2 hari lalu kepala sakit betul.. mungkin di sebabkan aku selesema hari rabu tu… macamna jgak, awal pagi tu, sebelum p mandi aku ada terhidu bau rokok.. sebab tu jadi macam nie… besalah, aku alah pada habuk dan asap…
Sejak time tu, selesema ku nie effect pegi bahagian gigi dan otakku… otak yang paling sakit sebab otak nie macam berdenyut kencang…uhuhhu… SAKIT!
Semalam aku tidak dapat tidur kerana banyak yang aku terfikir… secara tiba2 fikir masa depan, keluarga dan masalah yang akan ku hadapi untuk kehidupan akan datang…fikir pasal mau sambungkan pelajaran di indonesia ambik dentist dan macam2 lagi yang bermain di lubuk fikiran ini...ARH!!!!! lagipun semalam kepalaku pening dan sakit apabila digerakkan sedikit… sakit yang amat sangat!.. aku tidak dapat tidur sampaila jam 2:30 pagi tu… aku cuba kosongkan fikiran supaya dapat ketenangan sedikit, tapi aku tidak boleh jgak… alhamdullillah selepas ja bangun dari tidur pagi tadi.. selesema dan sakit kepalaku hilang… mungkin inilah sedikit balasan dari ALLAH S.W.T atas perbuatan hambaNya yang lemah nie…
Uhuhuhuhu… kerja inventori peralatan makmal untuk 7 makmal dah pun siap semuanya, berkat usaha teman SKP ku, zul dan Fravira yang menjadi teman sekerja.. eh, for your information,banyak makmal DIS yang akan kena buka dalam bulan 6, tahun hadapan seperti makmal akuatik, makmal bioteknology, makmal zoology, makmal entomology, makmal microbiology dan makmal botani…. Uhuuh..
Lain cerita pulak,by the way I will missed all my SKP after this..
Thanks to people that gave me supported and cooperation along this holiday and SKP’ing…
Especially the person one!!! (just me only know!) thanks a lot!
My partner during SKP ( bio lab)
antara kerja2 yang kami lakukan..
(sebenarnya banyak lagi, tapi ,malas mau post banyak2..hehehe)
Pengalaman yang sungguh mendebarkan apabila aku cuba2 blajar bawa motor c jai pagi tadi (23 disember, 10.15 am) di sekitar fasa 3… begitu takut jgak la apabila first time bawa motor.. gabra n gementar tu ada… rasa macam feel kali pertama bawa kereta dulu… hehhehe.. setelah bawa dalam 5 minit gitu, rupanya bawa motor nie tidak la serumit seperti bawa kerete… first time bawa mmg la banyak ‘terace’ minyak.. uhuhuhu.. lagipun jai ada dok belakang… jadi boleh dikatakan first time aku blajar bawa motor nie dengan bawa penumpang!! Wah bangganya…..
hehhehe… anyway… thanks to jai sebab sudi gak ajar bawa motor ceweknya tu….TQ
Buat pensyarah sains yang bertungkus lumus mengajar aku selama ini, ku ucapkan jutaan terima kasih! Segala usaha anda akan ku ingati selamanya… aku ingin komen sedikit tentang mereka selama pengenalan kami..
Sir Ajimi Jawan [pensyarah biology]
Pensyarah yang paling lama mengajar aku biology..(part 1, 4, dan akan datang part 5).. pensyarah yang paling sporting
Sir Mohd Ruzaleh Nurdik [Pensyarah fizik dan matematik]
Pensyarah yang paling tenang, tepati masa, dan boleh luahkan masalah kita padanya…. Pensyarah yang aku dah anggap seperti bapa sendiri..
Sir Ansir Salim [pensyarah biology]
Pensyarah yang paling tenang ketika mengajar
Sir Mohd Hafiz Ahmad Tajudin [pensyarah kimia]
Pensyarah yang paling lawak ketika mengajar dan sporting gila…
Miss Patricia Natin [Pensyarah bio]
Pensyarah yang paling detail ketika mengajar dan sporting di luar kelas..
Miss Siti Aminah Mohamad [pensyarah fizik]
Penyarah perempuan paling tenang tekita mengajar, segala soalan yang dikemukakan dapat di jawab olehnya..
Madam Hazlenah Hanafiah [pensyarah statistic]
Pensyarah perempuan paling sporting, natural beauty, madam universe, dan paling banyak spend makanan di kelas!hehehe..
