::Merdeka::

Salam 31 ogos 2010..
Genap 53tahun kemerdekaan Negara pada hari ini… laungan merdeka sebanyak 7 kali oleh perdana menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman dalam pengishtiharan kemerdekaan dan Negara bebas daripada penjajahan...

selamat menyambut kemerdekaan kepada seluruh warga UiTM
Meskipun pengertian merdeka itu membawa banyak maksud dari pelbagai sudut… namun apa yang penting adalah pengetahuan kita mengenai konsep kemerdekaan yang sebenar… bagaimana sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa dalam menuntut kemerdekaan amatlah gigih dilakukan oleh setiap pejuang Negara. Termasuklah pejuang2 dari tanah melayu, sabah dan Sarawak yang berusaha dalam menentang penjajahan sehinggalah tiba detik 31ogos 1957.

Namun, sedalam manakah pengetahuan kita mengenai kemerdekaan? Adakah tibanya 31 ogos barulah kita merdeka?
“Tepuk dada tanya erti merdeka”
Salam kemerdekaan daripada :

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
salam nuzul alquran
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


[Zakaria Bin Othman]
Editor : PRO JAKIM

share2 ilmu dibulan mulia ini... selamat menyambut Nuzul Al-Quran..

Salam merdeka…

Assalamualaikum dan salam 17 ramadhan 1431H… sempena bulan ramadhan dan menjelangnya 1syawal  nie, sering kali kita dengar lagu2 raya sudah berkumandang di serata tempat.. tidak terkecuali pusat membeli belah, pasar malam mahupun gerai2 makanan… bagaikankedatangan aidilfitri sesuatu yang sanga di nanti nantikan… tetapi….
Huhuhuu… tatapi kita lupa dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut hari bersejarah malaysia… nak tahu apa ? 31 ogos la… hari kemerdekaan negara yang bebas dari penjajahan barat…  berapa banyakkah lagu yang bersifat patriotik keudara di corong2 radio ? berapa banyakkah jalur gemilang di kibarkan di setiap tempat? Dan sedarkah rakyat bahawa kedatangan hari bersejarah 31ogos bakal tiba ?
Persoalan inilah yang harus kita titik beratkan di kalangan masyarakat terutamanya dikalangan penuntut [mahasiswa] di negara kita.. tahukah kita sejara penjajahan sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan? Mungkin ini sudah dilupakan kerana pelajaran sejarah idak lagi di ajar di kebanyakan universiti2 tempatan mahupun swasta… 
Adapun sifat patriotik kian pupus dikalangan mahasiswa pada masa kini, sangatlah memberi kesan kepada negara.. ini adalah kerana sejarah inilah yang harus kita lihat dan hayati dan seterusnya dijadikan satu pengajaran yang telah berlaku pada masa lampau.. banyak kejadian yang berlaku di dalam proses menuntut kemerdekaan sehinggalah 31 ogos 1957 yang telah membawa kepada kemerdekaan tanah melayu melalui penggabungan UMNO MCA dan MIC yang dikenali sebagai parti perikatan yang telah membawa kepada tercetusnya suruhanjaya reid yang membincangkan tentang perlembagaan perseketuan tanah melayu 1957…
selamat menyambut kemerdekaan ke 57~~
Wah~ kalau nak cerita satu persatu sangat la panjang.. apa yang penting peranan kia sebagai pemimpin masa hadapan haruslah mengambil tahu sejarah negara kita sendiri.. kata orang tak kenal maka tak cinta…
Ok lah, salam kemerdekaan ke 57… 1 malaysia!!

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan~

::kucar kacir::

Allahuakbar~ kucar kacir kehidupan setakat ne... mahukan ketenangan di bulan puasa~ ...

Susah gak nak berurusan dengan orang yang lain nie... terutamanya staf2 yang tidak memahami nie.. ahhahaha.... adakah cakap dia jaga satu UiTM nie.. jadi aku nie, kerja sebagai cari tempat la?? I’m student ok.. ingat studnet ne tak ade kerja ka jgak?? Assignment test.. macamna? Fikir la dulu sebelum cakap tu.. tau la En. Busy, tapi jgn la sampai cakap macam tu.. masing2 kena jaga la budi pekerti sendiri... tau la ada masalah n sebabgainya.. tapi bukannya cakap tidak bertapis ngan kami sebagai pelajar.. kami juga faham keadaan en. Tapi agak2 la bah jugak... haish~ emosi aku dibuatnya.. hahahaha....


