit manis suka duka bahagia gembira sedih dan semuanya berlaku sepanjang bergelar MPP ... huhhuhu L
Entri kali ini menceritakan bahawa dengan "sukacita dan dukacita" dimaklumkan bahawa Jumardi Alkhawarizmi telah menjadi Alumni MPP UiTM shah alam… yehaa…. J + L
Terima kasih kepada semua rakan-rakan MPP dan Mantan MPP 2010/2011 [Azhar Andi Tahir dan Nabielah Khalid] kerana asbab anda sy berada di sini…
Kepada semua yang bekerja dan mengenali diri ini sebagai seorang MPP, maaf kalau ada tersalah kuasa dan tertunggak masalah sepanjang diri bergelar MPP Fakulti Sains Gunaan..
Apa-apapun, lets support our next MPP 2012/2013… hidup hidup !! mpp UiTM

Alumni Bendahari Kehormat, MPP UiTM SHAH ALAM 2011/2012:

UiTM TERENGGANU

Assalamualaikum …
Allahuakbar… tgh memikirkan masa perjalanan ke Terengganu.. jauhnya… nie pun first time pergi ke UiTM Terengganu…tapi itu bukan lah satu ke”gah”an.. Cuma memikirkan program sepanjang KPMDS ini dilaksanakan… huhuhu… risaunya… lebih-labih lagi diletakkan lagi sebagai biro program & bendahari..
Harap semuanya baik-baik sahaja.. 
UiTM terengganu, here i come ! 
Biro program dan fasilitator beserta Bendahari :

Sabah Dihatiku :)

Salam sabahan J
Apa khabar kepada rakan-rakan yang berada di sabah?? Rindunya ingin pulang ke sabah?? Sabah negeri di bawah bayu .. sabah tanah airku … i love sabah!
Kenapa tetibe bercerita pasal sabah nie?? Ada kaitan ka dengan entri kali ini ??
Nak tahu ada kaitan ke tak ??? opkos la..
lepak minum-minum di restoran Murni
Entri kali ini menceritakan tentang kuar ngn rakan-rakan sabah.. best pwen poreber ler.. sekian lama aku kurang bergiat bersama BFF sabah ne.. hehe.. aktiviti?? Wayang + lepak-lepak je sampai pukul 3 pagi.. hehe.. best!
Thanks to all sabahan friends.. uollsss mmg kawan sa yang paling sa sayang.. hehe..
Sabahan blogger, 

Salam 1 KPMDS..
Hai uolss…. Apa khabar?? Tetiba jadi rajin pulak update.. hehe… J
Nie nak bercerita aktiviti yang akan dibuat esok, iaitu KPMDS ataupun KURSUS PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA MAC 2012.. kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar yang bakal memimpin adik-adik yang bakal masuk ke UiTM pada 25 FEBRUARI ini… hehe.. ini lebih kurang macam fasilator untuk hari orientasi la katakan..

xde banner nak pamerkan, so guna muka depan buku panduan je la.. 
So, esok pagi akan bergerak pulak ke UiTM Dungun Terengganu dan akan berada di terengganu dari 19 hingga 22 Februari 2012… yehaaaa!! Berjalan lagi J… hehe… so, kepada 120 pelajar yang terpilih jumpa di sana Terengganu… abg Jumardi sebagai biro program akan lead adik-adik semua sepanjang berlangsungnya kursus ini…
Waktu-waktu akhir sebelum menjadi MANTAN MPP 2011/2012 .. 

Assalamualaikum w.b.t
 Setelah sekian lama laman sesawang ini tidak berpenghuni… huhuhu…  baiklah… kali ini dah ada mood ingin mengemaskini blog yang telah lama usang nie… 
aku ingin bercerita mengenai program yang baru sahaja dijalankan… penat memang penat bila menguruskan hal ehwal peserta sendiri… tapi x pela.. kalau itu yang ditakdirkan.. aku pasrah.. 
  macam besalah.. posing jumar!!~ 
“redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah – ombak rindu” …
sempat lagi bermadah ombak ek
J
Ok…! Nama program ini adalah FSG-SARAWAK:INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE 2012.. ini adalah kesinambungan program yang dibuat di sabah 2 tahun lepas… sekarang baru buat semula.. hehe.. baju program :)
baju program :)
banner yang dibuat oleh kami ..
posing dalam kapal terbang~~ hehee 
pengisian program yang sangat pack ini memberi kesan yang sangat hebat untuk semua orang..  contohnya program MISI AKADEMIK di smk Muara Tuang dan MISI AKADEMIK bersama pelajar diploma Sains UiTM SARAWAK..  program ini diadakan dimana kami akan mempromosi UiTM sebagai sebuah university kelas dunia… dan juga memberi pengetahuan dengan bumiputra Sarawak betapa pentingnya UiTM untuk masa depan mereka.. ehe…
 meyakinkan adik-adik pelajar diploma supaya ambil course yang betul degree nnt.! 
misi akademik di SMK Muara Tuang Sarawak.. 
Pengetua sekolah berbasikal jer... mampu!! ??

Selain itu, perkongsian budaya dengan penduduk KAMPUNG SEJINGKAT, di mana Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di adakan.. program ini adalah program anak angkat.. pelbagai aktiviti diadakan seperti gotong royong cat dan membersihkan masjid dan Dewan, selain itu malam kebudayaan di mana pelajar-pelajar mempersembahkan budaya daripada semenanjung Malaysia kepada penduduk kampong Sarawak… hehe…
yang bestnya!! Dapat keluarga yang sangat best dan sporting.~~~ hehe.
J 
  keluarga angkat!! ayah Erwan 
kampung sejingkat.. laut yang tenang dan indah 
malam kebudayaan... first time aku berdikir barat!! 
kawe blajo kecek kelate
“ I love my family at Sarawak!!” pas ne nak g Sarawak, contact je parent angkat ne.. hehe…
Dan last sekali pengisian dimana kami pergi ke kampong budaya dan muzium Sarawak.. banyak barangan peninggalan dan budaya seperti rumah orang bidayuh iban dan lain-lain… ilmu dan budaya sebeginilah harus duberi kepada mahasiswa supaya tidak terkongkong dengan subjek sains semata-mata.. hehe.. cheeeewaaahhh~~ aayat mantap!!
Ok la… harap information ini dapat memberi peluang kepada kalian mengetahui lebih lanjut mengenai Sarawak… budaya dan contoh program…! Kalau nak buat g sarawak, nak minta tunjuk ajar.. mari sifu ajarkan!! Yeah!! 
kampung budaya sarawak
muzium sarawak, dewan Tun Abdul Razak
Pas ne, aiming adalah FSG-CHINA: INTEGRATION OF CULTURE AND KNOWLEDGE
Ok, dah terlalu mencarut dah ne.. insyaAllah blog ini akan sentiasa update… mudah-mudahan… 
 majlis penutupan  
shopping!! di pasar waterfront! 
eh kucing la...~~ 
maaf kepada pembaca setia kerana sudi menegur dan menunggu update terkini dari jumardi alkhawarizmi..

FSG-SARAWAK, 

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Powered By Blogger

    Followers