Madam Gan Gin Hoon [penyarah kimia]
Pensyarah paling senior dan segalanya jelas ketika mengajar.
Buat anda semua!
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam proses menuntut ilmu ini, iaitu :
1- Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2- Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3- Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4- Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud : “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah”
Hadis dari Abi Zarr r.a
Semalam aku pergi jalan ngan kawan rapat ku yang masih tinggal di uitm nie… apabila aku lalu sahaja di kawasan Bandaraya kk tu, banyak yang membuatkan aku mengimbas masa lalu…kenangan pahit dan manis… ketika berjalan di sekitar servey tu, banyak barang2 yang membuatkan aku teringat pada kawan2 yang belum pasti lagi kapan aku boleh jumpa mereka… aku jadi lemas dan mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke hostel kerana tidak dapat menahan perasaan rinduku ngan durang semua… lihat meggi, kfc, McD, pantai dan banyak lagi membuatkan aku ingat kepada mereka semua…
Kadang2 aku jadi sedih mengimbas semula kenangan bersama kawan2… lagu ketika aku menulis blog ini [ datuk siti Nurhaliza – melawan kesepian-- ] membuatkan aku teringat kembali kenangan lalu dan memberi semangat agar aku tabah dalam melawan kesepian ini…
Tabahkan diri jumar!
my very best Friendzzz!!!
my best senior pren
senior ku yang tamat da diploma
Selamat pengantin baru kepada abang dan kakak ipar baru ( Ruslan n Rusmah) yang baru sahaja bergelar raja sehari (14 disember 2008) di Sandakan..… tahniah kepada mereka dan berharap dapat memahami antara satu sama lain di samping mendirikan sebuah keluarga yang bahagia n ceria sentiasa….
Semoga dilimpahi rahmat dan keberkatan daripadaNYA… amin….
Apa yang aku target awal sem lalu kini hancur…Akhirnya benda yang ku nantikan selepas habis ja paper 7 November lalu kini tiba….
Entahla, keputusan exam kali ini langsung tidak membuatkan aku gembira… kadang2 aku hairan jugak kenapa?, maka keputusanku nie ketiga tertinggi selepas keputusan ivy (3.93) dan vj (3.91)… tapi aku Cuma dapat 3.73 sahaja….
Walaupun masih dekan, tetapi aku rasa keputusan nie membuatkan aku tiada rasa apa2…. Kalo lihat reaksi c jai semalam begitu gembira dia lihat keputusannya! 3.69!! sambil melompat2 lagi… tapi aku lain pulak, walaupun ketika memasukkan no matrik dan no kad pengenalan tu tanganku bergegar…. Tapi selepas kuar keputusan tu,benda yang ku lihat pertama adalah huruf “B”… rupanya bioku yang B.. uhuhuhuh yang lain ok jgak la, dapat A jgak smua….
Tapi aku masih sedih, petang semalam (18 dis) aku call kakakku dan beritahu keputusan ku , tapi mereka expect lebih dari itu.. paling rendah pun 3.8 keatas… uhuhuhu… sabar sahaja la jumar….
Tapi insyaALLAH aku mau lupakan hal ini dan cuba keputusan yang lebih baik lagi tuk next semester… insyaAllah….
SKIM KHIDMAT PEAJAR (SKP)
SKP (November – Disember ini) berbeza berbanding dengan 2 skp sebelum ini… SKP yang pertama di Pejabat CITU, kedua di UNIT PENGURUSAN KOLEJ CLUSTER A, dan sekarang ni BAHAGIAN KOORDINATOR PROGRAM DIS (Makmal Biology)…
Apa yang membezakan SKP sem nie dan sem sebelumnya amat nyata… terutamanya cara kerja yang berbeza dan yang paling sdih setiap hari macam benda yang sama sahaja yang berlaku… tidak seperti yang ku mahukan…. Seperti SKP sebelum ini, ada azhar, usman, vj dan lain2 buat suasana SKP lain… terasa macam satu kenangan perit (UPK A) tetapi seronok untuk diperingati…. Malam2 memasak, ada kawan ketawa dan berjenaka….. dan banyak lagi yang membezakan SKP sem lalu jauh begitu indah berbanding sem ini…
Beginilah kehidupan malam ku yang sungguh membosankan… tiada aktiviti yang dijalan kan, Cuma balik dari kerja, pergi bilik n buat hal masing2…. BOSAN!!!
Tapi apa boleh buat, mereka tiada di sini…. =’(..