Sabar-sabar ye :

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…

wah dah mengaku diri jadi Dr. Ka jumardi_Alk? hehehe .... baru je ambik degree dah mengaku status dr. ? degree applied chemistry pulak tu.. teda kaitan pun dengan Dr. perubatan.... watever la...~~ hehehe... 
Alhamdulillah dah masuk puasa ke 7 hari ini (7ramadan 1431H). sudah seminggu umat islam menahan lapar dahaga. Dah tibanya waktu berbuka pelbagai jenis hidangan yang tersedia~ nafsu makan ketika berbuka nie memuncak… macam semua ja mahu di beli…. Huhuhu =]
Makan pun makan jgak~ tapi kesihatan akibat pemakanan yang tidak sesuai pada waktu berbuka pun harus lah dijaga.. 
beliur tengok makanan yang dijual di bazaar ramadhan~ yummy!!

oleh itu Dr. jumardi_Alk ingin “share” sikit la mengenai 10 tips makan di Bulan puasa~
  •  Berbuka dengan membaca doa.
  • Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat mengikut kemampuan masing-masing.
  • Bolehlah makan nasi & "noodles"
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
  • Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang.
  •  Lebihkan minum air.
  • Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
  • Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak.

               Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut!!!


insan yang ingat memperingati sesama muslim:

Assalamualaikum dan salam 6 ramadhan 1431H. Alhamdulillah sudah masuk puasa yang ke 6 buat semua umat islam… post kali ini nak menceritakan tentang berbuka puasa pada hari sabtu n ahad yang lalu… indahnya berbuka puasa bersama teman2 orang sabah di seksyen 7 (rumah Durang). Bagaikan semua masalah hilang… best sangat2 start dari sahur pagi tu sampailah ke waktu berbuka puasa. Baru terasa nikmat berbuka bila ada kawan akrab bersama sama.. thanks to farhan, kadim, zul, usman, gab & Jai (chef), ramli beger, pajali, hardi Wilson n ex. Bestnya buka beramai ramai sambil masak d rumah n beli makanan di bazar~ I like the situation like this~


friends forever
Yang sedihnya, malam hari ahad tu aku balik jati~ ndak tidur di sana.. huhuhu.. malangnya lah… sampai ja jati nie semua kesuraman dating kembali… segala perasaan seperti tiada kebahagiaan wujud~ Allahuakbar~ inilah erti persahabatan dalam kehidupan~
Aku yang menyayangi & menghargai knw2 semua :

:::MOOD TIDUR:::

Salam ramadhan kepada semua umat islam! Entri kali ini bertajuk sifat mau tidur ku yang menjadi – jadi… teruknya! Sehari macam tidur >9 jam~ aduh!! Apa la perangai begini nie… tekanan jadinya… niat mau betul bangun awal study.. tapi kedinginan pagi membuatku terus terlelap tanpa menghiraukan niat ku… L
tidur saja~~~ 
Sabar je la… sekrang ne cuba untuk tbangkit n sahur! 2 hari dah tak sahur~ huu… jumardi alkhawarizmi bangun, solat n belajar!! ~~

1st ramadhan 1431H

Alhamdulillah… dah masuk hari kedua umat islam berpuasa… rasa pelik pulak…. Hari pertama dah mencari cari kawan untuk berbuka puasa sama.. cari punya cari, akhirnya ada gak during syura usman n dll temankan berbuka puasa di Chicken Rice Shop.. 
yummy~ 
terima kasih kepada semua 15 orang kawan2 yang sudi bersama sama berbuka puasa... 
hehehe… sayangnya tak dapat gambar.. Hp ada masalah.. pas tu pergi la terus ke tesco!.. beli barang… n aku pergi la beli dapur gas yang berharga rm44.99 dah sekali dengan butane gas.. ne semua untuk memasak sahur pagi… hehehe.... duit boleh cari~~~ wow! Statement..!
Alhamdullilah semua nya berjalan baik kemarin dah ada gak la berlaku kemalangan sedikit… kaki berdarah kena tayar trolli~ hhuhu.. sabar na..
Kepada semua pembaca, harapkan ramadhan ini sentiasa ceria buat kita semua! Tenang dah gembira menunaikan perintah Allah ye semua!~ semoga dirahmati dah di limpahi rahmat di bulan penuh keberkatan ini…. insyaAllah..
Insan yang mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA :

Nikmat Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
ya Allah, akhirnya bulan ramadhan telah tiba.. bulan yang penuh keberkatan dan bulan pengampunan dosa untuk umat islam. tapi macam tidak terasa pulak bahang ramadhan paa waktu ini... mungkin bukan berada di rumah ataupun di kluster kan.. mmg la macam nie... tapi kenapa sedih pilu hatiku bila tiba ramadhan ini ??? 
apa2 pun selamat menyambut ramadhan almubarak kepada semua umat islam seantero dunia~~ 
salam ramadhan... 
di sini adalah sedikit hadith2 yang di petik dari internet untuk tatapan kita bersama... 

Hadith
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur

should J.A happy or sad?? :

Apa nak dikata lg ?