Kalau aku imbas masa lalu, ketika ber SKP ngan durang… rasa best pulak… tapi ‘bukan semua benda yang kita inginkan kita akan dapat’………..uh!...
Aku nda sabar mau balik Sandakan dan ndak sabar mau habiskan SKP sem ini.. ng aku perlu lakukan untuk terus menempuh setahun lagi kehidupan di UiTM Sabah ini…. Selepas ini, aku mahu cari kehidupan baru di university yang lain pulak… uhuhuhhuuh…biarlah SKP sem ini menjadi satu pengalaman yang aku sentiasa ingati…
Salam SKP!
Assalamualaikum w.b.t… Sejak kebelakangan ini,banyak yang sering aku fikirkan, lebih2 lagi setelah aku pulang dari Sandakan baru-baru nie ( 22 – 24 november 2008)… ntahla, ini masalah ka atau pun bukan.. tapi masalah ( rasanya la) ini semakin bertambah setelah meningkat dewasa… banyak yang kena di fikirkan… terutamanya masa dapan dan macamna cara untuk survive apabila semakin meningkat usia remaja ini… pemikiran untuk menjalani hidup semakin bertambah.. fikir ini, itu… apa yang aku fikirkan biarlah ia terpendam dan hilang dengan sendirinya… Selamat menjalani hidup-hidup yang bakal menjelang!
Assalamualaikum W.B. T....
Salam aidilfitri…
Aduh! Kadang2 hidup yang kita inginkan hanyalah satu angan-angan yang belum pasti dapat di kecapi.. perubahan persekitaran dan kematangan kita kadang-kadang membuat kita rasa lebih bertanggungjawab dan berdisiplin…. Tapi apa yang berlaku sekarang totally berbeza…. Aduh…
Kadang2 aku rasa kehidupan ketika nie bukanlah sesuatu yang ku impikan… pikirkan pasal malam pra graduan dan lebih2 lagi test dan exam yang akan mendatang nie… semuanya datang berlambak-lambak dan apa yang dapat ku lakukan hanyaah berdoa agar semua masalah ini dapat ku selesaikan dengan baiknya… insya4JJ1….
Jika di beri peluang aku ingin pergi ke suatu tempat yang lapang dan hanya bertemankan tiupan bayu angin, udara yang segar, tempat yang boleh ku lihat kebesaran Allah S.W.T dan keadaan yang sunyi sepi… hanya aku bertemankan alam semulajadi sahaja…
Keadaan inilah yang ku ingin rasai.. supaya segala masalah dan perasaan yang tidak baik ni dapat terpadam di lubuk dan sanubari hatiku ini…
Mungkin ini adalah cabaran kehidupan, sometimes aku fedup dah mau teruskan kehidupan wat masa nie…. Mau pergi jauh sejauh-jauhnya dan melupakan segala apa yang pahit yang telah berlaku terhadap kehidupanku sebelum ini…
Tapi ini adalah hakikat kehidupan, lebih2 lagi gelaran sebagai seorang pelajar dan remaja nie… banyak cabaran dan halangan yang ditempuhi…. Dan bagiku semua ini akan ku “hadapi dengan senyuman”…
-R-
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (EDISI KEDUA)
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 10/03/2008 10:37:00 AMAlhamdullillah, dah masuk raya ke-2 dah… permulaan yang agak segar apabila bangun seawall 5:30 pagi… sempat lagi aku menghirup udara segar di subuh pagi…. Uhuhu.. segar!!!
Pas tu, terus membersihkan rumah dan membuat segala kerja2 yang tertangguh dari semalam… dalam jam 8.10pagi, maka, kami sekeluarga pergi ke kuburan mamaku…. Rasa keinsafan semakin bertambah apabila tiba di tempat perkuburan tu, lihat betapa singkatnya hidup ini yang penuh dengan dugaan dan godaan untuk umat manusia semua…
Selesai ja dari kuburan, kami terus pergi ke rumah bapakku…pas tu,pegi ke taman airport sebab kakakku mau balik terusan nie hari….
Kami singgah ke rumah abgku yang paling sulung… lama dah tidak dengar cerita dan berita antara kami sekeluarga…. Dalam jamm 2.00 petang, kami balik ralik rumah di tinusa… sampai ja di rumah, aku terus tidur… terlalu penat dan terlalu kenyang berangkali… uhuhuhuh… malam tu, aku and da geng pergi beraya di rumah c hasda dan c roni, di kawasan sini2 jgak.… dalam jam 10.00 malam kami balik ke rumah masing- masing…
Beginilah kehidupan di hari lebaran nie… insyaALLAH syawal kali ini membuat semua kita bergembira dan ceria sentiasa..
-jumardi-
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (EDISI 1)
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 10/03/2008 10:14:00 AMAkhirnya bulan yang penuh kemeriahan bagi umat islam kini tiba…. Hari kemenangan, hari kesyukuran dan hari kemaafan buat kita semua….
Pagi 1 syawal ini, aku sudah dikejutkan dari tidurku dengan iringan tasbih yang berkumandang di masjid yang berdekatan dengan rumah ku… aku bangkit dari tidurku seawall jam 5:20 pagi…
Selepas itu, aku sempat menelefon kawan ku, c hasda untuk bertanyakan bagaimana sudah keadaan baju melayuku… alhamdullillah, baju melayu yang ku pakai 1 syawal ini siap jgak akhirnya….
Selepas itu, saya dan keluarga bersiap untuk menunaikan solat aidilfitri di masjid besar daerah Sandakan…. Keadaan yang sesak menyebabkan aku bertolak-tolak untuk dengan orang lain mendapatkan ruang tempat duduk… di sepanjang jalan yang penuh sesak itu, aku sempat lagi bertemu dengan kawan2 lama ketika bersekolah di SMK DPG dahulu… ucapan pohon keampunan dan selamat hari raya menjadi pembuka bicara…
Setelah selesai sahaja bersolat, malangnya… sandal yang ku pakai telah hilang di curi orang…. Huhuhuh… sedih2…. Nasibla sandal yang aku pakai tu, bukanla sandal yang aku baru beli….
selepas itu, kami menuju ke rumah nenekku untuk berziarah… keadaan nenekku yang kurang sehat tetapi masih kuat bekerja membuatkan aku terharu melihatnya….makan burasa dan sambal lada menjadi menu sarapan buat kami sekeluarga…
selepas itu, aku terus pulang ke rumah kerana banyak lagi yang kena di buat terutamanya membantu kakakku memasak dan untuk kenduri nnt….. penat jgak aku cuci piring, memasak dan membersihkan ayam tu… ingat terus aku kenangan ketika bekerja di KFC time aku menunggu keputusan SPM di KFC inanam… habis tu, aku ikut pergi berziarah di rumah keluarga… around tinusa jgak… pegi rumah abg ku yang kedua, pas tu, pegi rumah saudara mara… dalam jam 5.oo petang, aku dan keluarga balik rumah dan bersiap untuk kenduri… habis ja kenduri sessi bebmagi duit raya dan buka hamper di jalankan… banyak budak2 di umah ku nie… ndak sangka jgak…. Best dan meriah…..
di rumah abg kadak
gambar ngan anak buahku (ashraf)
suasana di kg. tinusa 2
mau balik umah da...
kenduri di rumah
sessi bermaafan dan bagi duit raya..
nie la antara budak2 yang bekumpul di umahku... semua nie anak buahku...
di rumah hj. Aki di taman fajar perdana..
malam tu, aku tidur awal sebab terlalu penat sepanjang 1 syawal nie…..pa yang ku harapkan nie hari, manusia dapat mengambil kesemp[atan ini bermaafan sesame sendiri…
INSYAALLAH………….
-jumardi-
Besnya dapat pulang pulang rumah setelah sekian lama ndak pulang… dapat tgk Sandakan yang penuh dengan perubahan terutamanya jalan rayanya.
Sebelum sampai Sandakan, aku ikut abgku naik kereta pulang ke Sandakan… kami bertolak dari kota kinabalu seawal jam 6.00 pagi… perjalanan yang begitu simple, sebab sepanjang perjalanan tu, aku tidur ja dalam kreta, bangun ja dah sampai Sandakan rupanya….
Sampai Sandakan dalam jam 11.00pagi… aku terus sambung tidur sampai petang sebab mungkin minggu lalu bertaburan test yang ku hadapi… sepanjang hari tu, besengkang mata ja tgk buku kimia dan biologi tuk prepare test… sbb tu la, aku betul2 mengantuk dan menebus segala ketidak tiduranku pada hari tu….
Petang tu jgak, kami sekeluarga berbuka puasa di Sandakan Hotel… lebih kurang 20 ++ orang la kami datang… budak2 terlampau banyakk…. Apa yang best kami makan makanan buffet pada petang tu… macambesala, makanan hotel nie mmg sedap… nda sabar mau makan lagi di Nexus Hotel untuk Malam Pra Graduan nnt (11 oktober 2008)… huhuhuhuhu
posing sebelum berbuka puasa ngan kakakku dan anak buahku
that is my part of my family... adik, kakak n anak buahku....