Alhamdulillah sebulan kuliah dah berlalu… walaupun banyak dugaan yang dihadapi hari demi hari, namun maih lagi tabah untuk menempui ujian Allah s.w.t . Allah tidak akan membebankan makhluknya sampai tahap yang tidak termampu ditampung olehnya…
Nak citer pasal test test sekarang nie, better nda payah la.. hancus~ setakat ne GAGAL la… huhuhu… sabar je la.. mungkin agakk busy kot sekarang ne… every week pun ada akiviti.. termasuklah sabtu n ahad.. mana lagi mau kejar lessen.. kena habiskan jugak sebelum balik Sandakan.~ hhuhuhu…
Apa2 pun aku terpaksa la jugak tempuh walaupun perit sekalipun… pernah jugak terfikir mau bunuh diri nie… hahaha… sampai ke situ lagi tahap tekanan… ! bodoh pulak rasanya diri ini sampai terfikir macam tu…
Apa2 pun, aku cuba untuk menggembirakan J
Kembali beraksi Jumardi_alkhawarizmi:

Aku yang kucar kacir…

Assalamualaikum w.b.t
Huhuhu… ogos telah pun tiba… hari nie aku berpuasa sunat… insyaAllah… ya la kan, mungkin aku dah banyak dosa yang harus aku hapuskan satu persatu.. namun di sebalik mohon keampunan tu, masih ada jgak penambahan dosa.. huhu… inilah manusia bernama jumardi alkhawarizmi…

Entri kali ini menceritakan pasal bagaimana keadaan study ku wat masa nie.. tak tahu la, mahu dikatakan kuat tidur, tidak la jugak.. dah penat seharian mestilah tidur.. then tidur tak bangun2.. ingtkan nak study awal pagi, 5.00 pagi seperti kebiasaannya ku lakukan sebagai aktiviti harian, namun ketika ini, aku langsung tidak dapat bangun unutk belajar mahupun solat subuh sekaligus… ya Allah lemahnya hambaMu nie… tolonglah ~

Study ku semester nie ASB3CN2 amat kucar kacir.. walaupun setelah sebulan beajar dan menghadiri setiap sesi kuliah, namun aku rasakan otak ku nie empty of knowledge… huhuhu, kali ini aku tekad!! Aku mau belajar~~!!! Tidak kesahlah, SMF ka ACES ka, ataupun makian atau hinaan daripada orang lain.. I don’t care~~ I’m here as student, and I want to study to achieve my goal .! gambate… tp.. persatuan tetap persatuan….
huhuhu... belajar~~
Minggu nie, bolehla dikatakan minggu pengumpulan “test” …. insyaAllah aku dapat belajar n jawab dengan cemerlang setiap test yang jumardi alkhawarizmi hadapi…
Insan tabah dan bersungguh-sungguh mengejar pelajaran yang banyak ketinggalan:

“MALANG”

Assalamualaikum… sungguh lama aku tidak update blog nie.. dalam sebulan lebih la jgak… huhuhu.. inilah diri.. kekadang kita sgt bersungguh sungguh melakukan sesuatu… tapi kadang-kadang kita malas sehingga mengatakan sesuatu tiada masa..

Banyak perkara “malang” yang sering berlaku pada semester ini… antaranya

=( laptop yang selama ini bersamaku termask buat update blog kena curi… sialan betul la pencuri tu… tepa, akhirnya kelas, ko tau la balasannya! Tiada maaf bagimu selamanya!!!

=( Hp sony Ericson rosak!! baiki kena kuarkan RM200.00~!~ saat eni la jgak dia berlaku…

=( Diri ini dibenci! Ntah la apa kesalahan besar yang telah dilakukan… tapi itulah hakikat… masing2 mahu menjatuhkan orang lain, sedangkan kita ini serumpun.. haruslah bantu membantu dan bukan berdendam/menjatuhkan orang lain~ hakikat hidup yang malang~~

=( terasa sgt sepi.. kawan rapat kini semua berjauhan… lain rasa bila pergi kelas sendiri, makan sediri n buat sesuatu sendiri… tiada lagi konsep “rumahku syurgaku”.. sekarang ne semua nya bagaikan neraka yang membakar diri dan dipenuhi dengan kesepian yang tiada orang yg ambil peduli~ I love all my fren! Sy sgt harapkan orang2 macam mereka la aku dapat kawan.. tapi hakikatnya ….. [sendiri paham2 la]

=( semuanya serba tidak kena.. hidup sentiasa busy dan dipenuhi dengan jadual yang pack! Tidak sanggup dah mahu menempuhi hidup.. tapi still kena sabar n teruskan perjuangan!

=( biasiswa sabah tidak berjaya .. “dukacita dimaklumkan… “ haish~~~

=( banyak lagi lah yang tidak boleh aku fikirkan setakat nie…
rasa berdosa atas kelakuan sebelum nie.... 
Aku percaya setiap yang berlaku itu adalah pembalasan atas dosa2 yang aku buat dan sebagai amaran daripada Allah yang mahu lihat hambaNya dekat padaNya.. mungkin inilah dugaan yang aku harus hadapi agar aku lebih melihat kesalahan diri dan kembali ke jalanNya yang benar..

Insan yang menghadapi ujian yang besar dari Allah s.w.t :

Related Posts with Thumbnails
  • tetamu bertandang

    Demi masa

    Followers