Besalah, budak2 nie… tidak la tau pasal table manners nie, tapi tidak pa la…. Mmg dah kehidupan kanak2 begitu… aku pn tidak la pro sangat, tapi bolehla…. Petang tu pa lagi, berabis makan makanan yang ada… semua hidangan yang disediakan di nikmati… huhuhuh… yang paling sedap bagiku time tu adalah ayam panggangnya….. lazat gitu…..
berbincang sambil menjamu selera
aku yang setelah selesai makan!
Habis ja makan tu, dalam jam 7.00 malam… azan berkumandang masuknya waktu isyak… terus pegi masjid dan solat terawih bersama abangku dan anak buahku (abe)… sementara kakakku pegi membeli belah dan brang keperluan di gentingmas mall ( supermarket yang paling luas dan murah di Sandakan). Dalam jam 9.00 malam kami bertolak dari Bandar tu puang di rumah… sebelum sampai umah sempat lagi singgah di kedai perabot untuk beli meja makan…. Sekarang meja bakan tu, ada di umah dah… uhuhuhu….
Ok la, pas nie mau cerita lagi pasal “Renovation of my house”… nantikan ek!!!
-jumardi-
Alhamdullilah, akhirnya telaksana jgak bengkel asas membina insan (BASMI) pada semester ni…. Bengkel ini melibatkan diantara budak2 part 1 (peserta) dan AJK Pusat Islam UiTM sabah ( penganjur)… apa yang aku mau ceritakan adalah, aku sebagai fasilitator tuk budak2 part 1… actually aku tidak la aktif sangat pada basmi kali ini, ntah la…. Berangkali berpuasa, jadi mood mau bergaul dan bercakap dengan pelajar Part 1 terutamanya kurang. Jadi aku cuma datang sebagai fasi ini pada hari sabtu dan ahad sahaja. Tu pn setengah ari ja…
BASMI ini diadakan start hari rabu lagi lagi, malamnya pas teraawih adalah sesi pendaftaran dan tamat pada hari ahad jam 5.00 petang…. Aku tidak dapat menghadiri majlis penutupan kali ini, disebabkan aku mau prepare tuk 2 test yang akan kuhadapi minggu nie( test Bio dan Kimia)….
antara aktiviti BAsMI (solat jenazah)
Dalam pengisian alam, mcmbesalah aku, usman,marita dan shahida menjaga alam rahim… benda yang kami presentkan dengan budak2 part 1 adalah bagaimana prodses kejadian manusia dari segi islam dan sains, di samping terdapat pengisian lain selama 15 minit tu….
perbincangan mengenai persediaan mengenai alam rahim
Alam rahim ini adalah permulaan alam tuk basmi, dan mcmbesala aku sebagai starter yang membicarakan tentang introduction mengenai alam rahim…. Mungkin ketika bercakap di depan budak part1 tu, adalah jgak sedikit hipokrit (kata c kadim) tentang apa yang aku cakap…. Ntahla… ahahahha
hipokrit ka??? ahahah
budak2 part 1 sedang menghayati puisi mengenai ibu bapa
Sepanjang penjagaan alam tu, smuanya berjalan lancar dan sampaikan 60% student part 1 menangis akibat kesedihan ketika kami mengisi aktiviti pagi tu, sungguh terharu la, apabila melihat budak2 part 1 tu nangis akibat penyampaian kami yang berkaitan dengan ibu bapa tu, membuat hati mereka tersentuh… huhuhuhuhuhu…
habis sahaja pentupun, sesi penggambaran diadakan
Apa yang ku harapkan terhadap bengkel kali ini, pemantapan iman smua muslimin muslimat semakin bertambah! Dengan mengadakan bengkel2 berbentuk Islamic seperti ini…....
Sekian & wassalam….
-Jumardi-
Assalamualaikum dan salam ramadhan….
Alhamdullillah, akhirnya dah 20 hari dah kita berpuasa… apa yang sedang kita nantikan adalah hari kemenangan kita selama berpuasa sebulan (aidilfitri)…. Harap2 aidilfitri kali ini mendatangkan sejuta kebahagiaan kita semua… walaupun usia dah meningkat dewasa, mungkin tidak la cukup meriah tuk beraya kali ini… kalo cerita time kanak2 dulu, tiap raya ja, mesti happy… tapi setelah semakin dewasa nie, semuanya dah tidak seperti dahulu lagi…. Harap2 raya ku selepas ini tidak la seperti sebelum nie.. untuk semua yang mengunjungi blog nie, telah tiba masanya kita memperdendangkan lagu raya… huhuhuh….
Harap raya nie, mendatangkan sejuta kemaafan dan tingkatkan silaturrahim antara kita semua…
-jumardi-
-ORGANIC CHEMISTRY IN AGRICULTURE-
0 comments Posted by Jumardi_Alkhawarizmi at 9/19/2008 12:47:00 AMInilah benda yang kami sibukkan selama 2 hari, sabtu dan ahad lepas (13 dan 14 september 2008) dimana pelajar part 5 menjadi penganjur untuk seminar kimia organic kali ini… kami pulak (pelajar part 4) hanyalah sebagai presenter yang akan present mengenai organic chemistry in agriculture. Apa yang mahu diceritakan adalah pengalaman seminar kali ini…. Groupku yang terdiri daripada c ivy, ain dan aku sendiri adalah merupakan first group akan membentangkan mengenai tajuk limonene, sejenis insecticides yang digunakan dalam aktiviti pertanian……. apa yang aku risaukan adalah aku adalah orang pertama yang menjadi pembuka seminar kali ini…. Rasa nervous mmg sentiasa wujud apabila aku mau berucap di depan khayalak ramai… pemalu la katakanan… ahahahahah…
aku sebagai starter presenter tuk kimia organik semester ini
my partner dalam membentang tajuk insecticides kami limonene
Pembentangan kali ini yang terdiri sebanyak 23 kumpulan yang akan membentangkan tajuk masing-masing…. Aku sebagai starter presenter first2, rasa takut gak berucap di hadapan tu…. Tapi setelah pegang mic tu, smua rasa takut tu hilang dan rasa keyakinan muncul secara tiba2…. Pa lagi, lancar la jgak aku membentang di hadapan tu… maka, sebelum start presentation tu, ingin betul aku mau tpon ‘seseorang’ tu untuk beri kata semangat untukku… tapi rakan seperjuangku, ivy larang aku tk telefon c ‘dia’…. Jadi aku pn tidak jadilah menelefonnya…. Pengajaran yang aku mau kongsi disini, mmgla wujud rasa takut ketika bercakap di khalayak ramai, tapi lawanla perasaan takut itu, kerana kita seorang sahaja yang mampu untuk melawan perasaaan takut tu…
Sampaikan kawan2 ku cakap, ketika aku membentangku macam pentas di gym tu milikku sudah…. Fifi cakap aku macam besa dah buat konsrert sebagai seorang selebriti UiTM (kononla) ahahhahahah….. tapi itulah, ketika berucap tu, mmg keyakinanku 100% dalam berucap tu… habis tu, setelah selesai c ivy dan c ain membentang maka tamatla pembentangan kami tk kimia organic kali ini… pa lagi, lega la rasanya setelah selesai buat presentation.. walaupun group kami tidak tersenarai dalam 3 group terbaik, tapi bagiku itu adalah kemenangan terbesar buatku… kerana aku dapat atasi masalah ku apabila berucap dihadapan orang ramai ini terutamanya… harap rasa nervous ini tidakla menghantui diriku lagi….
Pada petang ahad tu, itu adalah majlis penutupan tk kimia organic semester ini… petangnya tu, kami beramai-ramai (part 4 & part 5) berbuka bersama-sama…. Hidangan yang simple bagiku tapi penuh dengan kegembiraan apabila berbuka beramai-ramai…. Inilah kawan yang sejati bagiku… uhuhuhu… tapi kan lebih baik kalau majlis berbuka tu dihadiri oleh smua pelajar DIPLOMA SAINS beserta dengan pensyarahnya sekali….ahahhaha…
Tapi seminar kali ini memberikan seribu satu makna buat ku dan berharap majlis seperti ini dapat dilakukan lagi…. Harap self confidence ku makin meningkat dan membantu dalam mengalami alam pekerjaan kelak…
insyaALLAH
penutupan kimia organik pada hari ahad lepas
kami yang selesai dalam proses pembentangan kimia organik dalam pertanian.....
sempat lagi berposing sebelum menunggu waktu berbuka puasa... huhuhuhu
lepas solat asar, terus pergi bergambar... inilah kehidupan selebriti terkenal... ahahahaha
perasan ek! =)
-jumardi-